Wednesday 28 September 2011

BICARA HADIS 1

Dari Abu Ma'bad dari Ibn Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'az bin Jabal ketika Baginda s.a.w mengutusnya ke negeri Yaman ".. Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum:  Ahli kitab, kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah supaya mereka meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah ."

Sunday 25 September 2011

LIHATLAH DI SANA

Lihat disana ada manusia menangis kerana taubat kepadaTuhan-Nya. Menangis teresak - esak menatapi dosa yang telah dilakukan mengharapakn keampunan Tuhan yang maha menerima taubat. Jauh disana ada penyesalkan yang terbuku di dalam hati sehingga tidak nampak lagi kegembira di rauk wajahnya yang ada rasa bersalah yang bermain di dalam hati. Bersalah kepada tuhan yang telah menciptakannya yang telah memberikan nyawa kepadanya, yang telah meniupkan roh ke dalam jasadnya.

Lihat disana pula ada manusia sedang bergembira dengan kehidupan ini sehingga lupa siapa yang menciptakannya, sehingga melupakan siapa yang meniupkan roh ke dalam jasadnya sehingga lupa siapa yang mengcurahkan nikmat kehidupan ini kepadanya. Di sana yang tidak pernah ada penyesalan apa yang telah dilakukannya dengan masa yang diberikan, ia membuang masa bergitu saja tanpa mengisi masa itu dengan perkara - perkara atau perbuatan yang mendatangkan keuntungan pada masa akan datang (alam akhirat).

Jauh di sana pula ada manusia bersyukur dengan kenikmatan yang diberikan sang pencipta dengan sujud syukur pemberian-Nya. Nun disana ada yang menagis kerana takut jika diri ini lalai dengan kehidupan ini, nun sana ada memikirkan azab alam kubur jika diri tewas dengan keindahan kehidupan ini. Disana manusia berdoa agar ditetapkan iman ini agar tidak goyah dengan pujukan duniawi ini yang penuh denga tipu daya manusia.

Pandanglah ke arah yang membawa kebaikan kepada diri kita agar kita tidak ditelan oleh kenikmatan dunia yang sementara ini, Pandanglah ke arah yang akan akan mengigatkan kita kepada jalan untuk menuju Illahi. Kejarlah kemewahan akhirat agar kita mampu tersenyum dengan apa yang telah kita usahakan di dunia ini.

Ikutlah manusia yang menangis menatapi dosa yang telah dilakukan kepada Tuhan yang meminta keampunan Tuhan-Nya. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak hairan jika manusia melakukan banyak dosa tetapi Allah s.w.t hairan kenapa manusia tidak mahu bertaubat sedangkan pintu taubat dibuka seluas - luasnya.

Wednesday 21 September 2011

KISAH " ADA YANG LEBIH JAHAT"

Seorang wanita dari kaum Bani Israel datang kepada Nabi Musa a.s. dan berkata:
"Ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah melakukan suatu dosa besar, tetapi aku telah bertaubat kepada Allah. Maka doakanlah bagiku semoga Allah s.w.t. mengempuni dosaku dan menerima taubatku!

Lalu nabi Musa a.s pun bertanya kepda wanita itu:" Apakah dosa yang telah engkau lakukan itu?"

Jawab wanita itu:"Ya Rasul Allah sesungguhnya aku telah berzina, kemudian aku melahiran anak yang telah aku bunuh anak itu."

Maka Nabi Musa a.s. lalu murka, seraya mengatakan kepada wanita itu: "Pergi engkau dari diri sekarang juga, hai wanita yang berdosa dan penzina! Moga - moga Allah tidak menurungkan api dari langit yang akan membakar kamu semua, disebabkan oleh kelakuanmu yang keji itu."



Maka pergilah wanita itu dari penghadapan Nabi Musa a.s dalam keadaan sedih hati. Ketika itu datang malaikat Jibrail a.s. turun membawa wahyu, sambil mengatakan kepada Nabi Musa a.s. "Hai Musa, Allah s.w.t. menyuruhku menyampaikan firman-Nya kepadamu: " Mengapakan engkau menghalau wanita yang bertaubat itu, hai Musa! bukankah engkau masih boleh dapati orang yang lebih jahat lagi daripada wanita itu di muka bumi ini?"

Nabi Musa a.s. terpegun sebentar lalu bertanya Jibrail a.s. :"Siapa pula orang yang lebih jahat daripada wanita itu?"

Jibrail a.s. menjawab: "Dia itulah yang meninggalkan solat dengan sengaja."

tulisanhati