Sunday 27 May 2012

BERBICARA SOAL JODOH


berbicara tentang jodoh yang sukar untuk mentafsirkannya, siapa jodoh kita atau mungkin kita tidak ada jodoh di atas dunia ini. persoalan yang dimana manusia tiada jawapannya,  kita bernama manusia hanya mampu untuk berusaha dan berdoa semuanya adalah tuhan yang menentukan.

Apabila kita tiada jodoh dengan dia itu adalah ketentuan Tuhan yang telah tertulis dalam sejarah kehidupan kita didunia ini. Bercakap soal jodoh memang terlalu sukar untuk kita meramalkannya kerana itu adalah ketentuan Tuhan. Ada satu persoalan yang diajukan kepada saya yang bertanyakan pendapat kenapa kita harus berusaha sedangkan jodoh itu telah ditetapkan kepada kita oleh Tuhan. Apa yang saya tahu dalam islam kita digalakkan untuk berusaha. Berusaha adalah seperti  1 ibadat yang mana kita perlu lakukan tapi harus di ingat yang mana untuk kita mencari pasangan perlu tahu batas dan lisannya jangan sampai kepada kemungkaran Tuhan. Percayalah dimana perempuan  yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang jahat untuk pumpuan yang jahat.

Kita sebagai manusia tidak perlu memikirkan kenapa perlu berusaha sedangkan jodoh itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t kerana akal kita tidak mempu untuk memikirkan semua itu, tidak mempu menandingi kekuasaan Allah. Kerana apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku Allah s.w.t lebih Tahu.

Seperti mana saya bagitahu dalam post yang lepas jodoh adalah rahsia Tuhan jodoh bergitu misteri dimana kita tidak tahu siapa jodoh sebenarnya. Itulah keagongan Allah s.w.t. mungkin kita merasakan dia itu jodoh kita kerana kita rapat dengan dia tapi itu belum tentu dia akan jadi hak kita. Jodoh adalah kehendak tuhan jika jodoh seorang perempuan itu di mana kasih sayangnya perlu dikongsi dengan perempuan lain itu juga adalah ketentuan tuhan itulah takdirnya. Janganlah sesekali menyalahkan takdir.

Jika telah ditakdirkan Allah s.w.t jodoh tidak kekal lama walaupun kita berusaha untuk menyelamatkannya ia tetap akan berlaku tapi kita sebagai manusia perlu berusaha untuk menyelamatkan ikatan itu, mungkin dengan usaha menjadikan penyebab jodoh kita lebih panjang kerana sesuatu yang berlaku ada sebab dan musababnya. Sebab dan musabab perlu diciptakan untuk menjadikan kita sebagai manusia yang tahu tetang kehidupan. Oleh itu  berusaha dan berdoalah kepadaTuhan agar doa dan usaha kita akan menjadikan kehidupan kita di dunia ini lebih baik.

Kalau sudah jodoh kita lari kemana pun.. jauh dari dia, kita lakukan pelbagai cara untuk mengelakkan jodoh itu tapi kalau ditetapkan Tuhan, lambat atau cepat, mendekatkan atau menjauhkan, benci atau sayang, suka atau tidak dia tetap akan jadi milik kita.

Dalam post ini adalah pendapat dan pengatahuan tentang jodoh, jika ada salah dalam post ini saya mohon maaf atau mungkin ada yang tersinggung dengan artikal ini itu semua kelemahan saya yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Apa yang perlu kita tahu jika telah ditakdirkan dia adalah jodoh kita terimalah dia seadanya selagi dia tidak melanggar ketetapan yang digariskan dalam agama. Jagalah pasangan kita itu dengan semampu serta sedaya mungkin terimalah kekurangannya dan janganlah mengeluh. Sekian




Tuesday 22 May 2012

APABILA JODOH TELAH SAMPAI


Banyak sungguh kad jemputan kahwin yang terima untuk musim cuti sekolah ini, hati ini rasa cukup gembira melihat kawan  – kawan selama ini menjadi teman sama ada semasa disekolah, di kampung atau kawan di tempat kerja dimana hari ini dapat tahu yang meraka  akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Itulah jodoh namanya dimana kita tidak dapat menjankanya ia semakin hampir.

Ada yang berkahwin sesama  kawan sepejabat ada juga berkahwin dengan orang sekampung ada yang membuat jamuah besar - besaran dan ada yang buat kecil – kecilan itu tidak jadi masalah sama ada majlis besar atau kecil majlis itu tapi ijab dan kabul itu yang lebih penting. Sepertimana apa yang ada dalam lirik lagu wali band yang penting halal ( jadilah halal padanya).

Jodoh adalah rahsia Tuhan sehingga kita tidak dapat merasakan ia datang, sehingga kita tidak dapat mengangak dia jodoh kita. Ada yang bercinta bertahun – tahun tapi johonnya dengan orang lain itu lah jodoh penuh misteri. Ada yang bertunang dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain, kerana  sebelum lafaz nikah dilafazkan tunang atau cinta kita belum tentu jadi hak milik halal kita.

Walaupun kita ungkapkan segala kata cinta , walaupun  kita  barjanji akan sehidup semati itu bukan jaminan untuk  menjadi kenyataan. Kerana kita manusia biasa tidak tahu apa akan barlaku di hadapan kita. Ungkapan cinta akan dilupakan, janji akan tinggal janji tiada lagi ungkapan manis tiada lagi bukti, tiada lagi kata – kata demi cinta kita akan ku korbankan segalanya  kerana dia bukan jodoh kita. 

Itu dikatakan jodoh. Jodoh tidak kenal siapa sama ada pasangan itu dekat atau jauh tapi kalau sudah jodoh  dia tetap akan jadi milik kita. Ada yang jauh ada yang dekat pada zaman sekarang bukan menjadi persoalannya tapi untuk zaman sekarang perlu dicari adalah halal itu yang penting.

Kepada semua kawan – kawan yang akan menjadi pengantin, menjadi suami  atau isteri, saya mendoakan agar kalian semua bahagia. Semoga berkat kepada kamu semua, dimurahkan rezeki dipanjangkan jodoh dan selalu berada di jalan keredhoan Tuhan. Selamat pengatin baru

Sunday 20 May 2012

MODENKAH KITA....


Kemana hilangnya nilai kemanusia dalam diri manusia adakah ia hilang dalam arus kemodenan yang dikecapi sehingga kita tidak lagi takut kepada sang pencipta. Kemana hilang cinta kita kepada Tuhan sehingga kita melupakan nikmat yang telah diberikan kepada kita di dunia ni? Hilangnya pedoman di dalam hati sehingga tidak dikatahui oleh diri sendiri.

Kesilapan yang sering kali kita lakukan tapi Tuhan itu maha pengampun yang menunggu hambanya untuk bertaubat. Itulah kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad yang tidak diturunkan bala selepas melakukan dosa tetapi Tuhan menunggu hamba Nya untuk bartaubat terhadap apa kesalahan yang telah dilakukan.

Dalam pada pintu taubat itu dibuka seluas-luaskan kepada manusia tapi kita tidak mengambil kesempatan itu untuk bertaubat. Kenapa manusia jadi bergitu? Adakah kerana ke egoan diri sendiri, atau menunggu masa yang sesuai untuk bartaubat, atau kita tidak yakin dengan apa yang telah kita taubatkan. Disini kita harus memahami dimana Tuhan tidak hairan kalau hambaNya melakukan banyak dosa Tetapi Tuhan hairan kenapa manusia tidak mahu bertaubat, sedangkan pintu taubat itu dibuka seluas langit dan bumi.

Kesan kemodenan ini menyababkan diri kita juga moden sehingga mengetepikan segala yang telah diperintahkan dulu yang kita menganggap lapuk. Akan tetapi ape yang diperintahkan dulu tidak akan lapuk , tidak akan ditenggelami oleh arus kemodenan kerana ia adalah satu perintah kepada manusia. Halal tetap halal dan haram tetap haram.

Biarlah zaman ini menjadi moden, biarlah zaman ini bergerak kehadapan tapi kita tetap manusia. Manusia yang ada tujuan asal iaitu tujuan untuk ke syurga. Jangan kerana kemodenan ini kita alpa dengan tujuan asal kita untuk menuju ke sana. Kerana selepas kita tinggalkan dunia ini kita tidak akan kembali lagi ke sini walaupun kita merayu untuk kembali untuk menurut segala perintah yang telah ditetapkan. Gunakan ruang dan peluang ini sebaik – baiknya jangan smapai kita tertewas dengan kemodenan dunia ini.

tulisanhati