Sunday 26 August 2012

MENSYUKURI NIKMAT MU


Kita meyakinkan diri untuk melakukan sesuatu  dan berusaha agar ia menjadi kenyataan. Berusaha dan terus berusaha untuk menerpa kejayaan yang kita ingin miliki. Kekadang ia tidak membuahkan hasil yang kita harapkan. Kejayaan yang kita mahukan tapi kegagalan yang kita perolehi.

Dalam melayari kehidupan di dunia ini kita hanya  mahukan semuanya  yang terbaik. Kita berusaha dan berdoa agar apa yang kita mahukan agar menjadi realiti dalam kehidupan ini dan mungkin di antara kita menyalahkan takdir yang berlaku kepada kita, kita tidak sedar takdir yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita merasainya.

Kehidupan yang pernuh dengan rintangan dan halangan masa kini dan untuk memecahkan sekatan itu kita sebagai manusia biasa perlu ada kekuatan  yang kental. Jangan sesekali menyalahkan takdir jika kita tidak mampu untuk memecahkan rintangan dan halangan itu tapi salahkan diri sendiri kerana tidak mampu menerima kenyataan itu.

Apa yang kita pohonkan dari Allah s.w.t mungkin kita merasakan Tuhan tidak makbulkannya, ini kerana  kita yang mentafsirkan bergitu maka bergitulah  yang kita rasakan. Dalam kita mentafsirkan makbul atau tidak yakinlan apa yang tuhan beri kepada kita lebih dari apa yang kita pohonkan sama ada kita sedar atau tidak itu yang perlu kita fikirkan.

Kehidupan ini bergitu indah walaupun ada alam lain yang lebih indah dan kita yakininya. Kehidupan ini kita akan merasakan indah jika kita tahu nikmat yang diberikan kepada kita di dunia ini tidak terbayar dengan wang ringgit. Setiap nikmat yang diberikan semuanya secara percuma di datangkan dari Allah s.w.t dan sebagai manusia kita  patut digunakan sebaiknya dan mensyukuri atas pemberian itu barulah kita merasakan kehidupan ini indah

Kebahagian yang abadi bukan dengan kemewahan yang kita perolehi didunia ini, bukan pangkat atau darjat, bukan eset yang berbelion yang kita miliki tapi bahagian yang abadi adalah mensyukuri apa yang telah diberikan itu.

Andainya  kita merasakan kekurangan kerana tiada semua kemewahan di dunia dan merasakan terhina di mata manusia lain, itu adalah kesilapan dalam kita mentafsirkan tujuan asal kehidup kiita. Biarkan manusia lain menjauhkan dan menghina kita asalkan kita selalu dekat dan selalu ada disisi Tuhan sama  ada susah dan senang yang  telah memberi nikmat nyawa kepada kita.

Saturday 25 August 2012

HEBATNYA HARI RAYA


Baham suasana hari raya sedikit telah menurun tidak seperti hari raya pertama, kedua dan ketiga masyarakat yang balik ke kampung kebanyakannya telah pulang ke kota. Menyambung hanyat untuk tututan hidup kembali seperti biasa pergi dan pulang dari tempat kerja mencari rezeki untuk santapan di dunia fana ini.

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan – kawan yang datang bertandang ke rumah bertanya kabar mengeratkan tali persahabatan yang lama tidak ketemui. Jarak yang membuatkan tali persehabatan itu semakin renggang mujurlah ada hari raya untuk menjalinkan balik ikatan itu.

Kepada rakan – rakan yang diziarah dan menziarahan ikatan persahabatan atau persaudaraan dan kekeluagaan yang terbina  itu tidak akan putus selagi kita mempunyai satu perasan yang tertanam di dalam diri iaitu ukhwah. Ukhwan terbina dengan hati yang ikhlas maka ia akan kukuh selamanya.

Tuhan jadikan hari raya sangat berketepatan untuk menjernihkan sesuatu yang keruh, mendekatkan yang dulunya jauh, mengeratakan yang dulunya terurai, mengigatkan yang dulunya terlupa, bersama yang dulunya terpisah. Agongnya tuhan menciptakan hari raya kepada umat islam.

Mungkin ada yang bertahun tidak berjumpa tapi tuhan ketemukan di hari raya ini. Mungkin kita sudah sedikit lupa tentang dia tapi diberikan peluang untuk menguatkan kembali ingatan kita kepada dia. Mungkin dulunya kita tidak hiraukan dia tapi hari raya dia yang menghiraukan kita.  Mungkin kita merasakan tiada lagi insan yang mahu menghampiri kita tapi di hari raya baru kita sedar yang ramai yang mahu mendekati kita.

Mungkin kita tidak menyangka yang masih ada kawan – kawan yang masih mengigati kita walaupun sudah bertahun tidak bertemu. Itulah kekuasaan Allah s.w.t memberikannya apabila  merasakan mereka semakin hilang dalam hidup kita tapi ia datang dengan sekelip mata.

Tiada kata dapat dikatakan jika mereka ada bersama untuk meraikan hari raya ini kerana kita mengharapkan semua itu berlaku. Akan ada dalam hati walaupun sekelumit terselit di sanubari yang kita mahu untuk menemui mereka dan apabila ketemui tiada gambaran kata dapat diungkapkan.

Tangan dihulur untuk disambut tandanya kemaafan dipinta dan menerima kemaafan itu dimana mungkin ada kekhilafan yang berlaku sama ada yang kita sedar atau tidak sedar , yang  lama atau baru tapi kemaafan jua  dipinta. Di hari raya hati kita sedikit lembut untuk memaafkan seseorang yang mana dulunya bergitu sukar untuk memafkannya itulah hebatnya hari raya.

Menggunakan kesempatan yang ada di hari raya untuk mengeratkan silatulrahim adalah sesuatu peluang yang kita gunakan sebaik mungkin. Bertanya kabar yang bergitu sukar untuk dikeluarkan dari mulut kita tapi di hari raya ungkapan itu keluar dengan sendiri itu tandanya mengambil berat tentang insan lain.

SEMOGA BERTEMU DI HARI RAYA AKAN DATANG






Wednesday 22 August 2012

PERGINYA BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum selamat beraya kepada semua umat islam. Kita telah berada di bulan syawal tapi belum telambat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bulan ramadhan. Ramadhan telah pergi meninggalkan kita untuk tahun 2012 ini sama ada dalam sedar atau pun tidak, kita telah melaluinya selama sebulan.

Perginya mungkin ada yang merasakan berat untuk meninggalkannya merindukan setiap hari di bulan ramadhan. Merasakan begitu cepat waktu berlalu sehingga tidak sedar telah  sebulan melewatinya waktu itu.

Mungkin juga ada yang merasakan perginya sebulan bulan ramadhan ini seperti  hilang satu beban yang perlu ditanggung selama mana bulan ramadhan ini. Hati kita adalah berbeza dan tahap keimanan kita ada tinggi dan rendah tidak hairanlah ada belbagai perasaan yang dirasai oleh kita rindu atau benci itu biasa.

Dalam kita melalui setiap detik di bulan ramadhan yang lepas dan menggunakan sebaik mungkin kerana kita mahukan ganjaran di sana nanti. Kita telah melakukan sebaik mungkin dan sedaya mampu untuk mengisi waktu itu mengharapkan apa yang kita lakukan membuatkan kita terseyum.

Andai ini ramadhan terakhir dimana dalam perjalanan untuk kita mengapai ramadhan tahun hadapan kita rebah untuk mengadap Illahi. Bersyukur kerana tuhan masih bagi kita peluang untuk melalui ramadhan tahun ini kerana apa yang terjadi telah ditetapkan-Nya tiada siapa mampu untuk menghalangkannya.

Mengharapkan masih ada lagi ramadhan tahu hadapan agar dapat kita melaluinya bersama merasai nikmat bulan ramadhan. Mengharapkan waktu berlalu dengan cepat untuk sampai ke ramadhan akan datang itu semua tiadak akan berlaku hanya hati yang mahukannya.

Apa – apapun saya mengucapkan selamat malalui bulan syawal kepada semua umah islam seluruh dunia. Eratkan silatulrahim yang mungkin selama ini terputus dekatkan yang sebelum ini jauh. Di saat kita bergembira pandanglah kearah yang  lain melihat mungkin ada insan yang bersedih.

SELAMAT HARI RAYA


Wednesday 15 August 2012

SALAM AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PARA PEMBACA BOLG TULISAN HATI YANG DIKASIHI SEKELIAN. ALHAMDULILLAH KE HADRAT ILLAHI  ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIBERIKAN YANG TIDAK TERKIRA DENGAN NUMBOR, TIDAK TERHITUNG DENGAN NILAI RINGGIT. HAMPIR SEBULAN KITA BERPUASA DAN JIKA DITAKDIRKAN MUNGKIN KITA DAPAT MERAIKAN HARI RAYA YANG DIJANGKA PADA HARI AHAD INI (19/08/2012) MOGA KITA KETEMU HARI TERSEBUT. SEBELUM KITA MENYAMBUT KEMENANGKAN  TIDAK LAMA LAGI SAYA INGIN MEMOHON KEMAAFAN ANDAI ADA PEMBACA TERGURIS HATI  DENGAN TULISAN DI DALAM BLOG SAYA SELAMA INI. SAYA TIADA NIAT UNTUK MENGURIS HATI KALIAN TAPI APA YANG SAYA TULIS ADALAH APA YANG SAYA AMATI, APA YANG SAYA RASAI, APA YANG TAHU. KEPADA SEMUA PENJENGOK BLOG TULISAN HATI DIMANA SAYA INGIN MEMBAGITAHU MUNGKIN INI TULISAN SAYA YANG TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN  DAN SAYA AKAN SAMBUNG TULISAN SI BULAN SYAWAL AKAN DATANG JIKA DITAKDIRKAN TUHAN.


DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGAKHIRI BULAN RAMADHAN DAN DIHARAPKAN SEGALA PUASA KITA DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T. SEMPENA HARI RAYA YANG BAKAL TIBA TIDAK LAMA LAGI INI SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA  PENJENGOK BLOG TULISAN HATI. SEMOGA ANDA SEMUA MENYAMBUT HARI RAYA INI DENGAN PENUH PENGERTIAN YANG SEBENAR.

IKHLAS DARI MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MAT RASID (MAMR)

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG



Hari raya bergitu sinonim dengan perkatan balik kampung kerana pada hari rayalah sanak saudara selalu berkumpul untuk meraikannya. Selama ini bergitu sukar untuk berkumpul bersama – sama dan kesempatan hari raya ini kita tidak akan lepaskan peluang untuk bersama – sama mereka.

Mungkin ada yang telah mengatur perjalan untuk pulang ke kampung  atau mungkin ada yang dalam perjalanan untuk berjumpa ayah dan ibu di kampung. Perasaan yang anak pulang ke kampung pasti dirasai oleh kaum keluaga. Kepulangannya dinanti dengan penuh keterujaan.

Ada yang pulang ke kampung lebih awal mungkin telah beberapa hari berada di kampung dan sibuk mencantikan rumah, ada yang sibuk dengan buat kuih, ada yang sibuk untuk mengecat rumah atau mungkin sibuk  mempelengkapkan kekemasan diri dan ahli keluaga lain. Apa – apa pun jangan sampai membazir hingga memakan diri sendiri kelak.

Suasana beraya dikampung mungkin kita merasakan perbezaan iaitu dari segi keseronokkan ketika beraya di kampung berbanding di Bandar. Ada juga diantara kita tidak merasakan perbezaan sama ada raya di kampung atau di Bandar mungkin meraka ada sebab – sebanya yang hanya diri meraka tahu apa yang orang lain tidak tahu.

Dalam kita bersuka ria untuk pulang ke kampung harus di ingat keselamatan di atas jalan raya kerana semua tahu yang banyak berlaku kemalangan sering berlaku semasa pulang ke kampung. Kita harus ingat yang kepulangan kita amat dinanti bukan untuk ditangisi.

Ada diantara kita tidak dapat pulang ke kampung bersama keluaga yang mungkin ada kesulitan ata masalah yang tidak dapat di elakan atau terpaksa melaksanakan urusan kerja pada hari raya ini. Perasaan sedih mesti ada yang perlu ditanggung oleh diri kita tapi harus di ingat bukan hanya pada hari raya sahaja yang kita boleh pulang ke kampung tapi hari lain juga kita boleh pulang ke kampung. Ayah dan ibumu selalu menanti anaknya untuk pulang ke kampung walaupun bukan hari raya.

Ketika kita bergembira untuk pulang  beraya di kampung mungkin ada diantara kita sedih atau pilu terkenangkan ayah adan ibu yang telah tiada. Mungkin hari raya ini adalah yang pertama kita kehilangan orang tersayang ayah atau ibu. Mereka terlebih dulu mengadap yang maha Esa,semua itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung dan pandu cermat agar sampai ke destinasi dengan selamat. Selamat beraya di kampung halaman .






Tuesday 14 August 2012

SECEBIS WAKTU


Mencari sesuatu yang indah disana bukan sesuatu yang mudah ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan bukan semua orang mampu melakukan hanya jiwa  - jiwa yang memahaminya sahaja yang mampu melakukan pengorbanan itu.

Malam ini malam ke 27 ramadhan yang dikatakan mempunyai asas yang berkemungkinan berlakuanya lailatul kadar. Sama ada malam ini malam lailatul kadar atau tidak tapi hakikat sebenar adalah jika kita melakukan solat lewat malam di akhir ramadhan adalah amat dituntut dan palahanya dilipat gandakan. Tuhan berjanji yang ada 1 malam di antara 10 malam terakhir ramadhan dan kita perlu yakin dengan-Nya.

Pengorbanan kita untuk malam – malam terakhir ramadhan amat diperlukan agar ia mampu mengubah apa yang ditullis di perjalanan kehidupan yang paling penting perjalanan untuk mengadap Allah s.w.t.  tuhan mengharapkan hambanya sujud dan bertaubat kepada-Nya dan Allah s.w.t menyayangi orang yang suka bertaubat kerana Allah s.w.t  maha menerima taubat.

Masa yang tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita berada dalam bulan ramadhan ini ia haruslah digunakan sepenuhnya malam – malam dengan mendampingi tuhan sang pencipta. Memohon kepada-Nya apa yang kita inginkan ia adalah satu peluang yang patut kita ambil dan jangan lepaskanya.

Mencari diri kita yang sebenar di dunia ini dan mengharapkan keampunan Allah s.w.t setelah  banyak dosa yang dilakukan. Pengorbanan yang kita lakukan untuk mengadap tuhan bukan sesuatu yang sia – sia kerana ia akan menjadi sesuatu yang kita harapkan ketika kita sudah tidak bernyawa .

Masih ada peluang untuk kita mangambil kesempatan di bulan ramadhan. Masih ada 3 atau 4 hari lagi selagi kita bernyawa dan selagi bulan ramadhan ini belum bertukar kepada bulan syawal peluang itu tetap ada. Isikan masa untuk hari – hari terakhir ini dengan sepenuh hati dan teguhkan iman dalam kita menace sebuah kehidupan yang hakiki.

Nabi Muhammad bermohon kepada  Allah s.w.t “Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar)”  maka terjadilah 1 malam bersamaan dengan 1000 bulan adalah untuk umatnya. Oleh itu kita jangan sia – siakannya apa yang telah Nabi kita harapkan dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t demi kepentingan manusia akhir zaman.


Monday 13 August 2012

KUIH RAYA


Kuih untuk hari raya adalah 1 makanan yang dikatakan setiap rumah menyediakanya semasa hari raya. Kenapa setiap hari raya mesti ada kuih atau biskut raya sedangkan jika bulan lain tiada pula kuih sebegitu. Kuih raya seolah – olah 1 kewajipan yang perlu dihidangkan di atas meja untuk tetamu merasakan keenakan kuih atau biskut itu.

Berbagai jenis kuih raya yang hidangkan bagi saya berbagai kuih yang dihidang itu ada yang tidak tahu nama kuih atau biskut itu. Boleh dikatakan setiap tahun ada saja kuih atau biskut yang belum pernah kita jumpa dan makan sebelum ini tapi ada di rumah – rumah yang kita ziarahi.

Barang kali ada diantara kita jika tiada kuih atau biskut raya dihidangkan di atas meja seakan – akan tidak lengkap sambutan hari raya itu. Ada  satu artikal  minggu lepas yang saya baca tentang kuih apabila seorang ibu mengamuk kepada anaknya kerana merosakan kuih yang dibuat oleh ibu. Saya merasakan pelik kenapa disebabkan kuih boleh mencederakan anak sendiri. Tidak tahu pula kenapa si ibu bertindak bergitu mungkin ada sebab – sebab tetentu terjadi kejadian itu. Sempena bulan ramadhan didiklah hati kita agar selalu bersabar dan tidak mudah kalah dengan kemarahan.

Dalam kita menyediakan kuih atau makanan haruslah di ingat bahawa janganlah terlalu mengukut nafsu yang sentiasa tamak dan yang suka membazir. Cukuplah persiapan itu sekadar apa yang kita mampu jangan ada niat untuk menandingi orang lain. Apabila ada niat untuk menandingi orang lain maka kita telah memenangkan nafsu yang ada dalam diri kita dan meletakan nafsu di atas manakala iman di bawah.

Bertapa pantasnya kita sebelum puasa lagi kita telah menempah kuih - muih untuk hari raya. atau mungkin ada yang buat sendiri sebelum bulan puasa  dan sampai sekarnag belum siap semuanya walaupun siang dan malam digunakan sehingga melupakan ada yang lebih penting

Sikap kita yang suka kepada sesuatu yang kecil hingga melupakan sesuatu yang lebih besar. Memikirkan kuih raya itu lebih penting untuk menyambut hari raya daripada persiapan untuk menyambut malam lailatul kadar.

Nafsu selalu membimbing untuk melakukan semua yang dianggap tidaklah penting manakala iman selalu tewas kepada nafsu. Kedua – duanya ada dalam diri kita maka menang atau kalah dalam perhitungan hafsu dan iman itulah kita.

Tidak salah untuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya kerana itu hari kemenangan untuk orang islam tapi jangan kerana mengejar kemenangan, sehingga teringgal apa yang patut dilakukan sebelum meraikan kemenangan itu.






Sunday 12 August 2012

MALAM LAILATUL KADAR


Bila hati berbisik yang mengatakan semakin hampir ke akhir ramadhan dan hati semakin merasakan kegusaran kerana tidak mahu masa itu berlalu agar sentiasa dalam bulan yang mulia ini. Harapan itu akan dianggap sia –sia dan tidak akan berlaku kerana masa akan terus berlalu dan meninggalkan kita walaupun kita menatapi sekuat dan sepuasnya.

Dalam sisa masa yang ada ini adakan kita gunakan sebaiknya ?, adakah kita mencari malam lailatul kadar?. Disaat orang lain berlumba – lumba untuk mendapatkannya mungkin kita terpinga – pinga mencari maksud lailatul kadar itu.

Mungkin ada dikalangan kita sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari raya hingga mangabaikan tentang malam lailatul kadar. Mungkin disaat orang lain bersekang mata untuk mengadap tuhan tapi kita pula bersekang mata untuk menyiapkan kuih muih untuk dihidangkan pada hari raya ini. Mungkin orang lain tidur lebih awal untuk bungun pada dingin malam tapi kita masih menyiapkan baju raya tanpa sedar sudah pagi.

Kenapa kita tidak gunakan waktu siang untuk melakukan sebarang persiapan untuk menyambut hari raya sampai perlu mengambil masa pada waktu malam. Kita sendiri maklum untuk malam 10 terakhir ramadhan ini adalah malam yang penting malam yang dicari – cari dan malam yang penuh dengan kenikmatan, penuh dengan mafaat yang tiada tolak bandingannya. Jika kita tidak mengambil kesempatan ini boleh dikatakan kita adalah golongan yang rugi dan tidak bersyukur dengan pemberian malam lailatul kadar ini.

Rasakan dalam diri yang kita perlu sungguh – sungguh untuk mendapatkan  malam lailatul kadar itu serta mencarinya agar ia tidak terlepas dari kita dan melakukan sebanyak mana ibadat agar memberi pulangan yang mengembirakan di sana nanti.

Fahamlah makna lailatul kadar itu dengan mendalam nescaya kita akan berusaha untuk mendapatkannya dan tidak akan membiarkan dia berlalu tanpa kita melakukan apa – apa. Tidak mampukah kita korbankan masa tidur kita untuk untuk beberapa hari ini untuk menemukan sesuatu yang diharapkankehidupan kita di dunia dan akhirat bertambah baik.

Jangan kita mengharapkan ramadhan tahun depan  untuk mencari lailatul kadar dan meninggalkan lailatul kadar ramadhan ini kerana esok belum tentu milik kita. Mati tidak kenal usia, tidak kenal tua mahupun muda, tidak kenal sihat atau sakit kerana mati adalah rasia tuhan yang pastinya kematian  adalah wajid di lalui oleh manusia.

Malam lailatul kadar hanya diberikan untuk 1 malam diantara 365 malam yang ada setahun dan tuhan sudah mengkabarkan yang ia berada di akhir 10 ramadhan. Kalau 365 kita boleh mancari cinta kepada dunia kenapa kita tidak mampu mencari 10 hari untuk kita mencari akhirat.



Saturday 11 August 2012

LAILATUL KADAR DICARI


Malam Lailatul kadar adalam malam  yang dicari orang yang beriman. Kita telah berada  hari ketujuh  akhir ramadhan dan semua umat islam tahu 10 akhir ramadhan ada 1 malam yang diberi nama lailatul kadar ada malam seribu bulan . Lailatui kadar bersamaan dengan 1000 bulan besarnya ganjaran tuhan kepada hamba-Nya yang hanya umat Nabi Muhammad sahaja memilikinya.

Di saat umat islam lain mencari malam tersebut tapi dimana kita, apa yang kita lakukan adakah kita juga mencari malam tersebut. Adakah kita penuhkan malam – malam 10 akhir ramadhan dengan beramal  dan beribadat agar kita perolehi malam tersebut atau kita hanya membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha mendapatkannya.

Di waktu orang lain  sujud setiap malam kepada tuhanya, dimana kita ketika itu adakah masih dibuai mimpi yang tidak akan sempurna. Di saat orang lain bertasbih dan berzikir mungkin kita pula berdengkur sehingga memecahkan kesunyian malam.

Amat rugi kiranya  jika kita membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha untuk mendapatkanya. Tidak bolehkah waktu tidur kita untuk  10 malam yang terakhir ini dikurangkan  beberapa jam untuk kita mengenal Tuhan pencipta. Ia adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain agar apa yag kita lakukan akan memudahkan ketika mengadap tuhan kelak.

Bayangkan jika ada 1 syarikat pelaburan  dibuka ditempat anda dan mereka menawarkan saham kepada anda. Untuk 1 unit saham berharga RM1.00 dan apabila diniagakan mereka akan memberi jaminan pulangan untuk 1 unit saham yang  akan bernilai RM1000000.00 adakah kita akan membiarkan saham itu terlepas bergitu saja? Jawapanya adalah tidak, bukankah bergitu?

Sama jugalah dengan apa yang ditawarkan oleh Allah s.w.t kepada kita untuk malam lailatul kadar bahkan ganjarannya lebih hebat daripada syarikat pelaburan itu tapi kenapa masih ada antara kita melepaskan peluang lailatul kadar itu?. Mungkin kita tidak nampak ganjaran yang dijanjikan oleh tuhan di depan mata dan menjadikan kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkan ia.

Jika kita memohon sesuatu kepada tuhan dan jatuh pada malam lailatul kadar. Apa yang kita pohonkan akan secara terus kepada Allah dan kalau kita ikhlas serta bersungguh dalam pohonan itu, ia akan mudah untuk dimakburkan. Percayalah lailatul kadar dapat mengubah sesuatu nasib seseorang. Apa yang penting kita yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita.

Besarnya malam lailatul kadar yang diberikan kepada manusia tapi ada antara kita yang tidak mahu mengambil kesempatan itu. Kenapa kita terlalu sombong dengan tuhan sedangkan tuhan telah berikan semua kepada hambanya untuk digunakan oleh kita.

Malam lailatukadar telah dibuka seluas –luasnya pintu taubat dan kita perlu menggunakan semaksimum mungkin untuk memohon ampun segala dosa – dosa yang selama ini kita lakukan mahupun dosa yang akan datang.

Gunakan masa yang masih ada ini dengan kita melakukan ibadat yang seikhlasnya dan pohonlah kepada Allah s.w.t untuk kebaikan kita sama ada di dunia atau akhirat. Anggaplah dalam kita mencari malam lailatul kadar kali ini adalah kesempatan yang terakhir Allah q.w.t  bagi kepada kita dan mungkin tahun depan bukan milik kita lagi. Bersama – sama kita mencarinya dan menemuinya.

Wednesday 8 August 2012

NAFSU DI BULAN RAMADHAN


Mengharapkan masa berlalu itu berpatah balik itu tidak akan mungkin terjadi. Bergitu juga ramadhan ini walaupun kita merindukan akan bulan ramadhan ini tapi ia akan tetap  berlalu dan mengakhirinya. Sama ada waktu yang kita tempuhi di bulan ramadhan ini digunakan sebaiknya atau sebaliknya itu semua adalah hak yang ditentukan oleh diri kita sendiri.

Bercakap soal nafsu di bulan ramadhan dimana semua manusia mempunyainya. Mungkin ada diantara kita tidak mampu untuk menahan nafsu ketika bulan ramadhan tidak kiralah kita masih muda atau rambut sudah mula memutih. Nafsu tidak kenal usia dan waktu dia selalu ada dalam diri manusia, yang boleh mengawalnya adalah diri sendiri sama ada kita dapat mengurangkan atau meningkatan nafsu itu.

Rambut yang telah memutih yang menunjukan kematangan dalam melayari kehidupan ini  belum tentu boleh mengawal nafsu tersebut dan rambut yang masih hitam atau muda bukan semuanya mengikut kehendak nafsu. Pandangan mata kita selalu mengaburi sesuatu yang merasakan sangat indah dan mendorong hati kita untuk memilikinya.

Berbalik kepada bulan ramadhan kita akan menghabiskan wang untuk memperindahkan diri kita, kereta, rumah dan sebagainya. Mungkin untuk menunjukan kita lebih hebat daripada orang lain tanpa kita sendari bahawa kita telah terikut – ikut kehendak nafsu.

Promosi – promosi yang ditawarkan seakan – akan membuta mata kita yang masih nampak  dengan jelasnya. Iman kata jangan benda itu akan menjadi pembaziran tapi nafsu kata beli demi menampakan keunggulan di mata orang sekeliling, disinilah kita tewas. Tewas dengan pujukan nafsu yang tiada syaitan dan menunjukan kelemahan iman yang ada dalam diri kita. Kita boleh mengukur di tahap manakah kedudukan iman yang ada dalam dada.

Apabila kita tewas dengan pujukan syaitan terjadilah kepentingan mengatasi keperluan. Apa yang tidak penting  kita adakanya untuk memenuhi tuntutan nafsu yang kita semai di dalam diri kita selama ini. Ia akan menjadikan kita tewas walaupun berada di dalam bulan yang pernuh keberkatan.

Adakah kita bertanya sendiri kenapa bergitu cepat kita terpengaruh dengan tuntutan nafsu ini sehingga ada yang sanggup untuk berhutang tanpa  memikirkan tentang bahana dimasa akan datang. Jika kita mengikut nafsu, kita tidak akan merasakan puas walaupun kita telah penuhi tuntutan itu.

Sebetulnya kita mamang dituntut untuk meraikan kemenaangan kita iaitu menyambut hari raya tapi jangan sampai memberi kemudaratan  dikemudian hari. Cukuplah sekadar apa yang kita mampu dan jangan bersaing untuk menampakan keunggulan kita untuk mengatasi orang lain.

Tuesday 7 August 2012

MERCUN DI BULAN RAMADHAN


Hari ini 19 ramadhan semakin kita mengakhiri bulan yang mulia ini bergitu cepat masa berlaku. Perihal kanak – kanak mahupun orang dewasa sudah merasai baham keseronokan untuk menyambut hari raya. Orang beriman pula mencari semaksimum mungkin pahala untuk menjadi bekal ke akhirat kelak. Malam kesepuluh akhir ramadhan amat dinantikan oleh mereka.

Dalam post kali ini saya ingin membawa pembaca 1 tajuk iaitu mercun di bulan ramadhan. Dimana  ramadham bergitu sinonim dengan mercun oleh masyarat kita walha untuk menyambut ramadhan tidak perlu menggunakan mercun dan kita sendiri tahu yang mercun itu bahaya

Saban tahun kita dikejutkan dengan kecelakaan yang melibatkan bermain mercun. Ramadhan kali ini juga kita telah mendengar berbagai kecelakaan angkara mercun. Melencur di seluruh badan, buta mata disebabkan bermain mercun, hancur tangan dan semakin kita mengakhiri bulan ramadhan ini semakin banyak dan hampir setiap hari kita mendengar berita tentang kemalangan melibatkan bermain mercun

Tahun lepaske telah  dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak – kanak di sebabkan mercun tapi semua itu masih belum dapat menyedarkan sebilangan kita bahana bermain mercun. Bermain mercun seolah – olah dijadikan tradisi kita ketika menyambut bulan ramadhan tanpa kita menghiraukan keselamatan diri sendiri  bahkan keselamatan nyawa orang lain.

Apa ada pada bunyian yang  kuat?, adakah ia akan membari kepuasan kepada si pemain atau menunjukan  kepada masyarakat sekeliling yang mereka mampu untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Adakalanya mercun yang kuat ini boleh menggangu masyarakat setempat dan adakalanya bunyi mercun tersebut boleh menggangu insan lain yang menunaikan solat tarawih. Bermain mercun adalah 1 perbuatan yang tidak berfaedah, merugikan, membahayakan dan boleh menggangu insan lain untuk mencari keberkatan bulan ramadhan ini.

Kalau di Negara luar mereka berdoa agar menghentikan  bunyi dentuman yang kuat ini yang mungkin boleh mencederakan dan membunuh mereka tapi bagi masyarat kita mereka mahukan bunyi detoman untuk keseronokan yang pelik.

Tidak cukup lagikan dengan berita yang kita baca?, yang kita lihat? Yang kita dengar?, perlukan banyak mana lagi peristiwa yang boleh menyedarkan segelintir masyarakat kita akan bahayanya  bermain mercun. Tidak cukupkah lagi dengan pengalaman – pengalaman orang yang terdahulu yang mempunyai kesan yang kekal hingga hari ini yang tidak akan hilang sampai bila – bila akibat terkena mercun.

Mereka bergitu kratif untuk mencipta sesuatu yang tidak berfaedah. Mariam buluh contonya yang cuba diwarisi turun – menurun benda yang saya rasakan tidak perlu untuk diwarisi tapi setiap kali ramadhan mariam buluh ini akan muncul dan mereka akan  mencari fomula untuk membunyikan sekuat mungkin. Si pemain yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Hanya ada dalam diri mereka adalah untuk kepuasan yang tidak akan puas selagi tidak mendapat kecelakaan  akibat perbuatan itu.

Janganlah kita memperjudikan anggota badan yang tuhan bagi ini dengan mengambil resiko untuk bermain mercun. Janganlah sebelum anggota badan yang sempurna diberikan ini ditarik balik nikmat itu kerana ke egoan yang sengaja kita ciptanya. Nikmat yang diberikan ini bukan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu tapi untuk menzahirkan diri kita kepada Tuhan yang maha esa.

Saturday 4 August 2012

ANUGERAH RAMADHAN

Ramadhan sudah sampai di pertengahan dimana dalam solat witir yang terakhir telah dibaca doa kunut. Bergitu pantas masa berlalu tanpa kita sedar telah berada di pertengahan bulan ramadhan dan menghampiri untuk mengakhiri bulan ramdahan ini.

Selama mana kita menjalani bulan ramadhan ini mungkin ada kesan – kesan kemanisan bulan ini. Mungkin antara kita yang belum meninggalkan solat terawik saya mengucapkan tahniah dan teruskan hingga ke akhir ramadhan kali ini.

Mungkin ada dikalangan kita yang baru mula berlajar berpuasa untuk pertama kali di bulan ramadhan saya mengucapkan selamat berusaha. Teruskan usaha itu untuk mendapat rahmat tuhan dan jangan mudah berputus asa kerana tuhan sentiasa berada disisi hamba-Nya.

Tiada bulan seindah bulan ramadhan jika kita mampu mentafsirkan kenikmatanya tidak terungkap dengan kata –  kata, tidak tergambar keindahanya. Disaat kita semangkin menghampiri bulan syawal ini baham untuk menyambut hati raya makin terasa. Mungkin diantara kita ada yang kegelisahan kerana belum buat persiapan sepenuhnya untuk melewati bulan syawal. Jangan lupa pula yang kita masih di bulan ramadhan dimana akhir bulan ramadhan ini makin banyak ganjaran tuhan kepada hambanya jangan pula kita sesekali melupakannya.

Setelah lebih 15 hari kita mengumpul keimanan untuk melakukan ibadat di bulan puasa ini yang mengharapkan balasan daripada tuhan. Adakalanya kita merasa cukup dan adakalanya kita merasakan belum mengcukupi. Itu semuanya atas usaha dan kemampuaan kita untuk melakukannya. Cukup atau tidak kita yang putuskan untuk melakukanya dan kita yang berhak apa yang telah kita kerjakan. Andai merasakan masih tidak mencukupi kita  jua yang perlu melakukan untuk mencukupkan. Kita tidak boleh mengharapkan amal ibadat insan lain untuk mencukupi apa yang kita belum cukup.

Allah s.w.t bagi nikmat sihat tubuh badan agar kita gunakanlah untuk melakukan ibadat kepada-Nya. Hargailah nikmat yang diberikan itu sebanyak mungkin ia akan menandakan kasih sayang kita kepada Allah. Jadilah orang selalu memuji – muji kebesaran Allah dan tanamkan dalam sanubari untuk  mentaati segala apa yang disuruh-Nya. 

Solat adalah tiang agama tapi masih tidak mencukupi untuk mendirikan sebuah rumah. Adakah cukup untuk mendirikan rumah dengan menggunakan tiang semata – mata. Manakan mungkin kita mendirikan sebuah rumah hanya dengan tiang sahaja , kita masih memelukan atap, kayu lain, dinding, pintu, lantai dan banyak lagi. Selepas siap sebuah rumah adakah kita akan tinggal di rumah itu dengan keadaan  yang kosong tiada perabot, tiada kerusi, tiada katil, tiada elektrik. Tiada bekalan air, rumah yang tidak berecat dan sebagainya. Maka tidak sempurnalah kehidupan kita bukankah bergitu?. Agama juga bergitu kita perlu menambah kesempunaan itu dengan melakukan amal ibadat yang lain selain solat, puasa, keluarkan zakat, menunaikan haji tapi perlu melakukan amalan – malan sunat yang lain untuk mencantikan  kehidupan akhirat kita.



tulisanhati