Sunday 30 November 2014

SENDIRIAN



Kita menagis kepergian seseorang mungkin juga kita seakan tidak percaya yang dia telah pergi selama – lamanya. Yang pasti kita juga akan menyusur kesana. Menanti waktu pasti kita akan kesana disaat tubuh menjadi longlai tidak terdaya.. air  mata yang mengalir tidak boleh untuk mengambalikan dia kepada kita walaupun kita merasakan tidak mampu untuk hidup tanpanya tetapi terpaksa jua pasrahkan ketentuanNya

Banyak diantara kita berjanji akan menjaga satu sama lain sampai kesana, itu adalah ucapan yang indah didunia untuk mengembirakan jiwa… tapi hakikatnya walaupun apa cara sekalipun kita tetap akan sendirian. 

Hingga tibanya waktu itu orang sekeliling kita akan menagis dengan kepergian kita.. akan tetapi apa yang bakal  terjadi meraka tidak tahu. Ketakutan yang amat sangat kita perlu ditempuhi keseorangan tiada lagi sesiapa yang mampu menolong.

Diri yang dirasakan kuat didunia akan menjadi lemah disana, apa yang dikabarkan dulunya tidak percaya akan jadi  percaya. Diri yang angkuh didunia akan tunduk disana.

Apa yang terjadi adalah kewajipan yang perlu ditempuhi setiap insan samada cepat atau lambat ia tetap akan berlaku. Ketika itu tiada lagi teman – teman yang akan menemani kita. Bukan kita yang meninggalkan meraka sedirian tapi kita yang akan ditinggalkan sendirian.

Ketika itu  yang ada hanyalah apa yang telah kita kerjakan di dunia fana ini, moga – moga akan mengembirakan kita semasa kita telah ditinggalkan sendirian itu. Kita akan mencari setiap pahala yang dikerjakan untuk menutup segala dosa yang telah dilakukan

Marilah kita sama – sama mengumpul pahala sebanyak mungkin untuk menjadikan bekalan disaat kita sendirian nanti. Semoga setiap apa yang kita kerjakan didunia ini mendapatan keredhoan Sang pencipta alam semester ini.

Ya Allah Jauhi azab yang perih semasa kami sendirian disana kelak sesungguhnya kami tidak mampu menghadapinya. Berikan kami cinta yang sentiasa bersemi mengingati MU Ya Allah. Ampukan kami ketika kami Melakukan Khilaf kepada Mu sesungguhnya kami insan yang lemah yang tidak terlepas dari melakukan dosa.


Wednesday 26 November 2014

KUATKAN HAMBAMU



Setiap manusia yang beragama islam pasti ada naluri untuk berubah ke arah kebaikan tetapi seringkali tertewas dangan pujukan nafsu dan godaan syaitan. Kita selalu fikir dimana dosa yang dilakukan itu hanya dosa kecil walha dosa yang kita lakukan itu adalah dosa besar. Kita akan selalu mengtafsirkan begitu untuk membolehkan kita melakukan dosa itu walaupun ia tetap akan memberikan dosa.

Lagi kuat iman kita untuk berubah semakin kuat dugaan yang datang pujukan nafsu dan syaitan yang tidak pernah putus – putus yang akan sentiasa mengikuti setiap langkah perjalanan kita didunia. Kerana itulah banyak kalangan kita yang mahu berubah tewas dangan pujukannya yang akan menyesatkan manusia. Kita selalu tewas kepadanya walaupun sendiri tahu bahana di sana kelak jika mengikut jalan yang dibawanya.

Dalam zaman yang moden ini penuh dengan dugaan dan cubaan hanya orang yang beriman kepada Allah s.w.t sahaja yang mampu untuk melalui segala apa yang dibarikan kepadanya. Tapi banyak orang yang tewas dipertengahan jalan. Kita tahu azabnya alam kubur, kita juga tahu tentang nikmatnya syurga dan kita juga tahu tentang dasyatnya neraka tidak terhingga, tetapi kita masih tidak  mampu mengawal diri sendiri sehingga tejerumus ke lemah yang hina itu.

Berapa banyak dikalangan kita dan mungkin kita sendiri yang melakukan dosa dan menyesalinya, melalaku balik dan menyesali itulah yang sering kali berlaku dalam diri kita. Disaat menyesalinya kita menagis tapi tagisan itu berlalu bergitu saja, kebanyakan kita akan mengulangi perkara yang sama itu kembali.
Mengharakan cinta yang kita berolehi ketika menyesali perbuatan dosa itu sentiasa ada dalam hati dan tidak akan terpadam agar kita selalu mengingitiNYA. Kita amat berharap cinta yang ada itu tidak akan berakhir lagi kerana jika hilangnya cinta itu sukar untuk memperolehinya lagi. Cinta yang kakal bersemi didalam hati dan tidak akan jauh dari diri kita.

Kita perlu berharap dan berusaha supaya kita mampu melakukan perubahan yang baik hingga akhir hayat kita di dunia ini sebelum mengadap Allah s.w.t nanti. Ya Allah berikan kami kekuatan untuk kami melalui segala dugaan dan cubaan didunia ini dari terus menyesatkan kami. Sesungguhnya kami sangat takut dengan siksa kuburMU dan api nerakaMU  YA Allah.

Monday 24 November 2014

KASIH SAYANG



Assalamualaikum semua, lama rasanya tidak menulis di blog ini rasa rindu untuk menulis balik datang 2, 3 hari ini tapi tidak ada kesempatan untuk membuat demikian. Hari ini  mencelah mengambil sedikit  masa untuk menulis  tentang kehidupan kita yang makin hari makin hilang pertimbangan. Media masa, media cetak, madia elektronik banyak bermula dengan tajuk tentang akhlak, tentang social, tentang perikemanusian oleh masyarakat kita. Bunuh, rogol, samun, rompak, buang anak, khalwat hampir setiap hari kita baca, kita lihat, kita dengar ia  menjadi biasa sekarang.

Nilai murni dalam diri yang selama ini disemai semakin layu malahan  keegoan pula bercambah. Perikemanusia hayut ditelan harus ombak semakin hari semakin banyak perkara yang berlaku  tak diterima akal tapi itulah yang terjadi. Dunia akhir zaman apa yang tidak logik yang selalu terjadi.

Manusia yang berhati binatang malahan lebih teruk dari itu semakin tidak dapat dikawal jadi sarang yang terkandung dalam hati yang hitam. Sifat kasih sayang semakin menipis dari hari ke hari, sifat benci pula yang menebal. Hilang sifat kasih sayang terhadap ibu bapa, orang tua, kanak – kanak, golongan OKU, golongan yang lemah, golongan tidak berdaya terus dilakukan kejahatan kepada meraka tanpa ada belas kasih sayang. Perlakuan  yang tidak boleh dikawal lagi dengan kewarasan akal yang telah diberikan.

Hari ini anak bunuh ayah atau ibu itu perkara biasa, seorang anak yang dilahirkan melalui rahim ibu dan yang diberi makan dan minum, yang dibelai hingga ke besar sanggup memalakukan sedemikian rupa. Dimana kasih sayang yang telah ditanam sejak kecil itu? Mungkin hilang dimamah peredaraan zaman. Zaman moden bukan penyebab berlakunya begitu, tapi hilangnya iman dalam diri setiap insan.

Muktakhir ini kita selalu dipaparkan dengan berita – berita yang boleh meruntunkan sanubari yang ada sifat kasih sayang di dalam jiwa manusia. Perbuatan manusia yang merosakan manusia sendiri, tangan – tangan manusia yang menghancurkan dimana ia akan menyebabkan manusia jua yang terkena. Kerana akal manusia yang sejenkal ini lah yang boleh merosakkan segala kebahagian yang tercipta bahkan boleh merosakkan diri sendiri.

Oleh itu untuk melihat sinar bahagia terpancar kembali, kita sebangai manusia perlu tanam kasih sayang dan cinta Kepada Allah S.W.T apabila sifat itu ada dalam setiap  manusia maka kasih sayang dan cinta akan kembali kepada setiap makhluk di sekalian ini.

tulisanhati