Assalamualaikum
Lama sungguh rasanya tidak menulis di sini, hari in tanggal
4 ogos 2019 tergerak di hati untuk menulis. Tidak tahu kenapa ada perasaan
untuk menulis, mungkin rindu kerana lama tidak
post sesuatu tulisan disini.
Dalam kita menjalani perjalanan hidup ini sering kali kita
diuji kecil mahupun besar ujian itu. Kita tetap akan diuji, sampai satu tahap
adakalanya kita tertewas dengan ujian itu, lumrah kehidupan adakalanya kita
mampu dan adakalanya kita tertewas
dengan ujian itu.
Disaat ujian yang perlu kita tempuhi dan kita berusaha untuk
menghadapi ujian itu, kita akan buat sehabis baik untuk jadi yang tebaik . tepi
mungkin jawapan yang kita dapat dari ujian itu bukan suatu yang kita mahukan,
yakinlah ketentuan Allah itu adalah yang terbaik walaupun pada awalanya kita
merasakan kecewa dengan jawapan yang kita dapat.
Menghadapi dugaan atau cubaan ini akan membuatkan
perasaan kita bercampur kedukaan,
fikiran jangan katalah memang kusut menghantui setiap kali terjaga dari tidur,
fikir, fikir dan terus berfikir tentang masalah, tentang ujian, tentang mana
silapnya. Kata orang banyak soalan dari jawapan, ataupun jawapan yang kita
dapat ia menjadi soalan balik kepada kita. Apa – apa pun itulah keindahan
perjalanan yang telah diatur kepada kita.
Adakalanya kita merasakan ujian yang diberikan tidak patut
diberikan kepada kita, tetapkan dalam
sanubari disebalik ujian yang dibarikan kepada diri kita, kita perlu yakin tuhan selalu dengan
kita. Semakin dekat kita dangan tuhan , tuhan lebih dekat kepada kita. Pasrah
setelah segalanya setelah kita usahakan yang terbaik maka disini redho akan menjadi keutamaan untuk
kita melangkah ke hadapan.
Tuhan beri ujian atau dugaan kerana Allah lebih tahu
kemapuan kita untuk hadapinya, walaupun rasa sukar, susah, mana perlu mulakan,
lelah, hiba,kusut dan pelbagai lagi rasa
Kali ini aku hadapi dugaan, cubaan yang telah lama aku
lalui, aku menghadapi masalah yang menggangu aku hamper 2 tahun, aku hadapi tanpa
bicara, aku pendam dalam hati. Aku amat berharap masalah ini berlalu pergi. Dan
setiap apa yang dugaan yang diberikan kepada aku, aku tidak akan pernah
menyalahkan sesiapa.
YA ALLAH ENGKAU KUATKANLAH HATIKU UNTUK MENGHADAPI SEMUA
INI. SEBAIK BAIKI JAWAPAN ADALAH KETENTUAN MU YA ALLAH. SESUNGGUHNYA SETIAP
KETENTUANMU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.