ASSALAMUALAIKUM
SETELAH SEBULAN KITA MENUNAIKAN PUASA FARDU DI BULAN RAMADHAN, TIDAK TERASA MASA BERLALU BERGITU CEPAT. SEPERTI TIDAK MAHU BULAN INI BERAKHIR, BULAN YANG AKAN DIRINDUI DAN DIHARAPKAN MOGA ADA KESEMPATAN UNTUK MENUNAIKAN PUASA FARDU PADA TAHUN HADAPAN. TUHAN MENJADI 1 BULAN YANG INDAH UNTUK MANUSIA MERASAINYA DAN MERINDUINYA.
DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA MENGUJUNGI BLOG TULISANHATI INI.
Berbicaralah dengan hati serta berpandukan iman di hadapan, dan disebalik tulisan itu ada makna tersembunyi....
Sunday, 28 August 2011
Saturday, 13 August 2011
PUISI " BENTANGKAN SEJADAH"
Bentangkan sejadah itu
Sujud dan patuh di hadapan Illahi
Terasa sangat kerdil diri ini
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang disembah
Setelah lama diri ini lalai
Lalai tentang Mu Tuhan
Sehingga lupa tentang nikmat yang diberikan
Tidak terasa masa berlalu pergi
Terasa tenang ketika disejadah
Hilang segala gundah gulana kehidupan
Tiada pekikan alam
Ketika mengadap Mu Ya Allah
Nun di sana ada kisah
Kisah tentang kehidupan insan
Kisah yang akan dipaparkan
Untuk tontonan setiap insan
Tuesday, 9 August 2011
BENTANGKAN SEJADAH MU
Bentangkan sejadah itu bersujud dihadapan Allah. Andai tahu kita adalah hak-Nya yang akan kembali kepada-Nya. Selepas kita melewati segala masa yang telah diberikan, segala nikmat dan manfaat yang digunakan . Adakah kita membalasnya kepada Sang pencipta yang telah membarinya.
Setelah lama kita menggunakan nikmat ini adakalanya kita tidak bersyukur apa yang telah di kurniakan kerana kita manusia yang tidak tahu berterima kasih. Kita menggunakan nikmat dan manfaat yang diberikan percuma kita tidak berterima kasih kepada pengurnia. berterima kasih dengan sujud, patuh, lakukan yang diminta tinggalkan apa yang dilarang barangkali mungkin kita tidak mampu melakukan, kita tidak berterima kasih kepada-Nya.
Masa terus berlalu detik ke detik, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan sampai tahun ke tahun mungkin kita telah mempersiakan masa yang telah diberikan. mungkin kita tidak berterima kasih kepada Maha percipta.
Ya Allah maafkanlah kami jika selama ini kami lupa berterima kasih kepada Mu Ya Allah. Mungkin selama ini kami telah melakukan dosa dengan nikmat Mu ini. Mungkin kami telah Alpa dengan rahmat Mu ini atau mungkin kami telah Mengecawakan Mu yang Allah. Sesungguhnya Tuhan tidak pernah mengecewakan manusia tapi kami yang sering kali mengecewakan Mu Ya Allah
Mungkin nikmat Mu ini tidak terlihat oleh kami dimana kami tidak melihat dengan mata keimanan, mungkin kami tidak dapat mambayangkan nikmat Mu kerana Kami tedak mambayangkannya. Engkau ciptakan kami dengan kekuasaan Mu, Engkau cintakan sesuatu dengan kehendak Mu. Segala puji Ya Allah dengan mensyukuri nikmatmu, selaga puji bagi Mu yang memberi nikmat kepada kami.
Maafkan kami

Monday, 8 August 2011
PUISI "CAHAYA INI"
Semalam telah luput di minda
Mengatur langkah yang samar
Masihkah ada cahaya yang menyuluhnya
Biar terang jiwa ini
Bukakan lampu itu
Yang selama ini terpadam
Agar terang tempat ini
Boleh melihat terang ke dalam lubuk hati
Biarkan cahaya benderang
Menerangi jiwa yang suram
Seperti cahaya bulan
Biarkan cahaya menyuluh kehidupan ini

Sunday, 7 August 2011
BETULKAN ARAH PERJALANAN INI
Jalan yang berliku ini perlu kita laluinya. Walaupun penuh dengan ranjau, penuh dengan halangan, penuh dengan onar duri tetapi perjalan ini tetap perlu diteruskan jua kerana perjalanan ini tak akan berhenti selagi kita bernafas di dunia ini.
Dalam perjalan ini mungkin kita telah ketemu banyak halangan, banyak dugaan, banyak kepahitan, banyak yang sakit, banyak yang menyedihkan, banyak yang memilukan. Itulah perjalan kehidupan ini. Kita merasakan payah untuk meneruskan perjalanan ini tetapi mudah kalau kita tahu ke mana hala tuju yang harus kita melangkah.
Apakah setiap langkan yang kita aturkan untuk ke arah yang sepatutnya kita tuju. Adakah jalan itu menuju ke arah keredhoan Allah. Atau pun kita belok ke arah yang salah untuk menuju menghadap Allah. Adakah lengkap sudah hala tuju yang perlu kita perlu tuju dikabarkan melalui Al-Quran.
Kita merasakan cepat waktu berlalu tanpa kita sedar kita telah tersalah arah perjalanan yang ingin dituju. Waktu terus berlalu bersama dengan arah yang salah kita tujuinya. Bayangkan di saat kita tersalah arah ini Allah menghentikan nafas yang kita hirup ini dan di saat itu kita masih dengan arah yang salah. Bayangkan di saat itu kita dihadapan Allah, Bayangkan dengan dosa - dosa yang kita lakukan. Bayangkan kita dilemparkan di dalam neraka jahanam.
Di saat itu katakan siapa yang boleh menolong kita jika dalam perjalan kehidupan ini kita telah tersalah arah, Tesilap arah bukan kerana kita tidak tahu ke mana arah yang patut kita tuju tetapi kerana diri kita yang tidak mahu menuju ke arah yang betul itu.
Walaupun payah, sukar, sedih, penuh dengan onar duri, penuh dengan dugaan. Kita perlu meneruskan perjalanan ini kerana jalan itu adalah jalan yang diredhoi Allah. Jalan yang akan menjadikan kita manusia yang mampu tersenyum di alam sana.
Di bulan yang mulia ini marilah kita sama - sama membetulkan arah tujuan kita mungkin selama ini telah tersesat dalam perjalan ini, Mungkin selama ini telah leka dengan kehidupan ini, mungkin selama ini kita telah jauh dengan Allah. Gunakan saki baki masa yang diberikan ini untuk kita dekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Subscribe to:
Posts (Atom)