Mari kita tundukkan wajah seketika
Selamilah diri ini
Merenung sejenak ke depan
Merenung tentang akhirat
Pejamkan matamu
Berfikirlan dengan hati murni
Siapa kita dihadapanya
Apa yang harus kita lakukan
Lapangkan dada kita
Tinggalkan seketika dunia
Dalam fikiran hanya ada Tuhan
Apa nasib kita disana
Bukakan minda kita
Apa yang telah kita lakukan dalam hidup ini
Adakan akan jadi jaminan syurga kelak
Atau mencari jaminan untuk ke neraka
Menangislah dengan kesilapnya yang telah dilakukan
Cucikan sekali kesilapan bersama air matamu
Biarkan ia mengalir
Kerana pintu taubat masih dibuka seluas - luasnya
No comments:
Post a Comment