Entah kenapa pada post kali ini saya ingin mempersoalkan
tentang wang hantaran atau mahar yang dikenakan terhadap lelaki. Semua sendiri maklum
ketika ini wang hantaran yang dikenakan untuk memilikki seorang isteri untuk dijadikan
teman hidup yang memakin meningkat. Persoalanya kenapa wang hantaran perlu tinggi
sehingga membebankan kaum lelaki untuk memenuhinya sedangkan berkahwin adalah
untuk merelakan satu hubungan yang halal. Mungkin sesetengah lelaki yang ada
kemampuan untuk memenuhi wang hantaran itu tiada masalah tapi masih ramai lelaki
yang tidak mampu untuk memenuhi wang hantaran yang diminta oleh ibu bapa
pasangan tersebut. Bukan semua lelaki adalah pengarah syarikat, bukan semua
lelaki usahawan yang Berjaya, bukan semua lelaki berpangkat dalam syarikat,
bukan semua lelaki pendapatan yang tetap.
Bercakap soal kahwin
semua lelaki mahu mendirikan rumah tangga, tidak kira lelaki atau perempuan
mahu satu ikatan yang sah iaitu sebagai suami isteri. Tapi yang menjadikan
beban kepada kaum lalaki adalah wang hantaran yang tinggi yang dikenakan untuk
memiliki seorang pemaisuri hidup begelar isteri..
Seolah – olah pada zaman sekarang wang hantaran yang
dikenakan kepada kaum lelaki mengikut harga barang di pasaran. Di mana harga barang
semakin naik, wang hantaran pun turut naik. Adakah perempuan sama seperti
barang yang ada dipasaran yang boleh dijual beli. Semakin moden zaman ini semakin tinggi wang hantaran yang deminta oleh
ibu bapa.
Apa rasionalnya wang hantaran yang diminta terlalu tinggi
yang akan membebankan kaum lelaki untuk memenuhinya, ini bukan hanya menyebabkan berlakunya kelewatan
untuk berkahwin kapada si lelaki dan perempuan ia juga akan menggalakan berlakunya satu hubungan yang
haram.
Hantaran yang mahal atau tinggi bukan jaminan untuk pasangan
suami isteri hidup dalam keadaan bahagia. Kita boleh lihat dengan mata ada diantara kalangan pasangan suami isteri yang
berada di sekeliling kita yang dulunya gah majlis perkahwinan dengan hantaran yang mahal tapi
ada yang hidup dalam keadaan yang tidak
bahagia ini membuktikan hantaran yang tinggi bukanlah 1 jaminan untuk
menjadikan 1keluaga yang bahagia yang di impikan setiap pasangan hidup
Hantaran yang tinggi juga bukan jaminan si suami ke syurga kerana
si isteri tidak melakukan dosa yang tidak perlu ditanggung oleh si suami, hantaran
yang mahal tidak menjamin si isteri tidak melakukan dosa mereka terhadap si suami,
hantaran yang tinggi bukan jaminan si isteri boleh memegang amanah yang
sebetulnya sebagai isteri pelengkap suri rumah tangga, hantaran yang tinggi juga bukan
jaminan seorang isteri boleh manjalankan kerja – kerja rumah dengan sebaik
mungkin.
Ibu bapa sepatutnya bersyukur jika selama ini dosa seorang
anak perlu dipikul oleh mereka diberikan pula kepada si suami untuk mengalasnya. Tapi
kanapa perlu meletakkan wang hantaran yang tinggi jika si suami yang akan
mengambil segala tugas yang selama ini perlu dipikul oleh ibu bapa tidak
terfikirkah melepaskan seorang anak perempuan seolah – oleh melepaskan sesuatu
beban yang sangat berat ke bahu mereka kepada si suami.
Sebelum semuanya berubah,
apabila hilang punca maka bertukarlah daripada untuk
menjadikan halal kepada si dia kepada yang haram . Apabila iman selama ini
sentiasa berada dalam dada semakin mengurang bercampur dengan perasaan sakit hati dan merasakan
mustahil untuk mencari wang hantaran yang tinggi itu maka pasangan kekasih
menjadikan satu alasan untuk melakukan perkara yang berdosa . ditambah dengan
bisikan syaitan yang sentiasa membisikan
sesuatu kepada mereka yang selalu ingin menyesatkan manusia maka berakhirlah satu kisah cinta yang bergitu
menjijikan dimana perkara yang tidak di inginkan berlaku oleh ibu bapa dan
masyarakat tapi telah berlaku.
Terpampanglah di muka depan dan dada – dada akhbar, media massa, media elektronik di mana berita yang selalu kita baca, kita lihat dan kita dengar, sepasang remaja di tangkap khalwat di hotel murah , seorang bayi perempuan dijumpai di hadapan rumah, jaritkan di sangkakan kucing rupanya bayi yang masih bernyawa, cubaan seorang lelaki untuk terjun barunan dari tingkat 7 untuk bunuh diri kerana kecewa, pasangan kekasih bernikah di Thailand dan perbagai lagi masalah sosial yang ada kaitan dengan ke egoan manusia sendiri.
Terpampanglah di muka depan dan dada – dada akhbar, media massa, media elektronik di mana berita yang selalu kita baca, kita lihat dan kita dengar, sepasang remaja di tangkap khalwat di hotel murah , seorang bayi perempuan dijumpai di hadapan rumah, jaritkan di sangkakan kucing rupanya bayi yang masih bernyawa, cubaan seorang lelaki untuk terjun barunan dari tingkat 7 untuk bunuh diri kerana kecewa, pasangan kekasih bernikah di Thailand dan perbagai lagi masalah sosial yang ada kaitan dengan ke egoan manusia sendiri.
Hantaran yang tinggi bukan menunjukan ibu bapa mereka sangat
sayang kepada anak mereka sampai tidak sanggup untuk berpisah dan terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi untuk mereka melepaskan anak yang disayangi mereka
kepada si suami. Tapi menunjukan mereka bertapa tidak tahunya tentang pelepasan beban yang berat.
Para ibu bapa sekalian megertilah perkahwinan bukan untuk
menunjukan mahalnya wang hantaran atau mahar dan gahnya sesuatu majlis perkahwinan. Ia
adalah satu proses untuk memindahkan satu beban dosa yang dikakukan anak selama ini yang perlu ditanggung oleh ibu bapa
ke bahu seorang lelaki yang bergelar suami.
Janganlah untuk menunjukan kemewahnya ke egoan dengan
hantaran tinggi menyebabkan anak – anak mu terus hanyut dengan dosa dan noda. Dosa
dan noda tidak akan terhenti selagi tiada satu ikatan yang sah iaitu ikantan
perkahwinan
Hakikat sebuah perkahwinan adalah untuk merelakan satu
ikatan yang sah yang di gelar sebagai pasangan suami isteri dan untuk menghalalkan
apa yang haram serta untuk tidak mendatangkan fitnah dari masyarakat
sesekeliling dan untuk menjadikan satu keluarga yang bahagi, bahagia hingga ke
syurga. Jangan biarakan meraka terus hanyut dengan dosa dan noda
betul ckp awk tu.. tp sy sbgai perempuan, insyaallah, tak ltk yg mhl dan mmg niat tak nak lgsg bersanding dan tak nak ada pelamin.. kalau dah duit hbs time kawin mcm mna lps kawin plk kan..
ReplyDeleteduit bukan segala - galanya, ada yang lebih penting daripada duit
DeleteBerkatnya hidup seorang wanita itu pabila
ReplyDelete1.rendah mahar perkahwinannya
2.cepat jodohnya
3.cepat mendapat anak