Hari ini telah 3 ramadhan dan hari ketiga kita menunaikan
ibadat puasa moga – moga kita dapat menunaikan kefarduan ini hingga ke
akhirnya. Harapan itu amat diharapkan dapat direalisasikan bukan hanya fantasi.
Mungkin di antara kita merasakan ramadhan kali ini berlainan
daripada ramadhan- ramadhan yang lepas. barangkali
ramadhan yang lepas kita berbuka puasa berseorangan tiada teman disisi tapi
ramadhan kali ini berbuka berdua di samping isteri atau suami maklumkan ramai
yang mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah baru – baru ini. Mungkin dulu
pergi bazaar seorang diri tapi kali ini ada suami atau isteri di samping
memilih juadah jangan pula memilih mengikut telunjuk nafsu. Barangkali juga
kalau dulu seorang lelaki itu berbuka puasa di kedai atau membeli di bazaar
ramadhan sebaliknya ramadhan kali ini ada seorang isteri yang menyediakan
juadah untuk berbuka bersama.
Bukan semua antara kita merasakan kelainan yang
membahagiakan menyambut ramadhan kali ini. Mungkin ada jiwa – jiwa antara kita merasakan
kelainan yang mengharukan, memilukan
atau menyedihkan ramadhan kali ini. Mungkin
dulunya berbuka ada seseorang di sisi tapi kali ini keseorangan. Mungkin dulu
berdua memilih juadah berbuka tapi kali ini keseorangan. Mungkin ramadhan yang dulu
ada isteri untuk menyediakan juadah tapi kali ini sebaliknya. Walaupun dulu ada
seseorang disesi kita untuk berbuka puasa dan sekarang sudah tiada sama ada
jauh dengan kita, pergi meninggakan kita keseorangan, atau telah mengadap
Illahi. Kita mengharapkan tuhan untuk menjaganya sebaik mungkin.
Mungkin juga antara kita tetap sama seperti ramadhan yang lepas dimana klau dulu keseorangan
berbuka puasa tapi kali ini tetap sama
masih berseorangan. Kalau dulunya berseorang memilih juadah berbuka di bazaar
ramadhan tapi kali ini tetap sama. Mungkin dulunya tiada yang menyedikan
juadah untuk berbuka di rumah dan kali
ini tetap sama. Mungkin dulunya kawan – kawan yang menjadi teman untuk berbuka
bersama ramadhan kali ini juga tetap sama.
Apabila melihat pasangan sekeliling kita yang bahagia
berbuka puasa sebagai suami dan isteri. Sebagai manusia biasa kita tidak dapat menidakkan
perasaan kita untuk jadi seperti mereka. Pergi ke bazaar ramadhan bersama,
memilih juadah bersama, menyediakan juadah bersama, berbuka puasa bersama,
pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat tarawik bersama
semuanya bersama. Mungkin ada terdetik dalam hati kta untuk jadi seperti mereka
yang melalui ramadhan kali ini pernuh dengan kebahagian.
Walaupun kita berbuka puasa berseorangan, berdua, bertiga, berempat
atau seramai mana pun kita tetap akan berbuka jika sampai waktu berbuka. Mungkin
kita merasakan bahagian, mungkin kita merasakan terkilan, mungkin kita
merasakan sedih, mungkin kita terkenangkan seseorang dan pelbagai perasaan
melanda dalam jiwa kita. Walau kita berada dalam perasaan mana pun kita perlu
bersyukur kerana masih dapat melakukan ibadat puasa di bulan ramadhan kali ini.
slmt menyambut bln ramadhan.. thn nie e'in sahur dan buka seorang diri lg.. huhu
ReplyDeletebagi sy ramadhan tahun ni sdikit berbeza, kerana kerana pemergian ketua keluaga, arwah ayah Mat Rasid Bin Yusoff
Delete