Terbukti sudah inti pati kehidupan di dunia yang manusia sukakan
kepada kegelapkan berbanding kecerahan. Manusia suka kepada sesuatu yang gelap,
manusia suka akan tempat yang gelap, manusia suka mengapai perkara – perkara yang
memudaratkan jalanan kehidupan untuk ke destinasi yang pasti.
Kita sering kali lupa tentang keagongan Tuhan yang maha satu
, terbiasa dengan kelalaian duniawi ini sehingga kita lupa tantang akhirat.manusia
lemas dengan arus kemodenan ini hingga ke paras dagu (hampir lemas).Dalam
kesabaran yang disematkan di dalam sanubari kita mungkin ada suatu masa kesabaran
tertewas kepada kemarahan walaupun
kesabaran telah lama kita sematkan di dalam hati, ini kerana kita mempunyai
perasaan.
Menagis, ketawa adalah anugerah yang perlu dijalani setiap
insan bernama manusia. Kita semua adalah hina disisi Tuhan yang satu. Dimana
kita selalu diuji dengan musibah, selalu diuji dengan nafsu dan selalu diuji dengan
nikmat yang telah di pinjamkan kepada manusia. Janganlah kita tewas dengan
ujian itu tuhan menurunkan ujian kepada manusia
bukan kerana untuk menyusahkan atau menyukarkan manusia tetapi kerana
tuhan sayangkan hambanya.
Carilah Kecerahan
dalam kehidupan dan meninggalkan
kegelapan yang selama ini melaputi dan menyaluti jiwa manusia walaupun pada zaman serba moden
ini sukar untuk manusia menemui kecerahan yang hakiki, tapi cahaya itu masih ada serta
selalu ada kita perlu bijak mencarinya.
Mungkin payah untuk sesetengah manusia mencarinya mungkin kita perlu ke hulu ke
hilir, mungkin kesana kesini dan mungkin ranjau berduri yang perlu ditempuhi
tapi kecerahan itu mesti dicari yang
diterokai agar sempurna kehidupan kita didunia dan akhirat kelak.
Ada di kalangan kita masih tercari - cari kecerahan itu walaupun ia
telah terhidang di depan mata ia ada disisi kita tapi tidak nampak dengan mata
kasar ini kerana mata kita suka melihat kegelapan sehingga kita tidak dapat melihat
cahaya yang ada di sekeliling manusia dan
kita selalu merasakan sukar untuk mencari
kecerahan itu. kita sentiasa melihat
kecerahan yang berada jauh sedangkan yang dekat kita lupakan mungkin yang dekat itu
lebih baik dari yang jauh.
Fitrah kebanyakan manusia yang sukar mencari kecerahan berbanding dengan kegelapan yang mudah dicari, tapi Allah s.w.t tetap menunggu hambaNya mencari kecerahan hingga kita ketemunya. Biarlah kecerahan kehidupan ini menjadikan semua syaitan menagis melihat manusia berada dalam kecerahan dan dalam keredhoan Allah S.w.t.
Fitrah kebanyakan manusia yang sukar mencari kecerahan berbanding dengan kegelapan yang mudah dicari, tapi Allah s.w.t tetap menunggu hambaNya mencari kecerahan hingga kita ketemunya. Biarlah kecerahan kehidupan ini menjadikan semua syaitan menagis melihat manusia berada dalam kecerahan dan dalam keredhoan Allah S.w.t.
Dibahu kita ada satu
beban yang dimana beban itu perlu di pikul untuk dibawa ke sana dalam beban itu
ada amanah yang telah roh kita telah berjanjikan dihadapan Allah yang telah
mencipta manusia dan seluruhnya.
Kumpulkan kudrat untuk mencari kecerahan agar kita sentiasa
berada disisi sang pecipta yang mencipta seluruh alam semester ini. Tanamkan satu naluri keikhlasan walaupun sukar untuk
dijaga tapi ia perlu dijaga dalam
mencari kecerahan ini. Kerana
kesempurnaan kehidupan di dunia ini akan
datang bersama dengan keikhlasan.
No comments:
Post a Comment