Hari ini 11 ramadhan bulan seluruh umat islam diwajibkan berpuasa. Bulan ini
juga bulan untuk mencari kedamaian jiwa yang selama ini ada kecelaruan dan
kekeliruan. Bulan yang memberikan
ketenangan minda untuk muhasabah diri mungkin selama ini selalu beremosinal
hingga hati jadi hitam
Dalam kita menjalani ibadat puasa di bulan suci ini dimana
syaitan – syaitan di ikat tapi kenapa ada di antara kita masih tidak berubah. Kenapa
masih ada tangkapan – tangkapan pasangan kekasih?, kenapa masih ada penderaan kanak
- kanak sehingga menyebabkan kematian. Lebih
mengejutkan kezaliman itu di lakukan oleh ibu bapa kandung tanpa ada belas
kasihan.
Anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa ibu bapa yang tiada
hati dan perasaan , yang tidak perikemasuian mereka seolah - oleh seperti beberapa binatang
yang memakan anaknya sendiri. Tuhan beri nikmat anak kepada meraka bukan untuk
deperlakukan sebegitu rupa hingga nyawa yang menjadi korban.
Dikala syaitan tiada pada bulan ramadhan ini tapi masih ada
yang melakukan maksiat? Masih ada lagi pasangan kekasih di tangkap khalwat. Ini
kerana nafsu manusia yang tinggi menyebabkan hilang pertimbangan, hilang pengangan,
hilang kawalan dan hilang iman menyebabkan semua itu berlaku.
Kalau pada bulan selain bulan ramadhan masalah sosial ini
berlaku tapi pada bulan ramadhan tetap berlaku dan tidak berkurang ada saja
berita yang kita baca atau dengar pelbagai basalah yang berlaku khalwat, bunuh,
pelacuran, mencuri, penderaan merompak kebanyakan meraka adalah yang beragama
islam kenapa semua itu berlaku?.
Islam adalah agama sumur yang apa ada didalamnya adalah semua
perkara yang baik. Mungkin semasa melakukan sesuatu yang berdosa itu mereka lupa yang mereka ini beragama islam?. Mungkin
mereka tidak tahu sekarang adalah bulan ramadhan.
Kurangkan nafsu dan selalulah ingat kepada tuhan yang
menjadikan kita dan seluruh alam ini. Ingatlah Allah selalu dekat kepada kita,
tuhan melihat apa yang kita lakukan. Pandanglah ke langit lihat kekuasaan Tuhan
menjadikannya agar kita mampu untuk berfikir tentang kekuasaan-Nya.
No comments:
Post a Comment