Ikhlas ramadhan adalah sesuatu ibadat atau amal itu
dilakukan bukan kerana terpaksa atau dipaksa ia lahir dalam hati kita dan
mengharapkan di terima oleh Allah s.w.t, ibadat di bulan ramadhan juga bukan
untuk menunjuk – nunjuk atau mengharapkan sesuatu balasan daripada sesama
makhluk.
Ada di kalangan kita melakukan ibadat sunat dalam bulan
ramadhan ini kerana mahu menampilkan diri menunjukan meraka kuat beribadat.
Atau mungkin mereka melakukan segala apa amalan sunat itu atas pemintaan oleh seseorang untuk mendapat pujian.
Mungkin juga kalangan kita melakukan sesuatu ibadat itu untuk melobi mendapatkan
sesuatu yang berkepentingan diri sendiri di dunia ini.
Walaupun banyak ibadat – ibadat sunat di bulan ramadhan ini
tapi ia dilakukan bukan kerana Allah s.w.t tapi kerana manusia, adakah ibadat
yang kita lakukan itu diterima oleh Allah s.w.t. Kita selalu bergantung kepada
manusia sehingga melakukan ibadat pun kerana manusia bukan kerana Allah.
Ruginya ibadat yang kita lakukan kerana manusia tapi bukan karana Allah. Kita
adalah hamba Allah bukan hamba manusia atau makhluk lain dan segala apa yang
kita lakukan hanyalah kerana Allah.
Ada ibadat yang wajid kita lakukan walaupun terpaksa atau di
paksa perlu dilakukan juga tapi bukan kerana untuk mendapatkan balasan dari
manusia tapi dapat balasan daripada Allah s.w.t di akhirat nanti. Janganlah
sesekali kita mengharapkan sesuatu balasan daripada manusia kerana ia akan
mengecewakan dan akan memesongkan aqidah kita.
Kita perlu hakis sikap melakukan sesuatu ibadat kerana
manusia kepada kerana Allah. Ibadat yang kita lakukan adalah untuk menjadi saham
– saham akhirat yang akan buat kita tersenyum kelak. Ibadat yang kita lakukan
dihitung oleh Allah bukan oleh manusia. Kenapa kita tidak lobi Allah s.w.t
untuk kita ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan soleha dengan melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan kerana Allah bukan kerana manusia.
Fikirkanlah Jika kita lakukan sesuatu ibadat itu kerana
manusia, apa yang kita akan dapat daripada mereka adakah kita akan ditempatkan
di kalangan orang yang soleh atau soleha?. Balasan yang kita dapat dari
manusia mungkin menyenangkan untuk sementara waktu sahaja.
Keikhlasan amat penting kerana dengan keikhlasan akan
hadirnya kesempurnaan. Dimana kesempunaan adalah sesuatu yang amat penting
dalam kehidupan kita. Ikhlaskan segala apa yang kita lakukan untuk mendapatkan
kesempurnaan. Saya berpesan kepada diri saya dan para pembaca.
No comments:
Post a Comment