Mencari sesuatu yang indah disana bukan sesuatu yang mudah
ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan bukan semua orang mampu melakukan hanya
jiwa - jiwa yang memahaminya sahaja yang
mampu melakukan pengorbanan itu.
Malam ini malam ke 27 ramadhan yang dikatakan mempunyai asas
yang berkemungkinan berlakuanya lailatul kadar. Sama ada malam ini malam lailatul
kadar atau tidak tapi hakikat sebenar adalah jika kita melakukan solat lewat
malam di akhir ramadhan adalah amat dituntut dan palahanya dilipat gandakan. Tuhan berjanji
yang ada 1 malam di antara 10 malam terakhir ramadhan dan kita perlu yakin
dengan-Nya.
Pengorbanan kita untuk malam – malam terakhir ramadhan amat
diperlukan agar ia mampu mengubah apa yang ditullis di perjalanan kehidupan
yang paling penting perjalanan untuk mengadap Allah s.w.t. tuhan mengharapkan hambanya sujud dan
bertaubat kepada-Nya dan Allah s.w.t menyayangi orang yang suka bertaubat
kerana Allah s.w.t maha menerima taubat.
Masa yang tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita berada
dalam bulan ramadhan ini ia haruslah digunakan sepenuhnya
malam – malam dengan mendampingi tuhan sang pencipta. Memohon kepada-Nya apa
yang kita inginkan ia adalah satu peluang yang patut kita ambil dan jangan
lepaskanya.
Mencari diri kita yang sebenar di dunia ini dan mengharapkan
keampunan Allah s.w.t setelah banyak
dosa yang dilakukan. Pengorbanan yang kita lakukan untuk mengadap tuhan bukan
sesuatu yang sia – sia kerana ia akan menjadi sesuatu yang kita harapkan ketika
kita sudah tidak bernyawa .
Masih ada peluang untuk kita mangambil kesempatan di bulan
ramadhan. Masih ada 3 atau 4 hari lagi selagi kita bernyawa dan selagi bulan
ramadhan ini belum bertukar kepada bulan syawal peluang itu tetap ada. Isikan masa
untuk hari – hari terakhir ini dengan sepenuh hati dan teguhkan iman dalam kita
menace sebuah kehidupan yang hakiki.
Nabi Muhammad bermohon kepada Allah s.w.t “Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah
umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit,
tetapi ganjarannya besar)” maka
terjadilah 1 malam bersamaan dengan 1000 bulan adalah untuk umatnya. Oleh itu
kita jangan sia – siakannya apa yang telah Nabi kita harapkan dan dimakbulkan
oleh Allah s.w.t demi kepentingan manusia akhir zaman.
No comments:
Post a Comment