Baham suasana hari raya sedikit telah
menurun tidak seperti hari raya pertama, kedua dan ketiga masyarakat yang balik
ke kampung kebanyakannya telah pulang ke kota. Menyambung hanyat untuk tututan
hidup kembali seperti biasa pergi dan pulang dari tempat kerja mencari rezeki
untuk santapan di dunia fana ini.
Terlebih dulu saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada kawan – kawan yang datang bertandang ke rumah
bertanya kabar mengeratkan tali persahabatan yang lama tidak ketemui. Jarak
yang membuatkan tali persehabatan itu semakin renggang mujurlah ada hari raya
untuk menjalinkan balik ikatan itu.
Kepada rakan – rakan yang
diziarah dan menziarahan ikatan persahabatan atau persaudaraan dan kekeluagaan
yang terbina itu tidak akan putus selagi
kita mempunyai satu perasan yang tertanam di dalam diri iaitu ukhwah. Ukhwan
terbina dengan hati yang ikhlas maka ia akan kukuh selamanya.
Tuhan jadikan hari raya sangat
berketepatan untuk menjernihkan sesuatu yang keruh, mendekatkan yang dulunya
jauh, mengeratakan yang dulunya terurai, mengigatkan yang dulunya terlupa,
bersama yang dulunya terpisah. Agongnya tuhan menciptakan hari raya kepada umat
islam.
Mungkin ada yang bertahun tidak
berjumpa tapi tuhan ketemukan di hari raya ini. Mungkin kita sudah sedikit lupa
tentang dia tapi diberikan peluang untuk menguatkan kembali ingatan kita kepada
dia. Mungkin dulunya kita tidak hiraukan dia tapi hari raya dia yang
menghiraukan kita. Mungkin kita
merasakan tiada lagi insan yang mahu menghampiri kita tapi di hari raya baru
kita sedar yang ramai yang mahu mendekati kita.
Mungkin kita tidak menyangka yang
masih ada kawan – kawan yang masih mengigati kita walaupun sudah bertahun tidak
bertemu. Itulah kekuasaan Allah s.w.t memberikannya apabila merasakan mereka semakin hilang dalam hidup
kita tapi ia datang dengan sekelip mata.
Tiada kata dapat dikatakan jika
mereka ada bersama untuk meraikan hari raya ini kerana kita mengharapkan semua
itu berlaku. Akan ada dalam hati walaupun sekelumit terselit di sanubari yang
kita mahu untuk menemui mereka dan apabila ketemui tiada gambaran kata dapat
diungkapkan.
Tangan dihulur untuk disambut
tandanya kemaafan dipinta dan menerima kemaafan itu dimana mungkin ada
kekhilafan yang berlaku sama ada yang kita sedar atau tidak sedar , yang lama atau baru tapi kemaafan jua dipinta. Di hari raya hati kita sedikit lembut
untuk memaafkan seseorang yang mana dulunya bergitu sukar untuk memafkannya
itulah hebatnya hari raya.
Menggunakan kesempatan yang ada
di hari raya untuk mengeratkan silatulrahim adalah sesuatu peluang yang kita
gunakan sebaik mungkin. Bertanya kabar yang bergitu sukar untuk dikeluarkan
dari mulut kita tapi di hari raya ungkapan itu keluar dengan sendiri itu
tandanya mengambil berat tentang insan lain.
SEMOGA BERTEMU DI HARI RAYA AKAN DATANG
SEMOGA BERTEMU DI HARI RAYA AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment