Hari raya bergitu sinonim dengan perkatan balik kampung kerana pada hari rayalah sanak saudara selalu berkumpul untuk meraikannya. Selama ini bergitu sukar untuk berkumpul bersama – sama dan kesempatan hari raya ini kita tidak akan lepaskan peluang untuk bersama – sama mereka.
Mungkin ada yang telah mengatur perjalan untuk pulang ke kampung atau mungkin ada yang dalam perjalanan untuk
berjumpa ayah dan ibu di kampung. Perasaan yang anak pulang ke kampung pasti dirasai oleh
kaum keluaga. Kepulangannya dinanti dengan penuh keterujaan.
Ada yang pulang ke kampung lebih awal mungkin telah beberapa
hari berada di kampung dan sibuk mencantikan rumah, ada yang sibuk dengan buat kuih,
ada yang sibuk untuk mengecat rumah atau mungkin sibuk mempelengkapkan kekemasan diri dan ahli
keluaga lain. Apa – apa pun jangan sampai membazir hingga memakan diri sendiri
kelak.
Suasana beraya dikampung mungkin kita merasakan perbezaan
iaitu dari segi keseronokkan ketika beraya di kampung berbanding di Bandar. Ada juga
diantara kita tidak merasakan perbezaan sama ada raya di kampung atau di Bandar
mungkin meraka ada sebab – sebanya yang hanya diri meraka tahu apa yang orang
lain tidak tahu.
Dalam kita bersuka ria untuk pulang ke kampung harus di ingat
keselamatan di atas jalan raya kerana semua tahu yang banyak berlaku kemalangan
sering berlaku semasa pulang ke kampung. Kita harus ingat yang kepulangan kita
amat dinanti bukan untuk ditangisi.
Ada diantara kita tidak dapat pulang ke kampung bersama
keluaga yang mungkin ada kesulitan ata masalah yang tidak dapat di elakan atau terpaksa
melaksanakan urusan kerja pada hari raya ini. Perasaan sedih mesti ada yang
perlu ditanggung oleh diri kita tapi harus di ingat bukan hanya pada hari raya
sahaja yang kita boleh pulang ke kampung tapi hari lain juga kita boleh pulang
ke kampung. Ayah dan ibumu selalu menanti anaknya untuk pulang ke kampung
walaupun bukan hari raya.
Ketika kita bergembira untuk pulang beraya di kampung mungkin ada diantara kita
sedih atau pilu terkenangkan ayah adan ibu yang telah tiada. Mungkin hari raya ini
adalah yang pertama kita kehilangan orang tersayang ayah atau ibu. Mereka terlebih
dulu mengadap yang maha Esa,semua itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat pulang ke kampung dan pandu
cermat agar sampai ke destinasi dengan selamat. Selamat beraya di kampung
halaman .
No comments:
Post a Comment