Ramadhan sudah sampai di pertengahan dimana dalam solat
witir yang terakhir telah dibaca doa kunut. Bergitu pantas masa berlalu tanpa
kita sedar telah berada di pertengahan bulan ramadhan dan menghampiri untuk mengakhiri
bulan ramdahan ini.
Selama mana kita menjalani bulan ramadhan ini mungkin ada
kesan – kesan kemanisan bulan ini. Mungkin antara kita yang belum meninggalkan
solat terawik saya mengucapkan tahniah dan teruskan hingga ke akhir ramadhan
kali ini.
Mungkin ada dikalangan kita yang baru mula berlajar berpuasa
untuk pertama kali di bulan ramadhan saya mengucapkan selamat berusaha. Teruskan
usaha itu untuk mendapat rahmat tuhan dan jangan mudah berputus asa kerana
tuhan sentiasa berada disisi hamba-Nya.
Tiada bulan seindah bulan ramadhan jika kita mampu mentafsirkan kenikmatanya tidak terungkap
dengan kata – kata, tidak tergambar
keindahanya. Disaat kita semangkin menghampiri bulan syawal ini baham untuk
menyambut hati raya makin terasa. Mungkin diantara kita ada yang kegelisahan
kerana belum buat persiapan sepenuhnya untuk melewati bulan syawal. Jangan lupa
pula yang kita masih di bulan ramadhan dimana akhir bulan ramadhan ini makin
banyak ganjaran tuhan kepada hambanya jangan pula kita sesekali melupakannya.
Setelah lebih 15 hari kita mengumpul keimanan untuk
melakukan ibadat di bulan puasa ini yang mengharapkan balasan daripada tuhan. Adakalanya
kita merasa cukup dan adakalanya kita merasakan belum mengcukupi. Itu semuanya
atas usaha dan kemampuaan kita untuk melakukannya. Cukup atau tidak kita yang
putuskan untuk melakukanya dan kita yang berhak apa yang telah kita kerjakan. Andai
merasakan masih tidak mencukupi kita jua
yang perlu melakukan untuk mencukupkan. Kita tidak boleh mengharapkan amal
ibadat insan lain untuk mencukupi apa yang kita belum cukup.
Allah s.w.t bagi nikmat sihat tubuh badan agar kita
gunakanlah untuk melakukan ibadat kepada-Nya. Hargailah nikmat yang diberikan
itu sebanyak mungkin ia akan menandakan kasih sayang kita kepada Allah. Jadilah
orang selalu memuji – muji kebesaran Allah dan tanamkan dalam sanubari
untuk mentaati segala apa yang
disuruh-Nya.
Solat adalah tiang agama tapi masih tidak mencukupi untuk
mendirikan sebuah rumah. Adakah cukup untuk mendirikan rumah dengan menggunakan
tiang semata – mata. Manakan mungkin kita mendirikan sebuah rumah hanya dengan
tiang sahaja , kita masih memelukan atap, kayu lain, dinding, pintu, lantai dan
banyak lagi. Selepas siap sebuah rumah adakah kita akan tinggal di rumah itu
dengan keadaan yang kosong tiada
perabot, tiada kerusi, tiada katil, tiada elektrik. Tiada bekalan air, rumah
yang tidak berecat dan sebagainya. Maka tidak sempurnalah kehidupan kita bukankah
bergitu?. Agama juga bergitu kita perlu menambah kesempunaan itu dengan
melakukan amal ibadat yang lain selain solat, puasa, keluarkan zakat,
menunaikan haji tapi perlu melakukan amalan – malan sunat yang lain untuk
mencantikan kehidupan akhirat kita.
No comments:
Post a Comment