Bila hati berbisik yang mengatakan semakin hampir ke akhir
ramadhan dan hati semakin merasakan kegusaran kerana tidak mahu masa itu
berlalu agar sentiasa dalam bulan yang mulia ini. Harapan itu akan dianggap sia
–sia dan tidak akan berlaku kerana masa akan terus berlalu dan meninggalkan
kita walaupun kita menatapi sekuat dan sepuasnya.
Dalam sisa masa yang ada ini adakan kita gunakan sebaiknya
?, adakah kita mencari malam lailatul kadar?. Disaat orang lain berlumba –
lumba untuk mendapatkannya mungkin kita terpinga – pinga mencari maksud
lailatul kadar itu.
Mungkin ada dikalangan kita sibuk dengan persiapan untuk
menyambut hari raya hingga mangabaikan tentang malam lailatul kadar. Mungkin disaat
orang lain bersekang mata untuk mengadap tuhan tapi kita pula bersekang mata
untuk menyiapkan kuih muih untuk dihidangkan pada hari raya ini. Mungkin orang
lain tidur lebih awal untuk bungun pada dingin malam tapi kita masih menyiapkan
baju raya tanpa sedar sudah pagi.
Kenapa kita tidak gunakan waktu siang untuk melakukan
sebarang persiapan untuk menyambut hari raya sampai perlu mengambil masa pada
waktu malam. Kita sendiri maklum untuk malam 10 terakhir ramadhan ini adalah
malam yang penting malam yang dicari – cari dan malam yang penuh dengan kenikmatan,
penuh dengan mafaat yang tiada tolak bandingannya. Jika kita tidak mengambil
kesempatan ini boleh dikatakan kita adalah golongan yang rugi dan tidak bersyukur
dengan pemberian malam lailatul kadar ini.
Rasakan dalam diri yang kita perlu sungguh – sungguh untuk
mendapatkan malam lailatul kadar itu
serta mencarinya agar ia tidak terlepas dari kita dan melakukan sebanyak mana
ibadat agar memberi pulangan yang mengembirakan di sana nanti.
Fahamlah makna lailatul kadar itu dengan mendalam nescaya
kita akan berusaha untuk mendapatkannya dan tidak akan membiarkan dia berlalu
tanpa kita melakukan apa – apa. Tidak mampukah kita korbankan masa tidur kita
untuk untuk beberapa hari ini untuk menemukan sesuatu yang diharapkankehidupan
kita di dunia dan akhirat bertambah baik.
Jangan kita mengharapkan ramadhan tahun depan untuk mencari lailatul kadar dan meninggalkan
lailatul kadar ramadhan ini kerana esok belum tentu milik kita. Mati tidak
kenal usia, tidak kenal tua mahupun muda, tidak kenal sihat atau sakit kerana
mati adalah rasia tuhan yang pastinya kematian adalah wajid di lalui oleh manusia.
Malam lailatul kadar hanya diberikan untuk 1 malam diantara
365 malam yang ada setahun dan tuhan sudah mengkabarkan yang ia berada di akhir
10 ramadhan. Kalau 365 kita boleh mancari cinta kepada dunia kenapa kita tidak mampu
mencari 10 hari untuk kita mencari akhirat.
No comments:
Post a Comment