Kuih untuk hari raya adalah 1 makanan yang dikatakan setiap
rumah menyediakanya semasa hari raya. Kenapa setiap hari raya mesti ada kuih
atau biskut raya sedangkan jika bulan lain tiada pula kuih sebegitu. Kuih raya
seolah – olah 1 kewajipan yang perlu dihidangkan di atas meja untuk tetamu merasakan keenakan
kuih atau biskut itu.
Berbagai jenis kuih raya yang hidangkan bagi saya berbagai
kuih yang dihidang itu ada yang tidak tahu nama kuih atau biskut itu. Boleh dikatakan
setiap tahun ada saja kuih atau biskut yang belum pernah kita jumpa dan makan
sebelum ini tapi ada di rumah – rumah yang kita ziarahi.
Barang kali ada diantara kita jika tiada kuih atau biskut
raya dihidangkan di atas meja seakan – akan tidak lengkap sambutan hari raya
itu. Ada satu artikal minggu lepas yang saya baca tentang kuih apabila seorang ibu mengamuk kepada
anaknya kerana merosakan kuih yang dibuat oleh ibu. Saya merasakan pelik kenapa
disebabkan kuih boleh mencederakan anak sendiri. Tidak tahu pula kenapa si ibu
bertindak bergitu mungkin ada sebab – sebab tetentu terjadi kejadian itu. Sempena
bulan ramadhan didiklah hati kita agar selalu bersabar dan tidak mudah kalah
dengan kemarahan.
Dalam kita menyediakan kuih atau makanan haruslah
di ingat bahawa janganlah terlalu mengukut nafsu yang sentiasa tamak dan yang suka
membazir. Cukuplah persiapan itu sekadar apa yang kita mampu jangan ada niat
untuk menandingi orang lain. Apabila ada niat untuk menandingi orang lain maka kita
telah memenangkan nafsu yang ada dalam diri kita dan meletakan nafsu di atas
manakala iman di bawah.
Bertapa pantasnya kita sebelum puasa lagi kita telah
menempah kuih - muih untuk hari raya. atau mungkin ada yang buat sendiri sebelum bulan puasa dan sampai sekarnag belum siap semuanya walaupun siang dan malam digunakan sehingga melupakan ada yang
lebih penting
Sikap kita yang suka kepada sesuatu yang kecil hingga
melupakan sesuatu yang lebih besar. Memikirkan kuih raya itu lebih penting untuk
menyambut hari raya daripada persiapan untuk menyambut malam lailatul kadar.
Nafsu selalu membimbing untuk melakukan semua yang dianggap
tidaklah penting manakala iman selalu tewas kepada nafsu. Kedua – duanya ada
dalam diri kita maka menang atau kalah dalam perhitungan hafsu dan iman itulah
kita.
Tidak salah untuk membuat persiapan untuk menyambut hari
raya kerana itu hari kemenangan untuk orang islam tapi jangan kerana mengejar
kemenangan, sehingga teringgal apa yang patut dilakukan sebelum meraikan
kemenangan itu.
No comments:
Post a Comment