Assalamualaikum selamat beraya kepada semua umat islam. Kita telah berada di
bulan syawal tapi belum telambat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bulan
ramadhan. Ramadhan telah pergi meninggalkan kita untuk tahun 2012 ini sama ada dalam
sedar atau pun tidak, kita telah melaluinya selama sebulan.
Perginya mungkin ada yang merasakan berat untuk meninggalkannya
merindukan setiap hari di bulan ramadhan. Merasakan begitu cepat waktu berlalu
sehingga tidak sedar telah sebulan
melewatinya waktu itu.
Mungkin juga ada yang merasakan perginya sebulan bulan ramadhan
ini seperti hilang satu beban yang perlu
ditanggung selama mana bulan ramadhan ini. Hati kita adalah berbeza dan tahap keimanan kita ada tinggi dan rendah tidak hairanlah ada belbagai perasaan yang dirasai
oleh kita rindu atau benci itu biasa.
Dalam kita melalui setiap detik di bulan ramadhan yang lepas
dan menggunakan sebaik mungkin kerana kita mahukan ganjaran di sana nanti. Kita
telah melakukan sebaik mungkin dan sedaya mampu untuk mengisi waktu itu mengharapkan apa yang kita lakukan membuatkan kita terseyum.
Andai ini ramadhan terakhir dimana dalam perjalanan untuk
kita mengapai ramadhan tahun hadapan kita rebah untuk mengadap Illahi. Bersyukur
kerana tuhan masih bagi kita peluang untuk melalui ramadhan tahun ini kerana apa yang
terjadi telah ditetapkan-Nya tiada siapa mampu untuk menghalangkannya.
Mengharapkan masih ada lagi ramadhan tahu hadapan agar dapat
kita melaluinya bersama merasai nikmat bulan ramadhan. Mengharapkan waktu
berlalu dengan cepat untuk sampai ke ramadhan akan datang itu semua tiadak
akan berlaku hanya hati yang mahukannya.
Apa – apapun saya mengucapkan selamat malalui bulan syawal
kepada semua umah islam seluruh dunia. Eratkan silatulrahim yang mungkin selama
ini terputus dekatkan yang sebelum ini jauh. Di saat kita bergembira pandanglah
kearah yang lain melihat mungkin ada insan
yang bersedih.
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT HARI RAYA
No comments:
Post a Comment