Hari ini 19 ramadhan semakin kita mengakhiri bulan yang
mulia ini bergitu cepat masa berlaku. Perihal kanak – kanak mahupun orang
dewasa sudah merasai baham keseronokan untuk menyambut hari raya. Orang beriman
pula mencari semaksimum mungkin pahala untuk menjadi bekal ke akhirat kelak. Malam
kesepuluh akhir ramadhan amat dinantikan oleh mereka.
Dalam post kali ini saya ingin membawa pembaca 1 tajuk iaitu
mercun di bulan ramadhan. Dimana ramadham bergitu sinonim dengan mercun oleh
masyarat kita walha untuk menyambut ramadhan tidak perlu menggunakan mercun dan
kita sendiri tahu yang mercun itu bahaya
Saban tahun kita dikejutkan dengan kecelakaan yang
melibatkan bermain mercun. Ramadhan kali ini juga kita telah mendengar berbagai
kecelakaan angkara mercun. Melencur di seluruh badan, buta mata
disebabkan bermain mercun, hancur tangan dan semakin kita mengakhiri bulan ramadhan ini semakin
banyak dan hampir setiap hari kita mendengar berita tentang kemalangan
melibatkan bermain mercun
Tahun lepaske telah dikejutkan dengan berita kematian seorang
kanak – kanak di sebabkan mercun tapi semua itu masih belum dapat menyedarkan sebilangan
kita bahana bermain mercun. Bermain mercun seolah – olah dijadikan tradisi kita
ketika menyambut bulan ramadhan tanpa kita menghiraukan keselamatan diri
sendiri bahkan keselamatan nyawa orang
lain.
Apa ada pada bunyian yang kuat?, adakah ia akan membari kepuasan kepada
si pemain atau menunjukan kepada
masyarakat sekeliling yang mereka mampu untuk menghasilkan bunyi yang kuat. Adakalanya
mercun yang kuat ini boleh menggangu masyarakat setempat dan adakalanya bunyi mercun
tersebut boleh menggangu insan lain yang menunaikan solat tarawih. Bermain mercun
adalah 1 perbuatan yang tidak berfaedah, merugikan, membahayakan dan boleh
menggangu insan lain untuk mencari keberkatan bulan ramadhan ini.
Kalau di Negara luar mereka berdoa agar menghentikan bunyi dentuman yang kuat ini yang mungkin boleh
mencederakan dan membunuh mereka tapi bagi masyarat kita mereka mahukan bunyi
detoman untuk keseronokan yang pelik.
Tidak cukup lagikan dengan berita yang kita baca?, yang kita
lihat? Yang kita dengar?, perlukan banyak mana lagi peristiwa yang boleh
menyedarkan segelintir masyarakat kita akan bahayanya bermain mercun. Tidak cukupkah lagi dengan
pengalaman – pengalaman orang yang terdahulu yang mempunyai kesan yang kekal
hingga hari ini yang tidak akan hilang sampai bila – bila akibat terkena
mercun.
Mereka bergitu kratif untuk mencipta sesuatu yang tidak
berfaedah. Mariam buluh contonya yang cuba diwarisi turun – menurun benda yang
saya rasakan tidak perlu untuk diwarisi tapi setiap kali ramadhan mariam buluh
ini akan muncul dan mereka akan mencari
fomula untuk membunyikan sekuat mungkin. Si pemain yang tidak bertanggungjawab
dan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Hanya ada dalam
diri mereka adalah untuk kepuasan yang tidak akan puas selagi tidak mendapat
kecelakaan akibat perbuatan itu.
Janganlah kita memperjudikan anggota badan yang tuhan bagi
ini dengan mengambil resiko untuk bermain mercun. Janganlah sebelum anggota
badan yang sempurna diberikan ini ditarik balik nikmat itu kerana ke egoan yang
sengaja kita ciptanya. Nikmat yang diberikan ini bukan untuk melakukan perkara
yang tidak berfaedah itu tapi untuk menzahirkan diri kita kepada Tuhan yang
maha esa.
No comments:
Post a Comment