tulisanhati

Tuesday, 29 March 2011

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG

Assalamualaikum
kepada semua pengunjung yang mengikuti blog ini, anda dialu-alukan untuk menghantar nukilan seperti novel,cerpen,sajak, puisi,syair, pantun, cerita  atau apa -apa input yang berguna ke dalam blog ini. moga-moga dengan nukilan saudara - saudari dapatlah kita berkongsi bersama. nukilan saudara saudari bolehlah dihantar melalui email amiruddinrasid_gmail.com, setiap nukilan saudara -  saudari yang dihantar hendaklah beserta nama pengirim. nukilan  yang dihantar juga handaklah membawa makna yang positif.

Sunday, 27 March 2011

Jauhi sifat atau sikap dengki dan hiris hati

Diantara sifat atau sikap yang perlu kita jauhi dalam kehidupan kita adalah sifat dengki dan hiris hati. Ada dikalanya diantara kita yang suka untuk memporak perandakan kehidupan orang lain , dan ada segelintir manusia yang suka melaga - lagakan ataupun menimbulkan kebencian kepada manusia lain (jauhkanlah daripada kita). Ini adalah sifat atau sikap yang tidak perlu ada dalam hidup kita. sifat dengki ini tidak akan menguntungkan  sesiapa bahkan akan merugikan kita,oleh itu janganlan kita didik diri kita dengan perasaan dengki sesama kita atau janganlah kita tanam perasaan hiris hati terhadap orang lain. jika persaan seperti ini tiada dalam kehidupan kita maka tiadalah sikap bermusuh - musuhan, tuduh - menuduh atau benci membenci antara kita yang bernama manusia ini . Marilah kita didik diri kita supaya tiada perasaan dengki sesama kita, kita tanamkanlah dalam diri kita sifat hormat -  menhormati sesama kita dan dalam diri kita juga perlu ada nilai - nilai murni yang akan menjadikan hidup kita selalu berada dalam keadaan gembira.

Saturday, 26 March 2011

koleksi gambar bulan pada 19/3/2011











keindahan kekuasana tuhan, tiada tolak bandingnya.  Bulan yang kelihatan pada 19 mac 2010 lebih dekat dengan bumi iaitu 45000km lebih hampir dengan bumi berbanding malam - malam  biasa. Bulan yang dekat dengan bumi seperti  ini telah berlaku  pada 19 tahun lepas.

Tuesday, 22 March 2011

keputusan SPM

kapada Para pelajar lepasan SPM, hari ini adalah hari yang ditunggu - tunggu untuk anda merima keputusan yang telah  di usahakan. sama ada keputusan itu mengembirakan atau mengecewakan itu adalah keputasan yang diusahakan anda sendiri.Kepada 9,239 menerima gred cemerlang saya ucapkan tahniah dan kepada yang kurang berjaya jangan jadikan keputusan itu sebagai penghalang kepada anda untuk menerpa kejayaan untuk masa depan. Apa yang ditanam itulah yang dituainya, jika tanaman yang ditaman itu kita bajakannya, disiram dan dijaga dengan baik, eloklah buah yang kita dapat, jika tanaman yang kita taham tidak dibaja, tidak disiram dan tidak dijaga dengan baik, sebaliknya akan berlaku (kekecewaan). selama lima tahun belajar di sekolan menengah, penat,  lelah dirasai.... adakah keputusan hari ini akan membayar segala usaha, penat, lelah selama lima tahun dahulu. kepada yang gagal jangan jadikan kegagalan itu sesuatu yang mengelapkan kehidupan anda, jadikan kegagalan itu satu cabaran hidup anda untuk jadikan ia lebih baik di masa hadapan dan yang berjaya jangan kejajayaan itu sebagai jalan yang mudah untuk menuju ke arah kehidupan yang sempurna, perjalanan ini masih jauh, jika dalan pejalanan yang jauh ini kita lalai maka kekecewaan yang akan anda merasainya.

Monday, 21 March 2011

kata - kata hikmah

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.

Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan

Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna

Sunday, 20 March 2011

tiada duka yang abadi

Artist : Opick
Lirik Lagu : Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Opick - Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malamkan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidupkan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindu tanda cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malamkan berakhir, harikan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba Mu ini
Harap ampunkan hamba Mu ini

Thursday, 17 March 2011

assalamualaikum

setelah lama diri ini leka baru sekarang saya diberi ilham untuk terbitkan blog ini. kemudah internet yang diberikan dapatlah saya memberi input yang berguna kepada yang menjeguk atau membaca blog yang dibina ini. saya bukan pandai dalam hal-hal penulisan atau ulasan tapi saya akan belajar untuk memahirkanya bak kata perpatah dimana ada usaha disitu ada kejayaan.Biarlah hari ini lebih bari hari semalam jika ada kekurangan pada blog ini bolehlah bagi komen yang membina kepada saya