Saturday 25 June 2011

REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH S.W.T.

Tidak banyak orang yang dapat tetap menjaga fikiran positif, apa lagi bersyukur kepa Allah, di tengah hentaman musibah yang bertubi - tubi. Hanya ornag yang telah reda kepada Allah sahaja yang dapat melakukan hal itu. Iman Abdul Karim bin Hawazin al - Qusyairi berkata, "Orang yang reda kepada Allah ialah orang yang tidak pernah menentang segala ketentuan - Nya."

Sikap reda dengan ketentuan Allah didasari keyakinan teguh terhadap sifat - sifat Allah s.w.t seperti Maha Pengasih (al - Rahman), Maha Penyayang (al - Rahim), Maha Bijaksana (al - Hakim) dan Maha Mengatahui ( al - Amin). Ia menyakini  bahawa pengatahuan Allah jauh lebih tinggi dan lebih luas jika dimandingkan pengetahuan semua hamba - Nya. Justeru, Allah lebih mengatahui sesuatu yang baik atau yang buruk untuk hamba-Nya daripada hamba itu sendiri

Dan kerana sifat rahmat-Nya kepada makhluk, Allah hanya menentukan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya meskipun ketentuan itu kadang terasa pahit. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengatahui, sedang kamu tidak mengatahui." (Surah al - Baqarah 2:216).

Namu begitu, sikap ini bukan menganjurkan sifat malas berusaha dan penyerahan diri sepenuhnya kapada nasib. Itu adalah bisikan iblis untuk menyesatkan akal fikiran manusia. Iman Ahmad dalam kita Al Zuhd meriwayatkan daripada Ibn Syihab al - Zuhri katanya:" Iblis bertanya kepada Nabi Isa a.s.: 'Wahai Anak Maryam, bukankah musibah tidak akan menimpamu kecuali dengan ketentuan Allah? 'Nabi isa menjawab: "Benar, wahai musuh Allah.' Iblis berkata lagi: "Kalau begitu, cubalah engkau naik ke puncak gunung, lalu lemparkan dirimu dari atasnya. Lihatlah apakah engkau mati atau tidak?' Nabi Isa menjawab: " Wahai musuh Allah, sesungguhnya Tuhan boleh menguji hamba-Nya, tapi hamba tidak boleh menguji Tuhannya."

Imam al - Dhahabi dalam Tazkiratul Huffaz menceritakan ucapan seorang tokoh tabiin yang bernama Mutharif Ibn al-Syikhir, "Seseorang tidak boleh naik ke atas bukit lalu menjatuhkan dirinya sendiri dan berkata, 'ini telah ditakdirkan Allah. 'Akan tetapi dia harus sentiasa berusaha dan berhati - hati. jika setelah itu merupakan ketentuan Allah s.w.t."

Maqam reda memberikan pesanan yang jelas bahawa tugasan seorang hamba hanyalah merancang dan berusaha seupaya tenaga, sementara hasil dan natijah diserahkan kepada ketentuan Allah s.w.t. Jika hasil itu baik, ia bersyukur atas anugerah Allah s.w.t. Dan jika hasilnya tidak sesuai dengan apa yang diharapkan, ia tidak pernah putus asa. Sebaliknya, ia yakin bahawa ketentuan itu lebih baik untuknya kerana hikmah besar yang terdapat di sebalik musibah tersebut.

Tulisan
Umar Muhammad Noor

No comments:

Post a Comment

tulisanhati