Kita meyakinkan diri untuk melakukan sesuatu dan berusaha agar ia menjadi kenyataan. Berusaha
dan terus berusaha untuk menerpa kejayaan yang kita ingin miliki. Kekadang ia
tidak membuahkan hasil yang kita harapkan. Kejayaan yang kita mahukan tapi kegagalan
yang kita perolehi.
Dalam melayari kehidupan di dunia ini kita hanya mahukan semuanya yang terbaik. Kita berusaha dan berdoa agar
apa yang kita mahukan agar menjadi realiti dalam kehidupan ini dan mungkin di antara
kita menyalahkan takdir yang berlaku kepada kita, kita tidak sedar takdir
yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita merasainya.
Kehidupan yang pernuh dengan rintangan dan halangan masa
kini dan untuk memecahkan sekatan itu kita sebagai manusia biasa perlu ada kekuatan
yang kental. Jangan sesekali menyalahkan
takdir jika kita tidak mampu untuk memecahkan rintangan dan halangan itu tapi
salahkan diri sendiri kerana tidak mampu menerima kenyataan itu.
Apa yang kita pohonkan dari Allah s.w.t mungkin kita
merasakan Tuhan tidak makbulkannya, ini kerana kita yang mentafsirkan bergitu maka bergitulah
yang kita rasakan. Dalam kita
mentafsirkan makbul atau tidak yakinlan apa yang tuhan beri kepada kita lebih
dari apa yang kita pohonkan sama ada kita sedar atau tidak itu yang perlu kita
fikirkan.
Kehidupan ini bergitu indah walaupun ada alam lain yang
lebih indah dan kita yakininya. Kehidupan ini kita akan merasakan indah jika
kita tahu nikmat yang diberikan kepada kita di dunia ini tidak terbayar dengan
wang ringgit. Setiap nikmat yang diberikan semuanya secara percuma di datangkan
dari Allah s.w.t dan sebagai manusia kita patut digunakan sebaiknya
dan mensyukuri atas pemberian itu barulah kita merasakan kehidupan ini indah
Kebahagian yang abadi bukan dengan kemewahan yang kita
perolehi didunia ini, bukan pangkat atau darjat, bukan eset yang berbelion yang
kita miliki tapi bahagian yang abadi adalah mensyukuri apa yang telah diberikan
itu.
Andainya kita
merasakan kekurangan kerana tiada semua kemewahan di dunia dan merasakan terhina
di mata manusia lain, itu adalah kesilapan dalam kita mentafsirkan tujuan asal
kehidup kiita. Biarkan manusia lain menjauhkan dan menghina kita asalkan kita
selalu dekat dan selalu ada disisi Tuhan sama
ada susah dan senang yang telah memberi nikmat nyawa kepada kita.