Wednesday 1 August 2012

IKHLAS RAMADHAN

Ikhlas ramadhan adalah sesuatu ibadat atau amal itu dilakukan bukan kerana terpaksa atau dipaksa ia lahir dalam hati kita dan mengharapkan di terima oleh Allah s.w.t, ibadat di bulan ramadhan juga bukan untuk menunjuk – nunjuk atau mengharapkan sesuatu balasan daripada sesama makhluk.

Ada di kalangan kita melakukan ibadat sunat dalam bulan ramadhan ini kerana mahu menampilkan diri menunjukan meraka kuat beribadat. Atau mungkin mereka melakukan segala apa  amalan sunat itu  atas pemintaan  oleh seseorang untuk mendapat pujian. Mungkin juga kalangan kita melakukan sesuatu ibadat itu untuk melobi mendapatkan sesuatu yang berkepentingan diri sendiri di dunia ini.

Walaupun banyak ibadat – ibadat sunat di bulan ramadhan ini tapi ia dilakukan bukan kerana Allah s.w.t tapi kerana manusia, adakah ibadat yang kita lakukan itu diterima oleh Allah s.w.t. Kita selalu bergantung kepada manusia sehingga melakukan ibadat pun kerana manusia bukan kerana Allah. Ruginya ibadat yang kita lakukan kerana manusia tapi bukan karana Allah. Kita adalah hamba Allah bukan hamba manusia atau makhluk lain dan segala apa yang kita lakukan hanyalah  kerana Allah.

Ada ibadat yang wajid kita lakukan walaupun terpaksa atau di paksa perlu dilakukan juga tapi bukan kerana untuk mendapatkan balasan dari manusia tapi dapat balasan daripada Allah s.w.t di akhirat nanti. Janganlah sesekali kita mengharapkan sesuatu balasan daripada manusia kerana ia akan mengecewakan dan akan memesongkan aqidah kita.

Kita perlu hakis sikap melakukan sesuatu ibadat kerana manusia kepada kerana Allah. Ibadat yang kita lakukan adalah untuk menjadi saham – saham akhirat yang akan buat kita tersenyum kelak. Ibadat yang kita lakukan dihitung oleh Allah bukan oleh manusia. Kenapa kita tidak lobi Allah s.w.t untuk kita ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan soleha dengan melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan kerana Allah bukan kerana manusia.

Fikirkanlah Jika kita lakukan sesuatu ibadat itu kerana manusia, apa yang kita akan dapat daripada mereka adakah kita akan ditempatkan di kalangan  orang yang soleh atau soleha?. Balasan yang kita  dapat dari manusia mungkin  menyenangkan  untuk sementara waktu sahaja.

Keikhlasan amat penting kerana dengan keikhlasan akan hadirnya kesempurnaan. Dimana kesempunaan adalah sesuatu yang amat penting dalam kehidupan kita. Ikhlaskan segala apa yang kita lakukan untuk mendapatkan kesempurnaan. Saya berpesan kepada diri saya dan para pembaca.

No comments:

Post a Comment

tulisanhati