Monday 13 August 2012

KUIH RAYA


Kuih untuk hari raya adalah 1 makanan yang dikatakan setiap rumah menyediakanya semasa hari raya. Kenapa setiap hari raya mesti ada kuih atau biskut raya sedangkan jika bulan lain tiada pula kuih sebegitu. Kuih raya seolah – olah 1 kewajipan yang perlu dihidangkan di atas meja untuk tetamu merasakan keenakan kuih atau biskut itu.

Berbagai jenis kuih raya yang hidangkan bagi saya berbagai kuih yang dihidang itu ada yang tidak tahu nama kuih atau biskut itu. Boleh dikatakan setiap tahun ada saja kuih atau biskut yang belum pernah kita jumpa dan makan sebelum ini tapi ada di rumah – rumah yang kita ziarahi.

Barang kali ada diantara kita jika tiada kuih atau biskut raya dihidangkan di atas meja seakan – akan tidak lengkap sambutan hari raya itu. Ada  satu artikal  minggu lepas yang saya baca tentang kuih apabila seorang ibu mengamuk kepada anaknya kerana merosakan kuih yang dibuat oleh ibu. Saya merasakan pelik kenapa disebabkan kuih boleh mencederakan anak sendiri. Tidak tahu pula kenapa si ibu bertindak bergitu mungkin ada sebab – sebab tetentu terjadi kejadian itu. Sempena bulan ramadhan didiklah hati kita agar selalu bersabar dan tidak mudah kalah dengan kemarahan.

Dalam kita menyediakan kuih atau makanan haruslah di ingat bahawa janganlah terlalu mengukut nafsu yang sentiasa tamak dan yang suka membazir. Cukuplah persiapan itu sekadar apa yang kita mampu jangan ada niat untuk menandingi orang lain. Apabila ada niat untuk menandingi orang lain maka kita telah memenangkan nafsu yang ada dalam diri kita dan meletakan nafsu di atas manakala iman di bawah.

Bertapa pantasnya kita sebelum puasa lagi kita telah menempah kuih - muih untuk hari raya. atau mungkin ada yang buat sendiri sebelum bulan puasa  dan sampai sekarnag belum siap semuanya walaupun siang dan malam digunakan sehingga melupakan ada yang lebih penting

Sikap kita yang suka kepada sesuatu yang kecil hingga melupakan sesuatu yang lebih besar. Memikirkan kuih raya itu lebih penting untuk menyambut hari raya daripada persiapan untuk menyambut malam lailatul kadar.

Nafsu selalu membimbing untuk melakukan semua yang dianggap tidaklah penting manakala iman selalu tewas kepada nafsu. Kedua – duanya ada dalam diri kita maka menang atau kalah dalam perhitungan hafsu dan iman itulah kita.

Tidak salah untuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya kerana itu hari kemenangan untuk orang islam tapi jangan kerana mengejar kemenangan, sehingga teringgal apa yang patut dilakukan sebelum meraikan kemenangan itu.






No comments:

Post a Comment

tulisanhati