Saturday 28 May 2011

PUISI " TERIMA KASIH"















Terima kasih
kepada pagi
yang menantang angin lembut
segar serta nyaman



Terima kasih
kepada mentari
yang membawa sinar terang
hingga boleh membaca
serta mencatat ilham
untuk menulis beberapa rangkap puisi

Terima kasih
dan selaut kesyukuran
kepada tuhan
yang telah membenarkan aku
hidup sehari lagi
pada hari ini!

ZAHARI HASIB
Teluk Intan, Perak

1 comment:

  1. terima kasih kerana kenalkan blogmu kepada aku
    bisa kongsi rasa saling berbagi ceritera
    semoga dengan kasihNYA kita jadi bersaudara
    ukhwah seagama seiring berjalan menuju syurgaNYA..
    TERIMA KASIH untuk selamanya...

    ReplyDelete

tulisanhati