Saturday 30 July 2011

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang di muliakan

Terima kasih diucapkan kerana mengikuti blog ini. Insya Allah esok akan bermula  bulan yang ditunggu oleh kita dimana bulan yang akan memunasabah diri kita. Bulan yang memberi 1001 rahmat kepada diri kita. Bulan yang dinanti - nanti oleh golongan manusia yang beriman.

Bulan Ramadhan ini bukan sekadar bulan untuk kita berpuasa ia lebih dari itu. Bukan bulan untuk menguji keiman diri ini tapi dia jauh dari itu. Bukan bulan untuk kita menguji kekuatan diri kita tapi ia adalah bulan pernuh dengan kenikmatan bagi orang yang mampu marasai.

marilah kita bermunasabah tantang diri kita agar ia boleh masuk ke dalam diri kita siapa diri kita disisi Tuhan. Hidup ini bukan sekadar tempat untuk memeriahkan kehidupan tapi ada tugas yang perlu kita laksanakan. Carilah pahala di bulan yang mulia ini. Anggaplah bulan ramadhan kali ini adalah bulan ramadhan terakhir bagi kita.

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK KEPADA SEMUA

Wednesday 27 July 2011

TUJUAN ASAL

assalamualaikum semua pengujung blog tulisanhati

Dalam kita melayari kehidupan yang indah ini pernahkan kita merasakan yang kita telah terleka dengan keindahan yang dipinjamkan sementara oleh Tuhan kepada kita. Mungkin dengan keindahan ini kita tidak sedar yang kita telah mendustakan Allah.

Tolong tanya kedalam hati kita adakah kekal kehidupan ini, adakah abadi, tolong katakan, semuanya akan hancur berkecai, bayangkan dalam kita meneruskan perjalanan hidup ini kita seolah - olah menjadikanya kekal sampai bila - bila. Walha ia cuma sementara apabila Tuhan mahukannya Tuhan akan ambil dan apakah keadaan kita ketika itu, hanya Allah yang tahu.

Pernahkan kita fikirkan, mari kita pejamkan mata, kita melihat apa yang mata tidak lagi mampu melihat, kita berfikir dengan iman. Adakah kita telah letakkan Allah atas segala - galanya, tanyalah dalam diri kita. Adakah kita jadikan Allah sebagai cinta tertinggi kita, kita menjadikan Allah adalah tujuan asal kita. Tanyalah kepada diri kita sendiri.

Marilah kita sama - sama tanya dalam diri kita adakah kita mencintai Allah atas segalanya, atau sebaliknya. Mungkin telah lama kita lalai dengan nikmat yang diberikan ini tanpa kita tidak berterima kasih kepada Allah. Telah berapa lama kita sia - siakan usia ini untuk mengejar kenikmatan dunia ini tanpa kita berfikir tentang nikmat di syurga kelak. Kita sia - siakan masa yang ada untuk mencari dunia.

Kita terlalu mencari kegembiraan didunia tanpa kita sedar kita telah tinggalkan akhirat, kita cintakan dunia dan bencikan akhirat.Kita perlu fikir siapa yang memberi nyawa kepada kita, Siapa yang yang meberikan nikmatmu. Sebutlah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Adakah kita mengenal Allah s.w.t, Adakah kita mengenal Nabi Muhammad s.a.w. Kemana kita bawa diri kita ini adakah kita melangkah untuk menuju Tuhan. Marilah kita merenung sejenak, Dalam waktu yang masih ada ini marilah kita sama - sama mengenal Allah dan Nabi Muhammad. Semoga kita akan dapat mencari bekalan di akhirat kelak.

Wednesday 20 July 2011

PUISI "SIAPA KITA"

Mari kita tundukkan wajah seketika
Selamilah diri ini
Merenung sejenak ke depan
Merenung tentang akhirat

Pejamkan matamu
Berfikirlan dengan hati murni
Siapa kita dihadapanya
Apa yang harus kita lakukan

Lapangkan dada kita
Tinggalkan seketika dunia
Dalam fikiran hanya ada Tuhan
Apa nasib kita disana

Bukakan minda kita
Apa yang telah kita lakukan dalam hidup ini
Adakan akan jadi jaminan syurga kelak
Atau mencari jaminan untuk ke neraka

Menangislah dengan kesilapnya yang telah dilakukan
Cucikan sekali kesilapan bersama air matamu
Biarkan ia mengalir
Kerana pintu taubat masih dibuka seluas - luasnya

KISAH "MELENGAHKAN SOLAT"

Seorang lelaki menziarahi saudara perempuan yang meninggal dunia. Dalam pada dia menolong menguburkan jenazah saudaranya itu, dompet wangnya terjatuh ke dalam liang kubur, tanpa disedari sesiapa, sehingga masing - masing pulang ke rumah. Apabila dia tersedar dompetnya tiada, terus dia mengagak dompetnya itu sudah terjatuh terjatuh ke dalam liang kubur saudaranya itu.

Lantas dia kembali ke kubur dan menggali kubur itu semula. Namun alangkan terperanjatnya dia, kubur itu memancarkan api yang menyala - nyala! Segera ditimbusnya semula kubur itu dengan tanah.

Dengan takjub dan kesal, dia kembali ke rumah menemui ibunya sambil menagis teresak - esak dan berkata: "Oh ibuku! Ceritakanlah padaku han saudara perempuanku ini, dan amal yang telah dikerjakannya selama ini?" Si ibu berasa terperanjat dan bertanya:"Mengapa engkau bertanya begitu?"

Katanya: Saya dapati dari kuburnya keluar api!" Seterusnya di menceritakan kepada ibunya apa yang dilihatnya.

Mendengar cerita itu, si ibu lalu menangis dan berkata:"Hai anakku! Pada pemerhatian ibu, saudara perempuanmu itu tidak buat apa - apa, selain di suka meremehkan waktu solat dan melewatkan solat daripada waktunya yang sepatutnya."

Begitulah ditunjukkan Allah balasan orang yang melewatkan solat. Persoalannya, kalau hanya melewatkan solat, Maka bagaimana pula halnya orang yang tidak bersolat sama sekali?

Kita bermohon kepada Allah s.w.t, semoga Dia memberikan kita taufik supaya menjadi kalangan orang yang menjaga solat.

Dipetik
al-Kabair oleh Iman al-Zahabi

Tuesday 12 July 2011

PUISI "KUATKAN"

Kuatkan hatimu untuk tuhanmu
Lapangkan dadamu merenung sejenak
Menangislah kerana tuhanmu
Bergembiralah kerana tuhanmu

Kuatkan jiwamu untuk agamamu
Melangkah kehadapan untuk keredhoan-Nya
Hingga tiada ketakutan lagi di hatimu
Hanya tinggal keberanian di lubuk jiwamu

Kuatkan imanmu menempuh ujian diberikan
Sesungguhnya tiada yang mudah untuk kesana
Dan tiada yang payah untuk melalui
Andai maksud yang ada dalam diri

Tegakkan keadilan demi masa depanmu
Jauhkan kejahatan darimu
Baranikan dirimu menegakkan agamamu
Akhirnya kebenaran akan terbukti

Wednesday 6 July 2011

KISAH " TAUBAT SEORANG PENZINA"

Seorang wanita dari kaum Bani Israel datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata: "Ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah melakukan satua dosa besa, tetapi aku telah bertaubat kepada Allah. Maka doakanlah begiku semoga Allah s.w.t. mengampuni dosaku dan menerima taubatku!

Lalu Nabi Musa a.s pun bertanya kepada wanita itu; "Apakah dosa yang telah engkau lakukan itu?"

Jawab wanita itu: "Ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah berzina, kemudian aku melahiran seorang anak yang telah aku bunuh anak itu."

Maka Nabi Musa a.s lau murka, seraya managatakan kepada wanita itu: "pergi engkau dari sini sekarang juga, hai wanita yang berdosa dan pezina! Moga - moga Allah tidak menurunkan api dari langit yang akan membakar kami semua, disebabkan oleh kelakuanmu yang keji itu."

Maka pergilah wanita itu dari penghadapan Nabi Musa a.s dalam keadaan sedih hati. Ketika itu, datang malaikat jibrail a.s. turun membawa wahyu, Sambil mengatakan kepada Nabi Musa a.s.: "Hai Musa, Allah s.w.t menyerumu menyampaikan firman-Nya kepdamu: ' nebgapakah engkau menghalau wanita yang bertaubat itu, Hai musa! Bukankah engkau masih boleh dapati orang yang lebih jahat lagi daripada wanita itu di muka bumi ini?"

Nabi Musa a.s. terpegun sebentar lalu bertanya Jibrail a.s. "Siapa pula orang yang lebih jahat daripada wanita itu?"

Jibrail a.s menjawab: "Dia iyulan yang meninggalkan solat dengan sengaja."

SABDA NABI S.A.W



"Perumpama orang Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti al-utrujjah, rasanya enak baunya harum. Manakala perempumaan orang Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kuma, meskipun rasanya enak tetapi tiada baunya."

Riwayat al-Bukhari

Saturday 2 July 2011

SYURGA DUNIA

Semua musibah dan kemalangan tentunya memang menyakitkan. Namun tidak ada musibah yang lebih pahit dan menyakitkan daripada musibah ynag menembus ke dalam hati manusia. Musibah sekecil apapun, jika ianya ditanggapi dangan hati yang panik dan memberotak, maka musibah itu akan membesar sehingga terlalu berat untuk ditanggung. Semakin ia meratapi kemalangan tersebut,  Seorang, semakin sukar ia keluar daripadanya. Seorang ulama tabiin, Maimum bin Mahran, pernah berkata,"seseorang yang tidak dapat bersikap reda dengan ketentuan Allah, maka tidak ada penawar yang dapat mengubati kebodohannya."

Dan sebaliknya, musibah sebesar apapun, jika ianya dihadapi dengan ketabahan dan lapang dada, maka ianya akan larut di dalam keluasan hati itu ibarat setitis air kencing yang dituang ke dalam lautan luas untuk merosakan kesuciannya. Titisan najis itu tentu tidak dapat mengeruhkan lautan tersebut, malahan ianya akan larut di dalam keluasan air lautan yang suci dan menyucikan. Apabila hati reda kepada ketentuan Allah, maka mata hati dan fikirkan akan dapat melihat jalan keluar daripada kesulitan yang dialaminya dengan jernih.

Bahkan jika sikap reda telah tertanam dalam hati, musibah akan merasa manis. Abu Bakar Bin Thahir berkata, "Reda adalah mengusir kebencian dari dalam hati sehingga hanya kegembiraan dan kebahagiaan yang terdapat didalamnya."

Seorang abidah terkenal Rabi'ah al Adawiah pernah ditanya, "Bilakan seseorang telah mencapai maqam reda?"Ia menjawab, "Apabila ia gembira dengan musibah yang menimpanya sepertimana ia bergembira dengan nikmat yang diterimanya."

Ucapan Rabi'ah ini agak mustahil dilakukan oleh orang seperti kita. namun hal itu tidak sukar bagi hamba - hamba Allah yang telah menanam keimanan sempurna di dalam hatinya sebagaimanan kisah 'Urwan bin al-Zubair di atas.

Iman al -Ghazali dalam Ihya' menceritakan bahawa seseorang melihat luka yang terdapat di kaki Iman Wasi' bin Hibban. ia lalu berkata, "Setiap kali aku melihat luka ini, aku sangat kasihan kepadamu. "Wasi' yang telah mencapai maqam reda menjawab, "Sejak luka ini keluar di kakiku, aku sentiasa bersyukur. Kerana Allah s.w.t tidak menjadikan luka ini di dalam mataku."


Pendek kata, orang yang memiliki sifat reda di hati akan selalu merasakan kebahagiaan tak terkira. Segala sesuatu yang ditemuinya di dunia ini akan terlihat begitu indah dan terasa begitu manis. Benar sekali sabda Nabi s.a.w., " Akan merasakan manisnya iman; seseorang yang reda Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad s.a.w sebagai rasulnya. " (riwayat al-Bukhari daripada 'Abbas bin bdul Muttalib)

Dalam hadis riwayat Abu Daud aripada Abu Said al - Khudri, Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang berkata, Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammada s.a.w. sebagai nabi dan rasulku,'maka dipastikan baginya syurga

Tidak mustahil dengan sikap redaini ia akan merasakan syurga dunia sebelum syurga akhirat. Sebagaimanan ucapan Iman Abdul Wahid bin Zaid, " Sikap reda adalah pintu (menuju) Allah yang terbesar dan syurga dunia."

Tulisan
Umar Muhammad noor

tulisanhati