Tuesday 7 July 2015

DUHAI SAHABAT



ASSALAMUALIKUM
 
Begitu lama tidak membuat posting dalam blog ini tapi pada hari ini jari terasa untuk menaip, Terima kasih kepada semua yang sudi untuk membaca posting saya selama ini sebetulnya saya juga sering baca posting saya sendiri. Ini kerana semasa saya  menulis adakalanya apa yang ditaip lebih laju dari apa yang ada dalam fikiran dan apabila dibaca balik baru perasan ada bahasa yang tersirat disebalik tersirat.

Itu semua sebagai sapaan mesra daripada seorang sahabat kepada sahabat, Kerana untuk mencari seorang sahabat lebih sukar dari mencari seorang kekasih. Tapi ada diantara kita lebih suka mencari kekasih daripada mencari seorang sahabat sedangkan dari segi nilai sahabat yang akan selalu membuat kita bahagia. Saya tidak meletakan 100% dimana seorang kekasih akan membuat kita sedih tapi kebanyakanya.

Sahabat disaat kita susah dia akan selalu ada tidak kira apa keadaan pun, itu adalah keistimewaan seorang yang bernama sahabat dan belum tentu kekasih akan selalu ada disaat kita memelukan. Mungkin kekasih yang kita agongkan akan pergi apabila kita memelukan,

Menjaga hati seorang sahabat lebih senang dari manjaga hari seorang kekasih yang banyak salah dari yang betul, banyak yang tidak kena dari kena, banyak menidakan dari mengiyakan. Soal perbincangan pula seorang sahabat akan mendegar terlebih dulu sebelum mengutarakan pandangan tapi kekasih sebaliknya.
Jagalah hati sahabat carilah sebanyak mana sahabat agar meraka sentiasa ada disaat kita memerlukan bukan  jauh disaat kita mengharapkan. Selalu berasa dekat ketika berjauhan.

Disini sy ingin mengucapkan kepada semua sahabat yang selalu ini selalu ada disaat suka duka, tawa ria, aku igin menjadi seorang sahabat yang selalu hampir ketika kalian memerlukan aku.  Merilah kita menjalani kehidupan ini sebagai sahabat yang hakiki dunia dan akhirat.

tulisanhati