Tuesday 22 May 2012

APABILA JODOH TELAH SAMPAI


Banyak sungguh kad jemputan kahwin yang terima untuk musim cuti sekolah ini, hati ini rasa cukup gembira melihat kawan  – kawan selama ini menjadi teman sama ada semasa disekolah, di kampung atau kawan di tempat kerja dimana hari ini dapat tahu yang meraka  akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Itulah jodoh namanya dimana kita tidak dapat menjankanya ia semakin hampir.

Ada yang berkahwin sesama  kawan sepejabat ada juga berkahwin dengan orang sekampung ada yang membuat jamuah besar - besaran dan ada yang buat kecil – kecilan itu tidak jadi masalah sama ada majlis besar atau kecil majlis itu tapi ijab dan kabul itu yang lebih penting. Sepertimana apa yang ada dalam lirik lagu wali band yang penting halal ( jadilah halal padanya).

Jodoh adalah rahsia Tuhan sehingga kita tidak dapat merasakan ia datang, sehingga kita tidak dapat mengangak dia jodoh kita. Ada yang bercinta bertahun – tahun tapi johonnya dengan orang lain itu lah jodoh penuh misteri. Ada yang bertunang dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain, kerana  sebelum lafaz nikah dilafazkan tunang atau cinta kita belum tentu jadi hak milik halal kita.

Walaupun kita ungkapkan segala kata cinta , walaupun  kita  barjanji akan sehidup semati itu bukan jaminan untuk  menjadi kenyataan. Kerana kita manusia biasa tidak tahu apa akan barlaku di hadapan kita. Ungkapan cinta akan dilupakan, janji akan tinggal janji tiada lagi ungkapan manis tiada lagi bukti, tiada lagi kata – kata demi cinta kita akan ku korbankan segalanya  kerana dia bukan jodoh kita. 

Itu dikatakan jodoh. Jodoh tidak kenal siapa sama ada pasangan itu dekat atau jauh tapi kalau sudah jodoh  dia tetap akan jadi milik kita. Ada yang jauh ada yang dekat pada zaman sekarang bukan menjadi persoalannya tapi untuk zaman sekarang perlu dicari adalah halal itu yang penting.

Kepada semua kawan – kawan yang akan menjadi pengantin, menjadi suami  atau isteri, saya mendoakan agar kalian semua bahagia. Semoga berkat kepada kamu semua, dimurahkan rezeki dipanjangkan jodoh dan selalu berada di jalan keredhoan Tuhan. Selamat pengatin baru

1 comment:

  1. Assalamualaikum,awak ada byk members.That's a good thing actually.Untuk penkongsian ilmu.But,u have to put byk isu menarik.Example isu terbaru bile jodoh sudah sampai.
    1.Jika jodoh itu sudah ditentukan kenapa kita masih perlu berusaha utk mencari.
    2.Jika seorang lelaki berkahwin lebih dari 1,adakah bermakna jodohnya ramai.
    3.Jika seorang itu berkahwin dan bercerai slps 10 tahun,adakah dikira itu bukan jodohnya.

    Ini pada pendapat saya sbg seorang reader.Isu seperti ini yang munkin saya mahukan.Tapi apa pun u have a good blog n keep it up=).

    ReplyDelete

tulisanhati