tulisanhati

Saturday, 11 June 2011

AMANAH HIDUP

Amanah adalah tanggungjawab yang diberikan kepada seseorang untuk memikulnya. Amanah adalah tanggungjawab yang amat berat untuk melaksanakannya. Amanah adalah sesuatu yang diberikan kepada kita untuk menjaganya sepertimana yang dipinta.


Dalam hidup kita amanah yang diberikan bergitu banyak dan berat yang perlu dipertanggungjawab kepada kita, jika kita di alam pekerjaan kedudukkan kita di dalam sesuatu organisasi atau syarikat adalah amanah. Jika kita ambil mudah dengan amanah yang diberikan atau ambil sikap sambil lewa itu dikira kita tidak amanah dan jujur. Mungkin diantara kita kedudukan di dalam syarikat atau organisasi yang diberikan kepada mereka merasa bangga dengan kedudukan itu tanpa berfikir itu adalah sesuatu amanah yang perlu dipertanggungjawab oleh mereka.


Jika amanah yang diberikan itu kita tidak melakukan dengan baik maka kita gagal dalam memikul amanah tersebut. Dan mungkin sekali boleh menjatuhkan syarikat atau organisasi itu. Amanah yang diberikan bukanlah sesuatu yang mudah untuk memikunya walaupun pada zahirnya tampak mudah tapi hakikatnya bergitu berat. Kita jangan terlalu gembira dengan kedudukan yang diberikan tetapi kita perlu mamikirkan amanah yang berat yang diberikan.

Dalam kehidupan kita amanah yang paling berat yang perlu kita pikul adalah amanah yang diberikan Allah kepada kita. Ini yang perlu kita takutkan jika kita gagal dalam menjaga amanah ini maka nerakalah tempat kita nanti

Dalam ucapan  kalimah syahadah, didalamnya ada amanah yang perlu kita pertanggungjawab. Dalam rukun islam dan rukun iman juga ada amanah yang perlu kita laksanakan, solat, puasa, zakat dan sebagainya adalah amanah yang perlu kita kejarkan, Jika kita gagal dalam amanah atau tanggungjawab tersebut maka tidak sempurnalah amanah yang diberikan Allah kepada kita. Sedangkan amanah kita sesama manusia yang gagal untuk kita pikul kita akan dibalas azab akhirat yang teruk bagaimana pula jika amanah Allah kepada kita maka ia lebih teruk diazab diakhirat nanti.


Amanah adalah hak yang perlu di pertanggungjawab di mana jika amanah tersebut kita gagal melaksanakan maka gagalah hidup kita.

2 comments: