tulisanhati

Wednesday, 15 June 2011

SENYUM SORANG " YAKIN PADA DIRI SENDIRI"

"Kita akan menang! Jangan gentar," kata seorang panglima perang.

"Jauh panggang daripada api. Bilangan musuh tiga kali ganda mengatasi kita," kata seorang pemimpin bawahannya.

"Betul. Tapi kita ada kekuatan rahsia. Dengan kekuatan itu kita akan menang."



"Apa kekuatan rahsia itu?" Panglima besar itu berkata dengan tenang.

"Dalam perjalanan ke medan perang kita singgah di sebuah masjid. Di situ kita akan bertemu seorang iman yang sangat terkenal kesolehannya. Dialah yang akan memberi kekuatan rahsia  itu kepada tentera - tentera kita."

Sesampai sahaja di masjid berkenaan panglima besar itu memerintahkan ketua - ketua tenteranya masuk ke dalam masjid. Selepas solat sunat Tahiyatul masjid dan solat Hajat dua rakaat, seorang demi seorang dipanggil ke hadapan mihrab untuk bertemu iman yang dimasudkan.

"Saya akan berikan kamu segulung kain yang kecil ini. Kamu dikehendaki melekatkan kain in pada bendera - bendera pasukan kamu. Insya-Allah, Allah akan memberikan bantuan-Nya," kata iman yan gberwajah bersih dan tenang itu.

Tanpa bertanya sebarang soalan, semua ketua pasukan tentera yang terlibat berbuat seperti yang diminta oleh iman. Selepas itu mereka pun meneruskan perjalan menuju ke medan perang.

Dalam peperangan itu, setiap anggota tentera berperang dengan bergitu bersemangat. Akhirnya, mereka telah mencapai kemenangan.

Masing - masing bergitu takjud dengan kesan kain yang mereka bawa itu." Apa yang ada pad kain ini? Bergitu ajaib kesannya."

"Bukanlah untuk mengetahuinya..." ujar panglima besar.

"Tuan! Tidak ada apa - apa... hanya kain kosong!" kata ketua - ketua pasukan terkejut.

"Ya, ia memang hanya sehelai kain kosong," jawab panglima.

"Jadi bagaimana ia menjadi ajaib?'

"Kain itu bukan ajaib. dan kita menang peperangan ini bukan kerana keajaiban kaini ini."

"Jadi kita menang kerana kekuatan apa?"

"Kita menang kerana keyakinan kita. Kita yakin menang sebab itu kita menang. Allah beri kemenangan kepada oarng yang yakin!"

Pengajaran:
Kayakinan adalah satu kekuatan yang luar biasa. Keyakinan tidak nampak dengan mata kasar tapi ia akan lahir dari hati yakin. Ia adalah satu kelebihan yang tidak dapat ditandingi oleh kekuatan lahiriah. Orang yang yakin akan menggunakan segala sumber yang ada padanya sexcara maksimum. Manakala orang yang tidak yakin akan mensia - siakan kekuatan yang ada pada dirinya

4 comments:

  1. salam perkenalan..tq sudi singgah blog sy:)

    ReplyDelete
  2. salam,

    Subhanallah..mudahan kemenangan dipihak kita!!YAKIN dan tawakal degn ALLAH setelah berusaha!!! ALLAH pasti tak mnsiakan.

    ReplyDelete
  3. YAKIN dalam matlamat hidup. :)

    ReplyDelete
  4. yakin pada diri adalah 1 langkah kita untuk mencapai kemenangan..hehehe..

    ReplyDelete