tulisanhati

Wednesday, 8 June 2011

SENYUM SORANG "MENTAFSIR TANPA BERTEMU"

Seorang penggembala tua sedang mencari -cari  lembunya yang hilang. Puas dicarinya di merata - rata tempat, namun lembunya masih belum ditemui. dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.




Penggembala itu pun berkata:" Ada kau nampak lembu pakcik yang hilang?"

"Oh, lembu pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?" Tanya budak itu.

"Ya, ya..." jawab pakcik itu dengan cepat.

"Rasanya lembu pakcik itu dah tua...." tambah budak itu lagi.

"Betul, betul, lembuu pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"

"Lembu pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"

"Betul. Betul. Tunjukkan Lembu pakcik i mana?'

"Maaf pakcik, saya tak jumpa Lembu pakcik..." Kata budak itu.

"Kau jangan main main. Memang itulah lembu pakcik. Lembu pakcik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya. Jangan bergurau, pak cik nak cepat ni..."

"Betul saya tak nampak, pakcik," balas budak itu lagi.

"Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tahu sifat lembu pakcik?"

Budak itu tersenyum.

"Macam ni..." kata budak itu lalu membawa penggembala itu ke tepi belukar.


"Tengok rumput - rumput ini. Ia telah diragut oleh lembu pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput - rumput hijau tersebut.

"Ya. Mamang ini kesan ragutan  lembu. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan lembu pakcik? Bukan lambu lain?'

"Cuba pakcik lihat baik - baik semua rumput yang diragutnya adalah yang sebelah kiri. Itu menunjukkan lembu pakcik itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah... Ertinya lembu pakcik sudah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak - tapak kakinya yang lain. ia kelihatan seperti diseret, ad ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan lembu ini tempang..."


Pengajaran:


Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu itu untuk kita menerima kewujudannya. Ada kalanya keyakil=nan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda - tandanya. Bergitulah Allah, kita tidak perlu melihat-Nya dengan mata untuk mengakui atau mempercayai keagungan-Nya. cukup dengan melihat ciptaan-nya

1 comment: