Sunday 19 June 2011

DIMANA KITA

Dimana kita adalah satu persoalan yang perlu kita jawab dan kita perlu fikirkan demi kebaikkan kita sendiri. Dimana kita adalah tempat yang kita ketika ini. Tempat dimana kita berada, kita tinggal, kita dudukki, atau kita masih tidak tahu diamana kita berada ketika ini dimana tempat kita bernafas, tempat dimana hayat kita dikandung badan tempat yang kita melangkah, adakah kita tahu dimana kita berada.

Dimana kita sekarang adalah tempat persinggahan sementara untuk kita menuju ke tempat satu lagi iaitu alam akhirat. Disinilah tempat kita singgah sebelum meneruskan perjalan ke sana. Tempat yang akan menguji kita. Di tempat inilah kita perlu mencari berkalan yang secukupnya untuk dibawa ke alam yang ditujui.
Adakah kita sedar yang kita singgah sebentar untuk kita menuju ke alam akhirat, ataupun kita leka dengan keindahan persinggahan ini sehingga kita lupa apa tujuan asal kita sebenarnya. Persolan yang ada jawapannya ada pada diri kita sendiri.



Dimana kita yang perlu kita fahami untuk kita tahu tujuan asal kita. Dan kita perlu tahu selepas kita di sini kita akan kesana. Adakah sudah cukup bekalan yang kita cari di tempat ini untuk menjadi bekalan di tempat seterusnya. Adakah kita percaya yang tempat yang kita tinggal sekarang akan kita tinggalkan untuk selamanya dakn adakan setelah kita percaya yang kita akan tinggalkan tempat ini untuk ke tempat seterusnya kita mencukupi bekalan untuk dibawa ke sana. Atau mungkin kita tahu wujudnya alam seterusnya tapi kita tidak sanggup untuk meninggalkan keindahan tempat ini.


Segala keindahan dan nikmat yang dipinjamkan oleh Allah di alam ini adalah sementara, apabila sampai waktunya kita perlu pulangkan balik. Nikmat yang diberikan di tempat ini adakah kita menggunakan dengan betul?. Adakah kita gunakan nikmat yang diberikan untuk membantu kita mencari bekalan ke sana?. Atau kita leka , lupa dan alpa dengan segala keindahan , kemudahan , nikmat yang diberikan kepada kita sedangkan tuhan berikan kenikmatan adalah untuk memudahkan kita ke sana. Gunakan nimkmat yang diberikan ini sebaik mungkin yang akan mendatangkan keredhoan tunan-NYA.

Tempat ini akan kita tinggalkan, tempat yang kita rasakan bergitu indah walha kita tahu syurga jauh lebih indah daripada tempat ini. Selepas tempat ini kita tinggalkan maka mulalah episod yang akan menghitung amal kita. Maka bekalan yang telah kita kumpul dan bawa dari sini akan menjadi bekalan di akhirat kelak, sama ada bekalan yang bawa itu memberi marfaat kepada kita (pahala) atau yang akan memudaratkan kita (dosa)
Justeru itu marilah kita sama – sama mempersiapakan bekalan secukupnya untuk dibawa ke sana dan kita tinggal bekalan yang boleh membebankan jika kita membawa ke sana . Cukupkanlah bekalan selagi kita masin disni.

No comments:

Post a Comment

tulisanhati