tulisanhati

Tuesday, 7 June 2011

RENUNGAN


Seorang lelaki menziarahi saudara perempuannya yang meninggal dunia.
Dalam pada dia menolong menguburkan jenazah saudaranya itu, dompet duitnya terjatuh ke dalam liang kubur, tanpa disedari sesiapa, sehingga masing - masing pulang ke rumah. Apabila dia tersedar dompetnya tiada, terus dia mengagak dompetnya itu terjatuh ke dalam liang kubur saudaranya itu.




Lantas dia kembali ke kubur dan menggali kurur itu semula. Namun alangkan terkejutnya dia, kubur itu memancarkan api yang menyala - nyala! segera ditimbusnya semula kubur itu dengan tanah.

dengan takjub dan rasa kesal, dia kembali ke rumah menemui ibunya sambil menangis teresak - esak dan berkata: " Oh ibuku! ceritakanlah padaku hal saudara perempuanku ini, dan amal yang dikerjakan selama ini?" si ibu berasa terkejut dan bertanya: " Mengapa engkau bertanya begitu?"

Katanya:" Saya dapati dari kubur keluar api!" Seterusnya dia menderitakan kepada ibunya apa yang dilihatnya.

Mendengar cerita itu, si ibu lalu menangis dan berkata:" Hai anakku! Pada pemerhatian ibu, saudara perempuanmu itu tidak pernah buat apa - apa, selain dia suka meremehkan waktu solatnya dan melewatkan solat daripada waktunya yang sepatunya."

Begitulah ditunjukkan Allah membalas orang yang melewatkan solat. Persoalannya, kalau hangya melewatkan solat, maka bagaimanu pula orang yang tidak bersolat?

Kita bermohon kepada Allah s.w.t, semoga Dia memberikan kita taufik supaya menjadi kelangan orang yang menjaga solat

KISAH DIPETIK DARIPADA AL - KABIL OLEH IMAM AL - ZAHABI:

2 comments:

  1. ambik iktibar setiap perkara yg berrlaku..=)

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Besar..terima kasih kisah yang memberi iktibar pd kita semua

    ReplyDelete