Monday 6 June 2011

DIRI SENDIRI YANG MENJADI HALANGAN

Sudah menjadi tabiat manusia tidak suka kepada kesusahan, kesakitan, kegagalan, penat lelah dan sebagainya. Sifat semula jadi manusia inginkan keselesaan, ketenangan, kemudahan, kejayaan. Manusia yang takut kepada kesusahan, kegagalan, tidak akan mencuba melakukan sesuatu yang mencabar. sedangkan untuk berjaya seseorang mesti berani menghadapi cabaran kesusahan dan kegagalan. Ini merupakan harga kejayaan. Siapa yang tidak sanggup keluar daripada zon selesanya kapada zon yang lebih mencabar dia tidak akan berupaya meningkatkan hasil percapaiannya ke tahap yang lebih tinggi.


Bijak pandai ada berkata, untuk berjaya seseorang mesti berupaya menghadapi berbagai - bagai halangan. Halangan yang terbesar datang dari dirinya sendiri, dalam bentuk perasaan yang negetif seperti kecewa, putus asa, kesedihan yang berlebihan, marah, dengki, hilang semangat, tidak yakin pada diri, malas, tidak mahu bersusah - susah. Perasaan negetif ini timbul akibat tidak berupaya menghadapi cabaran atau ujian yang dirakdirkan Allah. Untuk berjaya seseorrang mesti berupaya menguruskan perasaannya supaya tunduk kepada kehendak - kehendak Allah s.w.t., melalui ibadah hati.

Ibadah hati ini mencukupi rasa hina di hadapan Allah s.w.t., tunduk kepada-Nya, berserah kepada qadak dan qadar-Nya, kembali menyerahkan diri kepada-Nya, takutkan dia, mentaati perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mencinta apa yang dicintai-Nya, membenci apa yang dibenci-Nya, mengadihi siapa yang mengasih-nya. Memusuhi siapa yang memusihi-Nya, berasa gembira dengan kurnia-Nya, berasa sedih di atas kekurangan diri dalam memenuhi hak-Nya, menyerahkan diri dalam memenuhi hak-Nya, menyerahkan hukumun sepenuhnya kepada-Nya dan merasa marah juga semata - mata kerana-Nya.

Apabila seseorangn berupaya menundukkan semua perasaannya kepada kehendak Allah dan bukan sebaliknya membiarkan perasaannya mengikut keinginan nafsunya maka orang ini dikatakan telah berjaya mengatasi halangan yang terbesar yang menghalang dirinya untuk mencapai kejayaan hakiki. Sikap mengambil berat terhadap pengurusan hati dan usaha untuk mengembalikan sinarnya merupakan salah satu aspek yang utama dalam proses pembentukan jati diri insan.


sumber 
solusi

No comments:

Post a Comment

tulisanhati