Sunday 29 May 2011

PERSINGGAHAN INI

Assalamualaikum semua pembaca blog tulisan dari hati ini. Terima kasih keranan mengikuti blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi tentang perjalanan kehidupan kita dia atas bumi Tuhan ini. Dimana kita berada adalah persinggahan untuk kita menuju ke alam akan datang iaitu alam akhirat. Alam akhirat adalah alam yang pasti dan wajib kita tempuhinya. Dalam alam ini kita perlu merasakan yang kita lebih pasti mati daripada kita mampu melihat matahari esok pagi. Ini bermakna kita tidak tahu bila mana kematian kita.



Justeru itu adakah dalam perjalanan ini kita lalai dengan keindahan dunia walaupun kita talah dikabarkan yang syurga lebih indah?. Adakah dalam perjalan ini kita leka apa yang telah dipinjamkan oleh Tuhan di perjalanan ini untuk kita sampai ke tempat yang dituju?. Adakah kita merasakan bekalan yang kita ada sekarang untuk menuju ke alam itu telah mencukupi. Atau kita sudah mampu tersenyum dengan apa yang kita ada dan kita akan tersenyum ketika kita dia alam akhirat.Mungkin juga kita merasakan bekalan yang kita ada untuk ke alam akhirat belum mencukupi dan terus berusaha untuk mencukupinya (Allamdulillah).


Adakah kita pernah menghitung amalan kita di dunia ini dari siang ke malam, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun hingga ke akhirnya sudah cukup untuk kita menghadapi - Nya ?.

Dalam perjalanan ini berbagai cubaan dan halangan yang perlu kita tempuhinya, mampu atau tidak kita harus tempuhinya jua. Janganlah kita lalai dengan nikmat yang telah diberkan ini. Seharusnya kita menggunakan nikmat ini untuk kita ke sana.



Jika ditanya kepada semua manusia mereka mahu di tempatkan di syurga bukan neraka. Tapi yang menjadi persoalannya dalam perjalanan ini kita menuju ke syurga atau neraka?. Itu ditentukan oleh diri kita sendiri kerana yang memandu dalam perjalan ini adalah kita maka kitalah yang menggerakkan kenderaan untuk menuju ke destinasi yang ingin kita tuju.

Dalam perjalaan ini kita telah disedikan panduan perjalanan untuk menuju ke syurga sama ada kita mengikut panduan itu atau tidak adalah keputusan yang kita buat dan diputusakan oleh diri kita sendiri. Jika kita tidak mengikut panduan yang diberikan maka kita akan tersilap jalan yang membawa kita menuju ke neraka.



Marilah kita sama - sama menempuhi perjalan ini yang akan menujukan kita ke syurga. Syurga yang abadi di impikan setiapa insan. Kita sama - sama mencari jalan keluar jka kita tersesat selama ini dan ikut panduan yang telah diberikan untuk menuju syurga. Selagi waktu masih ada yang diberikan kepada kita oleh Allah s.w.t,

No comments:

Post a Comment

tulisanhati