Saturday 25 August 2012

HEBATNYA HARI RAYA


Baham suasana hari raya sedikit telah menurun tidak seperti hari raya pertama, kedua dan ketiga masyarakat yang balik ke kampung kebanyakannya telah pulang ke kota. Menyambung hanyat untuk tututan hidup kembali seperti biasa pergi dan pulang dari tempat kerja mencari rezeki untuk santapan di dunia fana ini.

Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan – kawan yang datang bertandang ke rumah bertanya kabar mengeratkan tali persahabatan yang lama tidak ketemui. Jarak yang membuatkan tali persehabatan itu semakin renggang mujurlah ada hari raya untuk menjalinkan balik ikatan itu.

Kepada rakan – rakan yang diziarah dan menziarahan ikatan persahabatan atau persaudaraan dan kekeluagaan yang terbina  itu tidak akan putus selagi kita mempunyai satu perasan yang tertanam di dalam diri iaitu ukhwah. Ukhwan terbina dengan hati yang ikhlas maka ia akan kukuh selamanya.

Tuhan jadikan hari raya sangat berketepatan untuk menjernihkan sesuatu yang keruh, mendekatkan yang dulunya jauh, mengeratakan yang dulunya terurai, mengigatkan yang dulunya terlupa, bersama yang dulunya terpisah. Agongnya tuhan menciptakan hari raya kepada umat islam.

Mungkin ada yang bertahun tidak berjumpa tapi tuhan ketemukan di hari raya ini. Mungkin kita sudah sedikit lupa tentang dia tapi diberikan peluang untuk menguatkan kembali ingatan kita kepada dia. Mungkin dulunya kita tidak hiraukan dia tapi hari raya dia yang menghiraukan kita.  Mungkin kita merasakan tiada lagi insan yang mahu menghampiri kita tapi di hari raya baru kita sedar yang ramai yang mahu mendekati kita.

Mungkin kita tidak menyangka yang masih ada kawan – kawan yang masih mengigati kita walaupun sudah bertahun tidak bertemu. Itulah kekuasaan Allah s.w.t memberikannya apabila  merasakan mereka semakin hilang dalam hidup kita tapi ia datang dengan sekelip mata.

Tiada kata dapat dikatakan jika mereka ada bersama untuk meraikan hari raya ini kerana kita mengharapkan semua itu berlaku. Akan ada dalam hati walaupun sekelumit terselit di sanubari yang kita mahu untuk menemui mereka dan apabila ketemui tiada gambaran kata dapat diungkapkan.

Tangan dihulur untuk disambut tandanya kemaafan dipinta dan menerima kemaafan itu dimana mungkin ada kekhilafan yang berlaku sama ada yang kita sedar atau tidak sedar , yang  lama atau baru tapi kemaafan jua  dipinta. Di hari raya hati kita sedikit lembut untuk memaafkan seseorang yang mana dulunya bergitu sukar untuk memafkannya itulah hebatnya hari raya.

Menggunakan kesempatan yang ada di hari raya untuk mengeratkan silatulrahim adalah sesuatu peluang yang kita gunakan sebaik mungkin. Bertanya kabar yang bergitu sukar untuk dikeluarkan dari mulut kita tapi di hari raya ungkapan itu keluar dengan sendiri itu tandanya mengambil berat tentang insan lain.

SEMOGA BERTEMU DI HARI RAYA AKAN DATANG






No comments:

Post a Comment

tulisanhati