Saturday 11 August 2012

LAILATUL KADAR DICARI


Malam Lailatul kadar adalam malam  yang dicari orang yang beriman. Kita telah berada  hari ketujuh  akhir ramadhan dan semua umat islam tahu 10 akhir ramadhan ada 1 malam yang diberi nama lailatul kadar ada malam seribu bulan . Lailatui kadar bersamaan dengan 1000 bulan besarnya ganjaran tuhan kepada hamba-Nya yang hanya umat Nabi Muhammad sahaja memilikinya.

Di saat umat islam lain mencari malam tersebut tapi dimana kita, apa yang kita lakukan adakah kita juga mencari malam tersebut. Adakah kita penuhkan malam – malam 10 akhir ramadhan dengan beramal  dan beribadat agar kita perolehi malam tersebut atau kita hanya membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha mendapatkannya.

Di waktu orang lain  sujud setiap malam kepada tuhanya, dimana kita ketika itu adakah masih dibuai mimpi yang tidak akan sempurna. Di saat orang lain bertasbih dan berzikir mungkin kita pula berdengkur sehingga memecahkan kesunyian malam.

Amat rugi kiranya  jika kita membiarkan malam itu berlalu tanpa berusaha untuk mendapatkanya. Tidak bolehkah waktu tidur kita untuk  10 malam yang terakhir ini dikurangkan  beberapa jam untuk kita mengenal Tuhan pencipta. Ia adalah untuk diri sendiri bukan untuk orang lain agar apa yag kita lakukan akan memudahkan ketika mengadap tuhan kelak.

Bayangkan jika ada 1 syarikat pelaburan  dibuka ditempat anda dan mereka menawarkan saham kepada anda. Untuk 1 unit saham berharga RM1.00 dan apabila diniagakan mereka akan memberi jaminan pulangan untuk 1 unit saham yang  akan bernilai RM1000000.00 adakah kita akan membiarkan saham itu terlepas bergitu saja? Jawapanya adalah tidak, bukankah bergitu?

Sama jugalah dengan apa yang ditawarkan oleh Allah s.w.t kepada kita untuk malam lailatul kadar bahkan ganjarannya lebih hebat daripada syarikat pelaburan itu tapi kenapa masih ada antara kita melepaskan peluang lailatul kadar itu?. Mungkin kita tidak nampak ganjaran yang dijanjikan oleh tuhan di depan mata dan menjadikan kita tidak mahu berusaha untuk mendapatkan ia.

Jika kita memohon sesuatu kepada tuhan dan jatuh pada malam lailatul kadar. Apa yang kita pohonkan akan secara terus kepada Allah dan kalau kita ikhlas serta bersungguh dalam pohonan itu, ia akan mudah untuk dimakburkan. Percayalah lailatul kadar dapat mengubah sesuatu nasib seseorang. Apa yang penting kita yang perlu berusaha untuk mengubah nasib kita.

Besarnya malam lailatul kadar yang diberikan kepada manusia tapi ada antara kita yang tidak mahu mengambil kesempatan itu. Kenapa kita terlalu sombong dengan tuhan sedangkan tuhan telah berikan semua kepada hambanya untuk digunakan oleh kita.

Malam lailatukadar telah dibuka seluas –luasnya pintu taubat dan kita perlu menggunakan semaksimum mungkin untuk memohon ampun segala dosa – dosa yang selama ini kita lakukan mahupun dosa yang akan datang.

Gunakan masa yang masih ada ini dengan kita melakukan ibadat yang seikhlasnya dan pohonlah kepada Allah s.w.t untuk kebaikan kita sama ada di dunia atau akhirat. Anggaplah dalam kita mencari malam lailatul kadar kali ini adalah kesempatan yang terakhir Allah q.w.t  bagi kepada kita dan mungkin tahun depan bukan milik kita lagi. Bersama – sama kita mencarinya dan menemuinya.

No comments:

Post a Comment

tulisanhati