Sunday 12 August 2012

MALAM LAILATUL KADAR


Bila hati berbisik yang mengatakan semakin hampir ke akhir ramadhan dan hati semakin merasakan kegusaran kerana tidak mahu masa itu berlalu agar sentiasa dalam bulan yang mulia ini. Harapan itu akan dianggap sia –sia dan tidak akan berlaku kerana masa akan terus berlalu dan meninggalkan kita walaupun kita menatapi sekuat dan sepuasnya.

Dalam sisa masa yang ada ini adakan kita gunakan sebaiknya ?, adakah kita mencari malam lailatul kadar?. Disaat orang lain berlumba – lumba untuk mendapatkannya mungkin kita terpinga – pinga mencari maksud lailatul kadar itu.

Mungkin ada dikalangan kita sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari raya hingga mangabaikan tentang malam lailatul kadar. Mungkin disaat orang lain bersekang mata untuk mengadap tuhan tapi kita pula bersekang mata untuk menyiapkan kuih muih untuk dihidangkan pada hari raya ini. Mungkin orang lain tidur lebih awal untuk bungun pada dingin malam tapi kita masih menyiapkan baju raya tanpa sedar sudah pagi.

Kenapa kita tidak gunakan waktu siang untuk melakukan sebarang persiapan untuk menyambut hari raya sampai perlu mengambil masa pada waktu malam. Kita sendiri maklum untuk malam 10 terakhir ramadhan ini adalah malam yang penting malam yang dicari – cari dan malam yang penuh dengan kenikmatan, penuh dengan mafaat yang tiada tolak bandingannya. Jika kita tidak mengambil kesempatan ini boleh dikatakan kita adalah golongan yang rugi dan tidak bersyukur dengan pemberian malam lailatul kadar ini.

Rasakan dalam diri yang kita perlu sungguh – sungguh untuk mendapatkan  malam lailatul kadar itu serta mencarinya agar ia tidak terlepas dari kita dan melakukan sebanyak mana ibadat agar memberi pulangan yang mengembirakan di sana nanti.

Fahamlah makna lailatul kadar itu dengan mendalam nescaya kita akan berusaha untuk mendapatkannya dan tidak akan membiarkan dia berlalu tanpa kita melakukan apa – apa. Tidak mampukah kita korbankan masa tidur kita untuk untuk beberapa hari ini untuk menemukan sesuatu yang diharapkankehidupan kita di dunia dan akhirat bertambah baik.

Jangan kita mengharapkan ramadhan tahun depan  untuk mencari lailatul kadar dan meninggalkan lailatul kadar ramadhan ini kerana esok belum tentu milik kita. Mati tidak kenal usia, tidak kenal tua mahupun muda, tidak kenal sihat atau sakit kerana mati adalah rasia tuhan yang pastinya kematian  adalah wajid di lalui oleh manusia.

Malam lailatul kadar hanya diberikan untuk 1 malam diantara 365 malam yang ada setahun dan tuhan sudah mengkabarkan yang ia berada di akhir 10 ramadhan. Kalau 365 kita boleh mancari cinta kepada dunia kenapa kita tidak mampu mencari 10 hari untuk kita mencari akhirat.



No comments:

Post a Comment

tulisanhati