Sunday 4 August 2019

UJIAN KEHIDUPAN


Assalamualaikum

Lama sungguh rasanya tidak menulis di sini, hari in tanggal 4 ogos 2019 tergerak di hati untuk menulis. Tidak tahu kenapa ada perasaan untuk menulis, mungkin rindu kerana lama tidak  post sesuatu tulisan disini.

Dalam kita menjalani perjalanan hidup ini sering kali kita diuji kecil mahupun besar ujian itu. Kita tetap akan diuji, sampai satu tahap adakalanya kita tertewas dengan ujian itu, lumrah kehidupan adakalanya kita mampu dan  adakalanya kita tertewas dengan ujian itu.

Disaat ujian yang perlu kita tempuhi dan kita berusaha untuk menghadapi ujian itu, kita akan buat sehabis baik untuk jadi yang tebaik . tepi mungkin jawapan yang kita dapat dari ujian itu bukan suatu yang kita mahukan, yakinlah ketentuan Allah itu adalah yang terbaik walaupun pada awalanya kita merasakan kecewa dengan jawapan yang kita dapat.

Menghadapi dugaan atau cubaan ini akan membuatkan perasaan  kita bercampur kedukaan, fikiran jangan katalah memang kusut menghantui setiap kali terjaga dari tidur, fikir, fikir dan terus berfikir tentang masalah, tentang ujian, tentang mana silapnya. Kata orang banyak soalan dari jawapan, ataupun jawapan yang kita dapat ia menjadi soalan balik kepada kita. Apa – apa pun itulah keindahan perjalanan yang telah diatur kepada kita.

Adakalanya kita merasakan ujian yang diberikan tidak patut diberikan kepada kita,  tetapkan dalam sanubari disebalik ujian yang dibarikan kepada diri  kita, kita perlu yakin tuhan selalu dengan kita. Semakin dekat kita dangan tuhan , tuhan lebih dekat kepada kita. Pasrah setelah segalanya setelah kita usahakan yang terbaik maka  disini redho akan menjadi keutamaan untuk kita melangkah ke hadapan.

Tuhan beri ujian atau dugaan kerana Allah lebih tahu kemapuan kita untuk hadapinya, walaupun rasa sukar, susah, mana perlu mulakan, lelah, hiba,kusut dan pelbagai lagi rasa
Kali ini aku hadapi dugaan, cubaan yang telah lama aku lalui, aku menghadapi masalah yang menggangu aku hamper 2 tahun, aku hadapi tanpa bicara, aku pendam dalam hati. Aku amat berharap masalah ini berlalu pergi. Dan setiap apa yang dugaan yang diberikan kepada aku, aku tidak akan pernah menyalahkan sesiapa.

YA ALLAH ENGKAU KUATKANLAH HATIKU UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI. SEBAIK BAIKI JAWAPAN ADALAH KETENTUAN MU YA ALLAH. SESUNGGUHNYA SETIAP KETENTUANMU ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.

1 comment:

tulisanhati