Sunday 7 August 2011

BETULKAN ARAH PERJALANAN INI

Jalan yang berliku ini perlu kita laluinya. Walaupun penuh dengan ranjau, penuh dengan halangan, penuh dengan onar duri tetapi perjalan ini tetap perlu diteruskan jua kerana perjalanan ini tak akan berhenti selagi kita bernafas di dunia ini.

Dalam perjalan ini mungkin kita telah ketemu banyak halangan, banyak dugaan, banyak kepahitan, banyak yang sakit, banyak yang menyedihkan, banyak yang memilukan. Itulah perjalan kehidupan ini. Kita merasakan payah untuk meneruskan perjalanan ini tetapi mudah kalau kita tahu ke mana hala tuju yang harus kita melangkah.

Apakah setiap langkan yang kita aturkan untuk ke arah yang sepatutnya kita tuju. Adakah jalan itu menuju ke arah keredhoan Allah. Atau pun kita belok ke arah yang salah  untuk menuju menghadap Allah. Adakah lengkap sudah hala tuju yang perlu kita perlu tuju dikabarkan melalui Al-Quran.

Kita merasakan cepat waktu berlalu tanpa kita sedar kita telah tersalah arah perjalanan yang ingin dituju. Waktu terus berlalu bersama dengan arah yang salah kita tujuinya. Bayangkan di saat kita tersalah arah ini Allah menghentikan nafas yang kita hirup ini dan di saat itu kita masih dengan arah yang salah. Bayangkan di saat itu kita dihadapan Allah, Bayangkan dengan dosa - dosa yang kita lakukan. Bayangkan kita dilemparkan di dalam neraka jahanam.

Di saat itu katakan siapa yang boleh menolong kita jika dalam perjalan kehidupan ini kita telah tersalah arah, Tesilap arah bukan kerana kita tidak tahu ke mana arah yang patut kita tuju tetapi kerana diri kita yang tidak mahu menuju ke arah yang betul itu.

Walaupun payah, sukar, sedih, penuh dengan onar duri, penuh dengan dugaan. Kita perlu meneruskan perjalanan ini kerana jalan itu adalah jalan yang diredhoi Allah.  Jalan yang akan menjadikan kita manusia yang mampu tersenyum di alam sana.

Di bulan yang mulia ini marilah kita sama - sama membetulkan arah tujuan kita mungkin selama ini telah tersesat dalam perjalan ini, Mungkin selama ini telah leka dengan kehidupan ini, mungkin selama ini kita telah jauh dengan Allah. Gunakan saki baki masa yang diberikan ini untuk kita dekatkan diri kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

tulisanhati