Saturday 2 July 2011

SYURGA DUNIA

Semua musibah dan kemalangan tentunya memang menyakitkan. Namun tidak ada musibah yang lebih pahit dan menyakitkan daripada musibah ynag menembus ke dalam hati manusia. Musibah sekecil apapun, jika ianya ditanggapi dangan hati yang panik dan memberotak, maka musibah itu akan membesar sehingga terlalu berat untuk ditanggung. Semakin ia meratapi kemalangan tersebut,  Seorang, semakin sukar ia keluar daripadanya. Seorang ulama tabiin, Maimum bin Mahran, pernah berkata,"seseorang yang tidak dapat bersikap reda dengan ketentuan Allah, maka tidak ada penawar yang dapat mengubati kebodohannya."

Dan sebaliknya, musibah sebesar apapun, jika ianya dihadapi dengan ketabahan dan lapang dada, maka ianya akan larut di dalam keluasan hati itu ibarat setitis air kencing yang dituang ke dalam lautan luas untuk merosakan kesuciannya. Titisan najis itu tentu tidak dapat mengeruhkan lautan tersebut, malahan ianya akan larut di dalam keluasan air lautan yang suci dan menyucikan. Apabila hati reda kepada ketentuan Allah, maka mata hati dan fikirkan akan dapat melihat jalan keluar daripada kesulitan yang dialaminya dengan jernih.

Bahkan jika sikap reda telah tertanam dalam hati, musibah akan merasa manis. Abu Bakar Bin Thahir berkata, "Reda adalah mengusir kebencian dari dalam hati sehingga hanya kegembiraan dan kebahagiaan yang terdapat didalamnya."

Seorang abidah terkenal Rabi'ah al Adawiah pernah ditanya, "Bilakan seseorang telah mencapai maqam reda?"Ia menjawab, "Apabila ia gembira dengan musibah yang menimpanya sepertimana ia bergembira dengan nikmat yang diterimanya."

Ucapan Rabi'ah ini agak mustahil dilakukan oleh orang seperti kita. namun hal itu tidak sukar bagi hamba - hamba Allah yang telah menanam keimanan sempurna di dalam hatinya sebagaimanan kisah 'Urwan bin al-Zubair di atas.

Iman al -Ghazali dalam Ihya' menceritakan bahawa seseorang melihat luka yang terdapat di kaki Iman Wasi' bin Hibban. ia lalu berkata, "Setiap kali aku melihat luka ini, aku sangat kasihan kepadamu. "Wasi' yang telah mencapai maqam reda menjawab, "Sejak luka ini keluar di kakiku, aku sentiasa bersyukur. Kerana Allah s.w.t tidak menjadikan luka ini di dalam mataku."


Pendek kata, orang yang memiliki sifat reda di hati akan selalu merasakan kebahagiaan tak terkira. Segala sesuatu yang ditemuinya di dunia ini akan terlihat begitu indah dan terasa begitu manis. Benar sekali sabda Nabi s.a.w., " Akan merasakan manisnya iman; seseorang yang reda Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad s.a.w sebagai rasulnya. " (riwayat al-Bukhari daripada 'Abbas bin bdul Muttalib)

Dalam hadis riwayat Abu Daud aripada Abu Said al - Khudri, Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang berkata, Aku reda Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammada s.a.w. sebagai nabi dan rasulku,'maka dipastikan baginya syurga

Tidak mustahil dengan sikap redaini ia akan merasakan syurga dunia sebelum syurga akhirat. Sebagaimanan ucapan Iman Abdul Wahid bin Zaid, " Sikap reda adalah pintu (menuju) Allah yang terbesar dan syurga dunia."

Tulisan
Umar Muhammad noor

1 comment:

tulisanhati