Sunday 27 May 2012

BERBICARA SOAL JODOH


berbicara tentang jodoh yang sukar untuk mentafsirkannya, siapa jodoh kita atau mungkin kita tidak ada jodoh di atas dunia ini. persoalan yang dimana manusia tiada jawapannya,  kita bernama manusia hanya mampu untuk berusaha dan berdoa semuanya adalah tuhan yang menentukan.

Apabila kita tiada jodoh dengan dia itu adalah ketentuan Tuhan yang telah tertulis dalam sejarah kehidupan kita didunia ini. Bercakap soal jodoh memang terlalu sukar untuk kita meramalkannya kerana itu adalah ketentuan Tuhan. Ada satu persoalan yang diajukan kepada saya yang bertanyakan pendapat kenapa kita harus berusaha sedangkan jodoh itu telah ditetapkan kepada kita oleh Tuhan. Apa yang saya tahu dalam islam kita digalakkan untuk berusaha. Berusaha adalah seperti  1 ibadat yang mana kita perlu lakukan tapi harus di ingat yang mana untuk kita mencari pasangan perlu tahu batas dan lisannya jangan sampai kepada kemungkaran Tuhan. Percayalah dimana perempuan  yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang jahat untuk pumpuan yang jahat.

Kita sebagai manusia tidak perlu memikirkan kenapa perlu berusaha sedangkan jodoh itu telah ditentukan oleh Allah s.w.t kerana akal kita tidak mempu untuk memikirkan semua itu, tidak mempu menandingi kekuasaan Allah. Kerana apa yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku Allah s.w.t lebih Tahu.

Seperti mana saya bagitahu dalam post yang lepas jodoh adalah rahsia Tuhan jodoh bergitu misteri dimana kita tidak tahu siapa jodoh sebenarnya. Itulah keagongan Allah s.w.t. mungkin kita merasakan dia itu jodoh kita kerana kita rapat dengan dia tapi itu belum tentu dia akan jadi hak kita. Jodoh adalah kehendak tuhan jika jodoh seorang perempuan itu di mana kasih sayangnya perlu dikongsi dengan perempuan lain itu juga adalah ketentuan tuhan itulah takdirnya. Janganlah sesekali menyalahkan takdir.

Jika telah ditakdirkan Allah s.w.t jodoh tidak kekal lama walaupun kita berusaha untuk menyelamatkannya ia tetap akan berlaku tapi kita sebagai manusia perlu berusaha untuk menyelamatkan ikatan itu, mungkin dengan usaha menjadikan penyebab jodoh kita lebih panjang kerana sesuatu yang berlaku ada sebab dan musababnya. Sebab dan musabab perlu diciptakan untuk menjadikan kita sebagai manusia yang tahu tetang kehidupan. Oleh itu  berusaha dan berdoalah kepadaTuhan agar doa dan usaha kita akan menjadikan kehidupan kita di dunia ini lebih baik.

Kalau sudah jodoh kita lari kemana pun.. jauh dari dia, kita lakukan pelbagai cara untuk mengelakkan jodoh itu tapi kalau ditetapkan Tuhan, lambat atau cepat, mendekatkan atau menjauhkan, benci atau sayang, suka atau tidak dia tetap akan jadi milik kita.

Dalam post ini adalah pendapat dan pengatahuan tentang jodoh, jika ada salah dalam post ini saya mohon maaf atau mungkin ada yang tersinggung dengan artikal ini itu semua kelemahan saya yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Apa yang perlu kita tahu jika telah ditakdirkan dia adalah jodoh kita terimalah dia seadanya selagi dia tidak melanggar ketetapan yang digariskan dalam agama. Jagalah pasangan kita itu dengan semampu serta sedaya mungkin terimalah kekurangannya dan janganlah mengeluh. Sekian




3 comments:

  1. Terima kasih saudara atas ulasan anda.

    Sedikit pengongsian,

    Benar kata saudara jodoh itu ketentuanNya.Dan benar kita perlu brusaha utk mencarinya.Tapi kadang kita tersalah konsep dgn mkna mencari.Sedangkan doa dan istikharah juga adalah salah satu usaha kita utk mencari.Dan itu yang ptt kita tekankan dan kongsikan supaya muslim dan muslimah faham dan tidak terpesong dgn konsep itu.Cinta dalam islam itu terlalu tinggi harganya.Dan betapa murah nya cinta yg kita letakkan dgn perkenalan di laman sosial,di telefon,di shopping complex dan sbgainya.

    Peringatan juga pada diri saya sndiri.Muga kita sentiasa memperbaiki diri dan mencari keredhaanNya..

    Wallahualam

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana memberi pendapat dan pandangan tentang post ini. bicara soal jodoh ini memang sukar kerana ia ada dihadapan kehidupan kita. sesungguhnya ape yang akan berlaku di hadapan kita hanya tuhan yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama=)

      Singgahlah ke blog.Segala saranan dan cadangan amatlah diperlukan untuk meningkatkan lagi kualiti blog dan membaiki sedikit sebanyak pengkosian.

      JazaakAllaahu Khairan

      Delete

tulisanhati