Sunday 1 July 2012

MENCARI KECERAHAN


Terbukti sudah inti pati kehidupan di dunia yang manusia sukakan kepada kegelapkan berbanding kecerahan. Manusia suka kepada sesuatu yang gelap, manusia suka akan tempat yang gelap, manusia suka mengapai perkara – perkara yang memudaratkan jalanan kehidupan untuk ke destinasi yang pasti.

Kita sering kali lupa tentang keagongan Tuhan yang maha satu , terbiasa dengan kelalaian duniawi ini sehingga kita lupa tantang akhirat.manusia lemas dengan arus kemodenan ini hingga ke paras dagu (hampir lemas).Dalam kesabaran yang disematkan di dalam sanubari kita mungkin ada suatu masa kesabaran tertewas  kepada kemarahan walaupun kesabaran telah lama kita sematkan di dalam hati, ini kerana kita mempunyai perasaan.

Menagis, ketawa adalah anugerah yang perlu dijalani setiap insan bernama manusia. Kita semua adalah hina disisi Tuhan yang satu. Dimana kita selalu diuji dengan musibah, selalu  diuji dengan nafsu dan selalu diuji dengan nikmat yang telah di pinjamkan kepada manusia. Janganlah kita tewas dengan ujian itu tuhan menurunkan ujian kepada manusia  bukan kerana untuk menyusahkan atau menyukarkan manusia tetapi kerana tuhan  sayangkan  hambanya.

Carilah  Kecerahan dalam  kehidupan dan meninggalkan kegelapan yang selama ini melaputi dan menyaluti  jiwa manusia walaupun pada zaman serba moden ini sukar untuk manusia menemui kecerahan  yang hakiki, tapi cahaya itu masih ada serta selalu ada kita  perlu bijak mencarinya. Mungkin payah untuk sesetengah manusia mencarinya mungkin kita perlu ke hulu ke hilir, mungkin kesana kesini dan mungkin ranjau berduri yang perlu ditempuhi tapi kecerahan  itu mesti dicari yang diterokai agar sempurna kehidupan kita didunia dan akhirat kelak.

Ada di kalangan kita masih tercari - cari kecerahan itu walaupun ia telah terhidang di depan mata ia ada disisi kita tapi tidak nampak dengan mata kasar ini kerana mata kita suka melihat kegelapan sehingga kita tidak dapat melihat cahaya yang ada di sekeliling manusia  dan kita selalu merasakan sukar untuk mencari  kecerahan itu.  kita sentiasa melihat kecerahan yang  berada jauh sedangkan  yang dekat kita lupakan mungkin yang dekat itu lebih baik dari yang jauh.

Fitrah kebanyakan manusia yang sukar mencari kecerahan  berbanding dengan kegelapan yang mudah dicari, tapi Allah s.w.t tetap menunggu hambaNya mencari kecerahan hingga  kita ketemunya. Biarlah kecerahan kehidupan ini menjadikan semua syaitan menagis melihat manusia berada dalam kecerahan dan dalam keredhoan Allah S.w.t.

Dibahu  kita ada satu beban yang dimana beban itu perlu di pikul untuk dibawa ke sana dalam beban itu ada amanah yang telah roh kita telah berjanjikan dihadapan Allah yang telah mencipta manusia dan seluruhnya.
Kumpulkan kudrat untuk mencari kecerahan agar kita sentiasa berada disisi sang pecipta yang mencipta seluruh alam semester ini. Tanamkan  satu naluri keikhlasan walaupun sukar untuk dijaga tapi ia perlu dijaga  dalam mencari kecerahan ini.  Kerana kesempurnaan kehidupan di dunia  ini akan datang bersama dengan keikhlasan.


No comments:

Post a Comment

tulisanhati