tulisanhati

Wednesday, 18 July 2012

RAMADHAN DINANTI BUKAN DITAKUTI


Alhamdulillah kita masih benyawa ketika ini dn mengharapkan nyawa ini hingga ke bulan ramadhan yang dijangka pada hari sabtu ini bermulanya 1 ramadhan. Mungkin diantara kita menunggu – nunggu hari tersebut dan ada juga diantara kita bulan ramadhan akan menyusahkan mereka.

Jika kita lihat di tapak – tapak bazaar ramadhan telah ada yang mendirikan konopi , menyusun segala peralatan perniagaan dan ada dikalangan peniaga bulan ramadhan akan memberi limpahan rezeki  kepada mereka berbanding bulan lain. Rezeki telah di tentukan oleh tuhan.

Ramadhan dinanti bukan ditakuti, jika seorang itu beriman bulan ramadhan yang tidak lama lagi ini amat dinantikan  mereka, bahkan untuk sampai ke bulan ramadhan ini dirasakan bergitu lama selepas bulan ramadhan tahun lepas. Mereka menanti dan berdoa untuk cepatkan serta panjangkan umur mereka untuk bersama – sama manusia lain menempuhi bulan ramadhan.

 Jika diantara kita yang tidak suka kepada bulan ramadhan ini meraka akan merasakan bergitu cepat masa berlalu dan merasakan baru semalam bulan ramadhan yang lepas berlalu. Mereka akan mencari pelbagai alasan untuk mengelak dari melakukan ibadat puasa.

Jika post yang lepas saya membicarakan tentang masyarakat kita yang tidak mementingkan bulan- bulan yang lain berbanding  bulan ramadhan dimana hanya mencari pahala di bulan ramadhan dan bulan lain ditinggalkan. Tapi pada kali ini saya ingin membicarakan tentang masyarakat kita yang menggangap bulan ramadhan sama seperti bulan lain di mana mereka melupakan atau sengaja melupakan  terus tentang bulan ramadhan adalah bulan yang diwajidkan kepada manusia untuk berpuasa. Mereka berusaha untuk menjamah makanan untuk mengeyangkan nafsu yang tidak dapat dikawal oleh diri mereka sendiri.

Setiap tahun saya dapat memerhatikan mungkin juga  pembaca juga dapat melihat kedai – kedai runcit yang dimana pada bulan bukan bulan ramadhan bergitu sukar untuk melihat pelanggan untuk membeli di kedai tersebut tapi pada bulan ramadhan kedai runcit tersebut dikunjungi pelangan berlipat kali ganda. Kita boleh manjangkakan apa yang di beli mereka.

Kalau dulunya di kedai runcit makanan seperti roti atau makanan ringgan yang lain tidak laku hinggakan ada yang roti tersebut tamat tempoh luput kerana tiada pelanggan yang membelinya. Tapi pada bulan ramadhan bulan yang diwajibkan umat islam untuk berpuasa tapi roti itu habis dijual dan adakalanya peruncit perlu menampah stok roti tersebut hampir setiap hari yang sebelum ini stok tersebut ditambah seminggu hanya sekali.Bergitu juga dengan air kotak yang dijual luar biasa dari yang biasa dijual.

Di manakah iman mereka sehingga tidak mampu untuk menahan lapar dan dahaga hanya selama 1 bulan pada terbit matahari hingga tebenamnye fajar. Selama 11 bulan mereka makan dan minum, tuhan hanya meminta selama  sebulan untuk tahan lapar dan dahaga tapi masih tidak mampu melakukan. Berpuasa di bulan ramadhan adalah amanah tuhan kepada hambanya. Jika kita tidak melakukannya maka kita telah murka dengan perintah Allah s.w.t. perintah tuhan tidak sama dengan perintah manusia walaupun dia berkuasa.

Ingatlah kita di dunia ini ada tanggungjawab dan salah satu daripada  itu adalah berpuasa. Berpuasa adalah salah satu rukun islam dan rukun islam itu adalah perkara wajid kepada umat islam. Jika kita meninggalkan salah satu diantara rukun itu kecuali menunaikan haji bagi yang mampu adakah kita orang islam. Tekadkan dalam hati kita untuk mengejarkan dan mencari pergertian ramadhan yang sebenar dan anggaplah ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kita.

No comments:

Post a Comment