Sunday 22 July 2012

RAMADHAN KALI INI


Hari ini telah 3 ramadhan dan hari ketiga kita menunaikan ibadat puasa moga – moga kita dapat menunaikan kefarduan ini hingga ke akhirnya. Harapan itu amat diharapkan dapat direalisasikan bukan hanya fantasi.

Mungkin di antara kita merasakan ramadhan kali ini berlainan daripada ramadhan-  ramadhan yang lepas. barangkali ramadhan yang lepas kita berbuka puasa berseorangan tiada teman disisi tapi ramadhan kali ini berbuka berdua di samping isteri atau suami maklumkan ramai yang mendirikan rumah tangga pada cuti sekolah baru – baru ini. Mungkin dulu pergi bazaar seorang diri tapi kali ini ada suami atau isteri di samping memilih juadah jangan pula memilih mengikut telunjuk nafsu. Barangkali juga kalau dulu seorang lelaki itu berbuka puasa di kedai atau membeli di bazaar ramadhan sebaliknya ramadhan kali ini ada seorang isteri yang menyediakan juadah untuk berbuka bersama.

Bukan semua antara kita merasakan kelainan yang membahagiakan menyambut ramadhan kali ini. Mungkin ada jiwa – jiwa antara kita merasakan kelainan  yang mengharukan, memilukan atau menyedihkan  ramadhan kali ini. Mungkin dulunya berbuka ada seseorang di sisi tapi kali ini keseorangan. Mungkin dulu berdua memilih juadah berbuka tapi kali ini keseorangan. Mungkin ramadhan yang dulu ada isteri untuk menyediakan juadah tapi kali ini sebaliknya. Walaupun dulu ada seseorang disesi kita untuk berbuka puasa dan sekarang sudah tiada sama ada jauh dengan kita, pergi meninggakan kita keseorangan, atau telah mengadap Illahi. Kita mengharapkan tuhan untuk menjaganya sebaik mungkin.

Mungkin juga antara kita tetap sama seperti  ramadhan yang lepas dimana klau dulu keseorangan berbuka puasa  tapi kali ini tetap sama masih berseorangan. Kalau dulunya berseorang memilih juadah berbuka di bazaar ramadhan tapi kali ini tetap sama. Mungkin dulunya tiada yang menyedikan juadah  untuk berbuka di rumah dan kali ini tetap sama. Mungkin dulunya kawan – kawan yang menjadi teman untuk berbuka bersama ramadhan kali ini juga tetap sama.

Apabila melihat pasangan sekeliling kita yang bahagia berbuka puasa sebagai suami dan isteri. Sebagai  manusia biasa kita tidak dapat menidakkan perasaan kita untuk jadi seperti mereka. Pergi ke bazaar ramadhan bersama, memilih juadah bersama, menyediakan juadah bersama, berbuka puasa bersama, pergi ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat tarawik bersama semuanya bersama. Mungkin ada terdetik dalam hati kta untuk jadi seperti mereka yang melalui ramadhan kali ini pernuh dengan kebahagian.

Walaupun kita berbuka puasa berseorangan, berdua, bertiga, berempat atau seramai mana pun kita tetap akan berbuka jika sampai waktu berbuka. Mungkin kita merasakan bahagian, mungkin kita merasakan terkilan, mungkin kita merasakan sedih, mungkin kita terkenangkan seseorang dan pelbagai perasaan melanda dalam jiwa kita. Walau kita berada dalam perasaan mana pun kita perlu bersyukur kerana masih dapat melakukan ibadat puasa di bulan ramadhan kali ini.

2 comments:

  1. slmt menyambut bln ramadhan.. thn nie e'in sahur dan buka seorang diri lg.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi sy ramadhan tahun ni sdikit berbeza, kerana kerana pemergian ketua keluaga, arwah ayah Mat Rasid Bin Yusoff

      Delete

tulisanhati