Saturday 7 July 2012

WANG HANTARAN


Entah kenapa pada post kali ini saya ingin mempersoalkan tentang wang hantaran atau mahar yang dikenakan terhadap lelaki. Semua sendiri maklum ketika ini wang hantaran yang dikenakan untuk memilikki seorang isteri untuk dijadikan teman hidup yang memakin meningkat. Persoalanya kenapa wang hantaran perlu tinggi sehingga membebankan kaum lelaki untuk memenuhinya sedangkan berkahwin adalah untuk merelakan satu hubungan yang halal. Mungkin sesetengah lelaki yang ada kemampuan untuk memenuhi wang hantaran itu tiada masalah tapi masih ramai lelaki yang tidak mampu untuk memenuhi wang hantaran yang diminta oleh ibu bapa pasangan tersebut. Bukan semua lelaki adalah pengarah syarikat, bukan semua lelaki usahawan yang Berjaya, bukan semua lelaki berpangkat dalam syarikat, bukan semua lelaki pendapatan yang tetap.

 Bercakap soal kahwin semua lelaki mahu mendirikan rumah tangga, tidak kira lelaki atau perempuan mahu satu ikatan yang sah iaitu sebagai suami isteri. Tapi yang menjadikan beban kepada kaum lalaki adalah wang hantaran yang tinggi yang dikenakan untuk memiliki seorang pemaisuri hidup begelar isteri..

Seolah – olah pada zaman sekarang wang hantaran yang dikenakan kepada kaum lelaki mengikut harga barang di pasaran. Di mana harga barang semakin naik, wang hantaran pun turut naik. Adakah perempuan sama seperti barang yang ada dipasaran yang boleh dijual beli. Semakin moden zaman ini  semakin tinggi wang hantaran yang deminta oleh ibu bapa.

Apa rasionalnya wang hantaran yang diminta terlalu tinggi yang akan membebankan kaum lelaki untuk memenuhinya,  ini  bukan hanya menyebabkan berlakunya kelewatan untuk berkahwin  kapada si lelaki dan perempuan ia  juga akan  menggalakan berlakunya satu hubungan yang haram.

Hantaran yang mahal atau tinggi bukan jaminan untuk pasangan suami isteri hidup dalam keadaan bahagia. Kita boleh lihat dengan mata  ada diantara kalangan pasangan suami isteri yang berada di sekeliling kita yang dulunya gah majlis  perkahwinan dengan hantaran yang mahal tapi ada yang hidup dalam  keadaan yang tidak bahagia ini membuktikan hantaran yang tinggi bukanlah 1 jaminan untuk menjadikan 1keluaga yang bahagia yang di impikan setiap pasangan hidup

Hantaran yang tinggi juga bukan jaminan si suami ke syurga kerana si isteri tidak melakukan dosa yang tidak perlu ditanggung oleh si suami, hantaran yang mahal tidak menjamin si isteri tidak melakukan dosa mereka terhadap si suami, hantaran yang tinggi bukan jaminan si isteri boleh memegang amanah yang sebetulnya sebagai isteri pelengkap suri  rumah tangga, hantaran yang tinggi juga bukan jaminan seorang isteri boleh manjalankan kerja – kerja rumah dengan sebaik mungkin.

Ibu bapa sepatutnya bersyukur jika selama ini dosa seorang anak perlu dipikul oleh mereka diberikan pula kepada si suami untuk mengalasnya. Tapi kanapa perlu meletakkan wang hantaran yang tinggi jika si suami yang akan mengambil segala tugas yang selama ini perlu dipikul oleh ibu bapa tidak terfikirkah melepaskan seorang anak perempuan seolah – oleh melepaskan sesuatu beban yang sangat berat ke bahu mereka kepada si suami.

Sebelum semuanya  berubah,  apabila hilang punca maka bertukarlah daripada untuk menjadikan halal kepada si dia  kepada yang haram . Apabila iman selama ini sentiasa berada dalam dada semakin mengurang bercampur dengan perasaan sakit hati dan merasakan mustahil untuk mencari wang hantaran yang tinggi itu maka pasangan kekasih menjadikan satu alasan untuk melakukan perkara yang berdosa . ditambah dengan bisikan syaitan yang  sentiasa membisikan sesuatu kepada mereka yang selalu ingin menyesatkan manusia  maka berakhirlah satu kisah cinta yang bergitu menjijikan dimana perkara yang tidak di inginkan berlaku oleh ibu bapa dan masyarakat tapi  telah berlaku.

Terpampanglah di muka depan  dan dada – dada akhbar, media massa, media elektronik di mana berita yang selalu kita baca, kita lihat dan kita dengar,  sepasang remaja di tangkap khalwat di hotel murah , seorang bayi perempuan dijumpai di hadapan rumah, jaritkan di sangkakan kucing rupanya bayi yang masih bernyawa, cubaan seorang lelaki untuk terjun barunan dari tingkat 7 untuk bunuh diri kerana kecewa, pasangan kekasih bernikah di Thailand dan perbagai lagi masalah sosial yang ada kaitan dengan ke egoan manusia sendiri. 

Hantaran yang tinggi bukan menunjukan ibu bapa mereka sangat sayang kepada anak mereka sampai tidak sanggup untuk berpisah dan terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi untuk mereka melepaskan anak yang disayangi mereka  kepada si suami. Tapi menunjukan mereka bertapa tidak tahunya tentang pelepasan beban yang berat.

Para ibu bapa sekalian megertilah perkahwinan bukan untuk menunjukan mahalnya wang hantaran atau mahar  dan gahnya sesuatu majlis perkahwinan. Ia adalah satu proses untuk memindahkan satu beban dosa yang dikakukan anak  selama ini yang perlu ditanggung oleh ibu bapa ke bahu seorang lelaki yang bergelar suami.
Janganlah untuk menunjukan kemewahnya ke egoan dengan hantaran tinggi menyebabkan anak – anak mu terus hanyut dengan dosa dan noda. Dosa dan noda tidak akan terhenti selagi tiada satu ikatan yang sah iaitu ikantan perkahwinan

Hakikat sebuah perkahwinan adalah untuk merelakan satu ikatan yang sah yang di gelar sebagai pasangan suami isteri dan untuk menghalalkan apa yang haram serta untuk tidak mendatangkan fitnah dari masyarakat sesekeliling dan untuk menjadikan satu keluarga yang bahagi, bahagia hingga ke syurga. Jangan biarakan meraka terus hanyut dengan dosa dan noda


3 comments:

  1. betul ckp awk tu.. tp sy sbgai perempuan, insyaallah, tak ltk yg mhl dan mmg niat tak nak lgsg bersanding dan tak nak ada pelamin.. kalau dah duit hbs time kawin mcm mna lps kawin plk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit bukan segala - galanya, ada yang lebih penting daripada duit

      Delete
  2. Berkatnya hidup seorang wanita itu pabila

    1.rendah mahar perkahwinannya
    2.cepat jodohnya
    3.cepat mendapat anak

    ReplyDelete

tulisanhati