Monday 24 November 2014

KASIH SAYANG



Assalamualaikum semua, lama rasanya tidak menulis di blog ini rasa rindu untuk menulis balik datang 2, 3 hari ini tapi tidak ada kesempatan untuk membuat demikian. Hari ini  mencelah mengambil sedikit  masa untuk menulis  tentang kehidupan kita yang makin hari makin hilang pertimbangan. Media masa, media cetak, madia elektronik banyak bermula dengan tajuk tentang akhlak, tentang social, tentang perikemanusian oleh masyarakat kita. Bunuh, rogol, samun, rompak, buang anak, khalwat hampir setiap hari kita baca, kita lihat, kita dengar ia  menjadi biasa sekarang.

Nilai murni dalam diri yang selama ini disemai semakin layu malahan  keegoan pula bercambah. Perikemanusia hayut ditelan harus ombak semakin hari semakin banyak perkara yang berlaku  tak diterima akal tapi itulah yang terjadi. Dunia akhir zaman apa yang tidak logik yang selalu terjadi.

Manusia yang berhati binatang malahan lebih teruk dari itu semakin tidak dapat dikawal jadi sarang yang terkandung dalam hati yang hitam. Sifat kasih sayang semakin menipis dari hari ke hari, sifat benci pula yang menebal. Hilang sifat kasih sayang terhadap ibu bapa, orang tua, kanak – kanak, golongan OKU, golongan yang lemah, golongan tidak berdaya terus dilakukan kejahatan kepada meraka tanpa ada belas kasih sayang. Perlakuan  yang tidak boleh dikawal lagi dengan kewarasan akal yang telah diberikan.

Hari ini anak bunuh ayah atau ibu itu perkara biasa, seorang anak yang dilahirkan melalui rahim ibu dan yang diberi makan dan minum, yang dibelai hingga ke besar sanggup memalakukan sedemikian rupa. Dimana kasih sayang yang telah ditanam sejak kecil itu? Mungkin hilang dimamah peredaraan zaman. Zaman moden bukan penyebab berlakunya begitu, tapi hilangnya iman dalam diri setiap insan.

Muktakhir ini kita selalu dipaparkan dengan berita – berita yang boleh meruntunkan sanubari yang ada sifat kasih sayang di dalam jiwa manusia. Perbuatan manusia yang merosakan manusia sendiri, tangan – tangan manusia yang menghancurkan dimana ia akan menyebabkan manusia jua yang terkena. Kerana akal manusia yang sejenkal ini lah yang boleh merosakkan segala kebahagian yang tercipta bahkan boleh merosakkan diri sendiri.

Oleh itu untuk melihat sinar bahagia terpancar kembali, kita sebangai manusia perlu tanam kasih sayang dan cinta Kepada Allah S.W.T apabila sifat itu ada dalam setiap  manusia maka kasih sayang dan cinta akan kembali kepada setiap makhluk di sekalian ini.

No comments:

Post a Comment

tulisanhati