Wednesday 26 November 2014

KUATKAN HAMBAMU



Setiap manusia yang beragama islam pasti ada naluri untuk berubah ke arah kebaikan tetapi seringkali tertewas dangan pujukan nafsu dan godaan syaitan. Kita selalu fikir dimana dosa yang dilakukan itu hanya dosa kecil walha dosa yang kita lakukan itu adalah dosa besar. Kita akan selalu mengtafsirkan begitu untuk membolehkan kita melakukan dosa itu walaupun ia tetap akan memberikan dosa.

Lagi kuat iman kita untuk berubah semakin kuat dugaan yang datang pujukan nafsu dan syaitan yang tidak pernah putus – putus yang akan sentiasa mengikuti setiap langkah perjalanan kita didunia. Kerana itulah banyak kalangan kita yang mahu berubah tewas dangan pujukannya yang akan menyesatkan manusia. Kita selalu tewas kepadanya walaupun sendiri tahu bahana di sana kelak jika mengikut jalan yang dibawanya.

Dalam zaman yang moden ini penuh dengan dugaan dan cubaan hanya orang yang beriman kepada Allah s.w.t sahaja yang mampu untuk melalui segala apa yang dibarikan kepadanya. Tapi banyak orang yang tewas dipertengahan jalan. Kita tahu azabnya alam kubur, kita juga tahu tentang nikmatnya syurga dan kita juga tahu tentang dasyatnya neraka tidak terhingga, tetapi kita masih tidak  mampu mengawal diri sendiri sehingga tejerumus ke lemah yang hina itu.

Berapa banyak dikalangan kita dan mungkin kita sendiri yang melakukan dosa dan menyesalinya, melalaku balik dan menyesali itulah yang sering kali berlaku dalam diri kita. Disaat menyesalinya kita menagis tapi tagisan itu berlalu bergitu saja, kebanyakan kita akan mengulangi perkara yang sama itu kembali.
Mengharakan cinta yang kita berolehi ketika menyesali perbuatan dosa itu sentiasa ada dalam hati dan tidak akan terpadam agar kita selalu mengingitiNYA. Kita amat berharap cinta yang ada itu tidak akan berakhir lagi kerana jika hilangnya cinta itu sukar untuk memperolehinya lagi. Cinta yang kakal bersemi didalam hati dan tidak akan jauh dari diri kita.

Kita perlu berharap dan berusaha supaya kita mampu melakukan perubahan yang baik hingga akhir hayat kita di dunia ini sebelum mengadap Allah s.w.t nanti. Ya Allah berikan kami kekuatan untuk kami melalui segala dugaan dan cubaan didunia ini dari terus menyesatkan kami. Sesungguhnya kami sangat takut dengan siksa kuburMU dan api nerakaMU  YA Allah.

No comments:

Post a Comment

tulisanhati