Tuesday 14 June 2011

HILANG RASA BERSALAH

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan), (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu didatangi lelaki, bukan perempuan kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (Yang tidak mengatahui akan akibatnya)." (Surah al -  Naml 27:54-55)

Ibn Kathir menggabarkan kejahilan kaum Nabi Lut ini dalm tafsirnya sebagai "Tidak mengatahui sesuatu pun, sama ada pada sifat semula jadi atau pada syariat." (Ibn Kathir, tafsir al - Quran al - Azim, Dar tayyibah li al - Nasyr wa al- Tauzi: jil. 6, hlm. 200)

Apabila seseorang itu tidak mengatahui tentang hakikat sesuatu perbuatan jenayah, maka dia akan melakukannya tanpa rasa bersalah. Bergitu juga jika tidak mengatahui wujud larangan tersebut, maka tiadalah makanisme dalaman pada dirinya yang boleh mengawal segala bentuk perbuatannya.


Tulisan
Mohd. Al-Adib Samuri

1 comment:

  1. salam ukhuwah.

    satu iktibar..
    namun sejauh mana kita mngalikasikannya..semuga ALLAH ampuni kita..

    ReplyDelete

tulisanhati